Lepas Hampir 6 Bulan Bersalin, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Berjaya Berbasikal Sejauh 30km. Hebatnya Tok Ti! Berikan Inspirasi Kepada Ibu-Ibu Lain

Share

Berbasikal memang baik untuk kesihatan terutamanya jantung dan meningkatkan stamina. Apa yang dilakukan oleh penyanyi no. 1 Malaysia ini menginspirasikan. Memiliki bayi kecil bukan penghalang untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza melakukannya.

Hebatnya ibu kepada Siti Aafiyah ini berjaya berbasikal sejauh 30km, satu jarak yang jauh dan memerlukan stamina yang tinggi untuk melakukan kayuhan sejauh itu.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik beberapa foto aktiviti berbasikalnya bersama suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan rakan-rakan dengan kapsyen berikut;

Alhamdullillah , ibu aafiyah berjaya habiskan kayuhan 30km ??? tq Datin @aiza_mokhtar jadi pembakar semangat daki bukit .. kalau tak dah lama naik Van .. hahahah ??

Para peminat teruja dengan pencapaian penyanyi kesayangan mereka ini kerana berjaya berbasikal sejauh itu. Tidak kurang juga yang memuji kecantikan artis wanita hebat ini.

Sumber: @ctdk

Published by
Azma ML