Marah dan marah-marah adalah dua perkara yang berbeza. Ibu Rose tak gemar sebut marah, tapi lebih kepada membetulkan kesilapan anak. Tapi kalau marah-marah, ini ada kaitan dengan hati.
Makin saya faham sekarang, kenapa seorang ibu sering kali marah-marah pada anak. Dan akhirnya menyesal. Walaupun dalam diri, dah nekad tak nak buat macam tu. Tak nak jerit pada anak, tak nak marah macam selalu dah. Tapi, akhirnya jadi juga. Kemudian rasa diri tu dah gagal. Rasa macam diri bukan ibu yang baik. Seolah-olah tak layak jadi seorang ibu.
Allahu. Min sangat kasihan pada ibu-ibu ini. Min yakin ada ‘kesakitan’ dan ‘kesedihan’ terpendam yang masih tertanam dalam diri. Ibu begini bukan berniat nak menyakiti anak mereka. Mereka sangat sayangkan anak mereka, tapi terasa tak mampu nak kawal diri.
Sahabatku, cuba tanya diri perlahan-lahan. Apakah memori silam yang masih tersimpan kemas, yang bila diceritakan boleh menghamburkan air mata, yang boleh mendatangkan marah, mendatangkan kecewa, menyebabkan hati tidak tenang.
Ya, itulah PUNCANYA.
Sahabatku, andai anda disituasi ini, sesungguhnya anda perlu berubat. Kesakitan dan kelukaan lama itu perlu diusahakan untuk disembuhkan. Kalau tidak, anda memang sangattt sukar melayan anak dengan baik dan tenang. Anda akan sangat mudah trigger dan meletup.
Akhirnya, tidak mudah membina hubungan yang baik dengan anak. Cabaran lebih besar. Tiba-tiba saja anak dah remaja, mula memberontak dan masa tu anda dah tak tahu nak buat apa.
For the thing to change we have to change. Untuk sesuatu berubah kita kena berubah.
Berdamailah dengan takdir. Apa saja yang terjadi dalam hidup kita adalah takdir terbaik yang akan membentuk siapa yang sepatutnya kita jadi in future. Allah takkan turunkan satu ujian tu sia-sia. PASTI ada KEBAIKAN dan HIKMAH buat kita. PERCAYALAH!
.
“So, apa nak buat kalau betullah saya jadi begini sebab luka semalam?”
Kata Ibu Rose, mulakan dengan menghitung kesyukuran. Setiap hari, tanpa gagal, sekurang-kurangnya 21 hari, untuk bina circuit baru dalam brain, TULIS sekurang-kurangnya 3 perkara yang kita syukuri bila bangun tidur.
Usahakan istiqamah yang itu dahulu. Mulakan hari dengan hati yang penuh syukur.
MasyaAllah, sangat besar hikmah bersyukur ni. Anda akan mula dapati, betapa kasihnya Allah pada kehidupan dan diri kita.
Namun, memang tak dinafikan ujian yang melanda hidup terkadang buat kita sendiri tak mampu untuk pilih tindakan yang tepat. Kita perlu guru yang membimbing.
Kredit: Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI