“Jadi ayah kepada enam cahaya mata bukan mudah.” Ini yang dikongsikan oleh Datuk Sri Aliff Syukri ketika bercerita kisah pengorbanan seorang bapa menerusi temubual bersama Pa&Ma.
Akui Datuk Aliff lagi, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Bukan sahaja wang ringgit tapi paling penting kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak.
Beliau yang memiliki seramai enam orang cahaya mata mengakui bukan satu tugas yang mudah menggalas tanggungjawab mendidik anak-anak bersama isterinya, Datin Sri Shahida.
“Jadi ayah kepada enam cahaya mata bukan mudah. Tambah pula anak saya yang keenam ni paling sukar dijaga. Lepas maghrib saja dia dah mula menangis.
“Macam bila yang berlaku pada anak saya baru-baru ini. Anak saya dimasukkan ke hospital kerana virus RSV dan oksigen berada di paras rendah dan boleh bahayakan nyawa.
“Waktu itu saya takut tengok anak saya sendiri sebab menangis tanpa henti. Dah bagi susu, tukar lampin tetap tak berhenti sedangkan dia hanya demam biasa saja.
“Kalau ikutkan tak sabar, macam-macam boleh jadi. Sebab itu saya kata bila jadi seorang parents, jika tak kuat iman dan sabar memang satu hal yang mudah,” luahnya berkongsi.
Malah kisah anaknya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana jangkitan virus RSV juga banyak menyedarkannya tentang pelbagai masalah dan penyakit yang melibatkan anak.
“Oksigen anak saya waktu itu tinggal 50 sahaja walaupun dia hanya demam biasa sahaja. Jika saya terlambat memang boleh bawa maut.
“Kita ini manalah tahu penyakit-penyakit ini, bila dengar anak menangis kita kata kena sampuk. Malam itu teruslah bawa ke hospital, ingatkan sawan rupanya RSV. Terus sahaja masukkan oksigen.
“Saya tak sempat ambil insurans waktu itu dan terpaksa bayar RM15 ribu untuk kos selama dua minggu.
“Ketika itu saya mula fikirkan nak jadi mak dan ayah ini bukan sahaja perlukan kesabaran tapi perlu ada modal dan kewangan atau simpanan untuk masa depan anak-anak. Lebih-lebih lagi untuk hal tak dijangka macam ni.
“Jadi untuk mak ayah kita kena sentiasa beringat, semuanya demi anak-anak,” pesannya lagi.
Terdahulu, Datuk Sri Aliff Syukri turut terpilih sebagai penerima award Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!