Semasa dalam pantang, ada segelintir ibu seronok kerana proses penghasilan susu ibunya lancar dan meriah.

Dengan yang demikian, ia menjadi pembakar semangat kepada para ibu ini untuk terus menyusukan anaknya secara eksklusif selama enam bulan dan diterima selama yang boleh.

Jadi, salah satu impian ibu bekerjaya ialah penghasilan susu ibu tidak terjejas apabila kembali bekerja setelah tamat tempoh cuti bersalin.

Hal ini berikutan ada segolongan ibu yang mengalami masalah untuk mengepam susu setiap tiga jam sekali apabila mula bekerja kerana kekangan masa dan tugas.

Terdapat juga beberapa faktor lain berkemungkinan menjadi penyebab penghasilan susu ibu mengalami kemerosotan.

Untuk itu, anda yang bakal kembali bekerja  selepas habis cuti bersalin, ini adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan dalam menangani masalah seperti ini.

Ads

Set minda

Elakkan daripada beranggapan anda perlukan tempat khas untuk memerah. Asalkan ada ada kelengkapan pengepaman yang mencukupi, anda boleh mengepam susu di mana-mana jua.

Kemudahan aksesori penyusuan

Pasti anda mempunyai serba sedikit aksesori penyusuan seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika mengepam. Jadi, ia memudahkan anda untuk mengepam susu di mana-mana sahaja tanpa perlu bimbang dengan pandangan khalayak.

Alat bantu penyusuan

Dengan menggunakan alat bantu penyusuan untuk mengepam susu seperti alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai iub pasti memudahkan urusan anda.

Ads

Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses mengepam masih boleh dilakukan pada bila-bila masa. malah, tangan anda juga bebas tangan semasa bekerja.

Rangsang payudara

Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada konsep penawaran dan permintaan. Jasi, kerapkan melakukan rangsangan kepada payudara

Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Oleh itu, cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi merangsang payudara sama ada dengan mengepam susu ketika berasa di pejabat.

Ads

Pam tiga jam sekali

Sediakan jadual dan konsisten mengepam di setiap tiga jam. Anda perlu ingat, jangan hanya mengepam setelah payudara penuh.

Sebenarnye sesi mengepam bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi ia adalah satu cara tubuh memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.

Sokongan

Lepas Habis Cuti Bersalin, Ini Patut Dibuat Kalau Nak Maintain Pengeluaran Susu IbuDapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan.

Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.

Fikir yang indah

Fikirkan yang indah sahaja ketika mengepam. Relaks dan pam payudara dengan rasa gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa mengepam untuk merangsang hormon oksitosin yang boleh membantu menambah penghasilan susu ibu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI