Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?
Bayi yang baru lahir hingga berusia beberapa bulan mempunyai sistem pencernaan yang masih belum matang sepenuhnya. Ketika menyusu, mereka sering menelan udara bersama-sama dengan susu, sama ada melalui penyusuan botol mahupun penyusuan badan.
Tersedak susu merupakan salah satu risiko yang sering menghantui ibu bapa, terutamanya yang baru pertama kali menjaga bayi. Situasi ini boleh berlaku apabila bayi tertelan udara semasa menyusu dan tidak sendawa dengan betul selepas itu. Oleh itu, teknik menyendawakan bayi adalah sangat penting untuk mengelakkan bayi rasa tidak selesa, muntah, atau lebih serius – tersedak susu.
Ads
Sendawa membantu mengeluarkan udara yang tertelan oleh bayi semasa menyusu sama ada melalui susu badan atau botol. Jika udara ini tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan perut bayi kembung dan menyukarkan pernafasannya. Bayi juga cenderung untuk meragam kerana rasa tidak selesa yang dialami.
Ads
Biasanya, bayi akan sendawa dalam tempoh 5 hingga 10 minit selepas menyusu. Namun begitu, ada juga bayi yang memerlukan sedikit masa lebih lama untuk mengeluarkan sendawa, bergantung kepada cara mereka menyusu dan jumlah udara yang tertelan.
Sekiranya bayi tidak sendawa selepas tempoh tersebut tetapi kelihatan tenang dan selesa, ibu bapa tidak perlu terlalu risau. Ini kerana sesetengah bayi, terutamanya yang menyusu badan secara langsung, cenderung untuk menelan udara dalam jumlah yang sangat sedikit, menjadikan keperluan untuk sendawa tidak terlalu mendesak.
Ads
Dalam video berdurasi 6 minit ini, ,seorang penjaga pantang dan pengasas Newmom Wellness yang lebih dikenali dengan panggilan Aunty Nur berkongsi demonstrasi praktikal cara menyendawakan bayi dengan betul. Beliau menunjukkan beberapa posisi yang boleh digunakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya. Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah. Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.
Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak. Antara sebab tersebut adalah:
a. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
b. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
c. Mendukung bayi secara vertikal boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)
Ini tip mendukung bayi yang betul
1. Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, keadaan tali dan pendukungnya mestilah selamat kepada bayi.
2. Ibu mestilah boleh memeluk dan mencium bayi.
3. Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
4. Anda mesti boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
5. Wajah bayi juga mestilah melihat ke atas bukan ke bawah.
6. Posisi kepala bayi mesti hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
7. Jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
8. Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
9. Anda mestilah memastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyaksikan tumbesaran anak setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan mana-mana ibu bapa. Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat beberapa aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak yang perlu diperhatikan.
Sebelum persoalan itu terjawab, setiap ibu bapa perlu memahami kepentingan untuk menilai pertumbuhan anak yang berusia 12 hingga 36 bulan bagi memastikan tiada masalah dalam perkembangan mereka.
Semasa peringkat ini, disarankan agar anak dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik sekurang-kurangnya setahun sekali bagi melakukan pemeriksaan berkala dan mengikuti tahap imunisasi mereka.
Dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, pertumbuhan fizikal cenderung perlahan tetapi kemahiran kognitif, bahasa dan motorik akan meningkat dengan pesat.
Persekitaran yang memberangsangkan sangat membantu dalam menggalakkan proses tumbesaran anak.
Interaksi positif daripada individu di sekelilingnya juga dapat membantu proses tersebut.
5 aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak
Secara umumnya, terdapat beberapa titik tumbesaran si manja yang penting untuk anda perhatikan pada tahun-tahun pertama kehidupan mereka.Berikut adalah senarai pendek beberapa perkara penting melibatkan kemahiran fizikal, emosi dan sosial, bahasa, kognitif serta deria dan motor yang sepatutnya boleh dilakukan anak seiring pertambahan usianya.
Pun begitu, sebagai ibu bapa anda harus fahami bahawa setiap anak adalah berbeza. Jadi sekiranya mereka tidak dapat melakukannya, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Namun, sekiranya pada tahun akhir usia kanak-kanak dan mereka masih belum mencapai kemahiran berikut, lakukan rundingan dengan pakar pediatrik.
Ini kerana ia mungkin melibatkan masalah lewat perkembangan.
1. Perkembangan kemahiran fizikal
Tumbesaran anak dari aspek fizikal adalah perlahan pada peringkat ini.
Fokus perkembangan fizikal lebih tertumpu kepada peningkatan kekuatan dan koordinasi.
2. Pembangunan kemahiran emosi dan sosial
Dalam aspek perkembangan kanak-kanak ini, anak anda mempunyai kemampuan untuk mengekspresikan emosinya.
Ini terutamanya apabila mereka berasa gembira, kecewa, marah dan bahagia.
Anak juga akan belajar untuk mengawal dirinya, berkongsi serta menunggu giliran pada ketika ini.
3. Perkembangan kemahiran bahasa
Pada usia kanak-kanak, anak anda biasanya sudah boleh memahami penggunaan bahasa sepenuhnya.
