Melalui trimester pertama kehamilan memang ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ibu yang dulunya aktif berubah menjadi lemah tak bermaya. Muntah setiap pagi atau petang membuatkan ibu tiada selera untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga.
Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Ads
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).
Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Zat Besi
Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Ads
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya. Jangan dilupakan pengambilan makanan yang sihat dan segar untuk nutrisi secukupnya untuk bayi dalam kandungan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Biasanya trimester pertama kehamilan bagi sesetengah ibu memang mencabar. Ada yang langsung tak boleh makan atau minum, bau makanan, tak boleh buat kerja berat dan macam-macam lagi.
Alahan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu hamil tak bermaya dan langsung tak boleh nak buat apa-apa kerja.
Lagi teruk ada yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja terus kerana tak mampu nak hadap setelah dapat nasihat dari doktor. Kalau untuk 3 bulan pertama sahaja tak ada masalah, tapi risaunya ada yang perlu hadap hingga ke akhir tempoh kehamilan.
Bagi ibu yang nak atasi alahan ini semoga tak menganggu rutin harian, amalkan tip ini
Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.
Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.
Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.
Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran). Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.
Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan.
Jauhkan dari bau-bauan/makanan yang boleh merangsang rasa loya.
Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.
Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.
Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.
Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.
Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut.Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.
Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.
Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.
Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.
Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.
Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.
Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.
Tak perlu senaman yang berat, cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan. Paling penting, kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak.
Rupanya bukan hanya ibu turut menerima manfaatnya, bahkan bayi dalam kandungan juga turut sama menerima tempias kebaikan dari ibu bersenam.
Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, ibu hamil yang menjaga rutinnya dengan senaman dapat merendahkan risiko masalah paru-paru pada anaknya kelak. Hebat kan?
Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.
Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah ‘pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.
Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan:
“Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.
“Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.”
Ibu aktif kurangkan risiko pada bayi:
* Bayi kurang risiko paru-paru yang teruk.
* Kurang risiko masalah pernafasan.
* Kurang risiko asma.
“Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal.
Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.
Selain minum susu dan makanan yang sihat, jangan lupa untuk bersenam untuk kekal aktif sepanjang hamil.
Scha Alyahya yang kini sudah pun hamil anak kedua dilihat semakin berseri-seri. Seri ibu hamil jelas terpancar pada wajahnya setiap kali melewati instagramnya. Walau dalam gaya bersahaja, aura kecantikan ibu hamil ini semakin cantik.
Terbaru melalui program bual bicara Next To Neelofa, Scha berkongsi kisah kehamilannya. Banyak yang dikongsikan olehnya. Rupanya ibu kepada si comel Lara Alana ini menghadapi waktu yang sukar sebelum disahkan hamil.
Malah melalui fasa pertama kehamilannya juga begitu menyukarkan. Emosi yang dilalui tidak stabil malah ada waktunya ibu cantik ini berniat untuk memadam instagram miliknya gara-gara terlalu down.
“Masa itu saya agak down sampai nak padam akaun Instagram semua, tapi mujurlah Awal membantah,” akui Scha menerusi program itu.
Sebagai selebriti dan pasangan yang cukup digilai peminat, Scha kini memiliki lebih 5 juta pengikut di akaun Instagramnya dengan nama @schaalyahya. Dengan angka sebegitu pastinya memadamkan akaun bukan jalan yang dirasakan wajar. Mujurlah Awal banyak memberinya dorongan dan mengawal emosinya.
Rezeki PKP
Pelakon yang juga seorang model dan pengacara itu turut membicakan topik tentang karier dan kehidupannya dengan Neelofa. Salah satu topik yang dibincangkan Scha adalah mengenai berita kehamilan keduanya.
Lebih menarik lagi, pelakon cantik ini mengakui kehamilan keduanya adalah sebuah rezeki yang hadir di saat pandemik Covid 19 melanda dunia.
“Ini baby PKP malah saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP. Terima kasih PKP,” kata Scha sambil ketawa.
Kata Scha lagi, rupanya dia dan Awal memang merancang untuk memiliki cahayamata kedua sejak awal tahun ini. Dirinya malah sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometriosis) pada Januari lalu.
“Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim. Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana.
“Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia,” tambah Scha lagi.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.