Ini adalah ketikanya mereka belajar mengucapkan terima kasih dan tolong serta membezakan cara yang betul untuk menyatakan sesuatu.
4. Perkembangan kemahiran kognitif
Aspek ini melibatkan kemampuan anak untuk menyelesaikan masalah.
Ia juga merupakan tempoh untuk mula mengenali individu, objek dan tempat yang biasa buat diri mereka.
Tumbesaran anak pada ketika ini turut berkaitan kemahirannya berimaginasi dan berfikir.
Mereka juga sudah boleh mengenal dan memahami huruf, simbol, warna dan angka.
5. Kemahiran deria dan motorik
Ia merujuk kepada kemampuan anak untuk mengambil dan memegang barang, menyelak halaman buku dan menulis serta melukis.
Umumnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah mengenai penggunaan otot kecil pada tangan dan jarinya.
Cara untuk membantu tumbesaran anak
Sebagai ibu bapa, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mencapai titik perkembangan dan tumbesaran anak.
Perkara utama adalah dengan memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Ia boleh dilakukan dengan memberikan mereka pemakanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sebaiknya kurangkan masa skrin dan dorong mereka untuk aktif bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti yang digemari.
Jika si kecil ingin berlari, memanjat, melompat atau menendang, berikannya ruang selamat untuk melakukan semua itu.
Ia secara tidak langsung membantu pertumbuhan koordinasi dan kekuatan ototnya.
Anda juga perlu memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam.
Ini dapat membantu meningkatkan emosi dan tenaga untuk meneroka dunia keesokan harinya.
Perkara lain yang turut boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan kanak-kanak adalah:
Baca buku bersama anak setiap hari
Bermain permainan papan yang bersesuaian dengan usia anak. Aktiviti ini juga mampu mengeratkan jalinan antara ibu bapa dan anak
Tunjukkan lebih tindak balas jika anak berkelakuan baik, berbanding semasa anak melakukan perkara negatif
Galakkan anak untuk meneroka
Aspek keselamatan ketika merangsang tumbesaran anak
Oleh sebab anak kecil banyak meneroka persekitaran di sekeliling, anda perlu pastikan mereka mempunyai tempat dan persekitaran yang selamat.
Berikut beberapa tip keselamatan yang boleh dilakukan:
Letakkan penutup suis pada semua suis di rumah anda. Oleh sebab sifat ingin tahu anak yang tinggi, wujud risiko untuk mereka memasukkan jari ke dalam palam (plug) dan terkena renjatan elektrik
Berbaring di lantai seolah-olah sedang melakukan tekan tubi. Angkat kepala dan lihat sekeliling, tetapi pastikan bahu masih di lantai. Situasi ini akan membolehkan anda melihat sesuatu daripada perspektif anak dan menunjukkan kemungkinan bahaya yang tidak dapat dilihat dari sudut pandangan biasa individu dewasa
Simpan dan jauhkan segala produk pembersih rumah, bahan beracun dan ubat-ubatan dalam rak berkunci
Jangan sekali-kali meninggalkan anak anda sendirian walaupun seketika kerana berasakan bahawa dia akan selamat. Kemalangan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat sahaja
Cipta ruang selamat untuk perkembangan kanak-kanak dengan mengunci pintu yang boleh menuju ke tempat berbahaya seperti pintu rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, letakkan penghadang tangga
Jangan pernah meninggalkan anak sendirian di kawasan berair seperti kolam. Lemas adalah penyebab kematian nombor 1 untuk kanak-kanak dalam lingkungan usia ini
Tempoh tumbesaran anak adalah berbeza. Namun jika terdapat kebimbangan berkaitan perkembangan mereka, berundinglah dengan pakar pediatrik.Rangsang dan galakkan proses perkembangan kanak-kanak dengan membiarkan anak meneroka dunia di sekelilingnya.
Tetapi dalam masa yang sama, sentiasa pantau keselamatan mereka agar terhindar daripada sebarang risiko bahaya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan tahun lalu, ibaratnya satu kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia yang lama menantikan berita gembira tersebut.
Apa tidaknya selama 11 tahun berkahwin dan beberapa kali menjalani rawatan kesuburan, akhirnya Allah SWT memberikan rezeki kepada Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Namun sedar tak sedar, cahaya mata pertama yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah itu sudah mencecah usia setahun satu bulan dan terasa sekejap sahaja masa berlalu.
Dengan keletah comelnya dan semakin banyak akal sekarang, nampaknya Siti juga tak sabar nak lihat perkembangan Aaafiyah dari semasa ke semasa.
Terbaru dia juga berkongsi apakah selepas ini Aafiyah akan mencari mangsa untuk digigit memandangkan 4 batang gigi atas nak tumbuh.
Menerusi perkongsian Siti, netizen juga mengakui masa berlalu begitu pantas sehingga tidak sedar puteri sulung itu semakin membesar.
Namun rata-rata memuji kecomelan wajah dan ramai mula menyamakan muka Aafiyah iras Datuk Siti dan membuatkan ramai peminat ibunya geram terhadap Aafiyah.
Geram Tengok Aafiyah, Cantik Sempurna
Sumber: ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...