Alahan susu lembu atau “Cow’s milk protein allergy” dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Susu lembu adalah protein asing yang pertama sekali seseorang manusia atau bayi ambil selain daripada protein dari susu ibu sendiri jadi secara teorinya.
Risiko untuk bayi yang mengambil susu lembu untuk dapat alahan terhadapnya sentiasa ada sebagai mana risiko untuk seseorang individu mendapat simptom alahan terhadap makanan berprotein yang diambil contohnya kacang (peanut allergy), gandum (wheat allergy), seafood, telur dan sebagainya.
Secara amnya terbahagi kepada dua jenis berdasarkan jangka masa kesan reaksi alahan muncul. Immediate (serta merta) vs Delayed (dalam masa beberapa jam sehingga beberapa hari). Ianya akan terjadi selepas seseorang bayi pertama kali mula mencuba susu lembu (susu formula yang kita guna setiap hari tu susu lembu).
Simptom alahan boleh melibatkan pelbagai sistem pada tubuh badan manusia :
Usus : Muntah-muntah (ringan sehingga yang teruk), Cirit birit, Berak darah, Muntah darah (bayangkan kalau seseorang yang mempunyai ekzema alahan kulit, permukaan kulit yang kasar gatal merah…perkara sama boleh terjadi pada mana-mana permukaan usus), Sakit perut (kalau bayi..sentiasa merengek tanpa sebab, sukar tidur waktu malam).
Dan apabila simtom tidak begitu ketara dan perkara ini dibiarkan, ianya mungkin menyebabkan tumbesaran bayi terganggu kerana permukaan usus yang menjadi radang tidak dapat menyerap nutrien dengan baik.
Kulit : Ruam yang terjadi serta merta setelah minum susu formula pertama kali….sangat spesifik utk masalah ini. Saya tidak melihat ekzema (ekzema shj tanpa gejala usus) iaitu masalah yang sgt biasa terjadi di kalangan bayi sbgi manifestasi alahan susu lembu kerana banyak faktor lain yang lebih biasa menjadi penyebab ekzema perlu difikirkan terlebih dahulu.
Lain-lain : Gejala lain melibatkan sistem pernafasan telah juga dikenalpasti tetapi tidak sekerap gejala-gejala tersebut diatas.
Proses penyiasatan dan rawatan :
Masalah ini biasanya doktor dah boleh syak hanya dengan pengambilan riwayat simptom (gejala yang mula serta merta atau beberapa hari selepas penggunaan susu formula adalah sangat spesifik untuk masalah ini) dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah (allergi test) yang sekarang ini banyak klinik boleh tawarkan hanya terhad untuk bayi yang mengalami simptom alahan yang “immediate” atau serta merta kerana ianya adalah “IgE mediated”.
IgE adalah salah satu kelas antibodi di dalam badan kita yang bertanggungjawab dalam reaksi alahan dan ujian darah ini secara khususnya mengesan IgE terhadap protein susu lembu yang terdapat di dalam badan pesakit yg mempunyai masalah ini. Malangnya, utk pesakit yang simptomnya dtg beberapa jam atau hari selepas terdedah kpd susu lembu buat pertama kali, ujian ini tidak berguna sama sekali kerana ianya adalah “non IgE mediated”.
Untuk pesakit ini kita hanya boleh kenalpasti melalui ujian “food omission” dan “rechallenge”. Bila berhenti susu lembu OK, bila start balik..simptom jadi balik. Semua ini harus dijalankan dengan pengawasan doktor yang arif tentang masalah ini.
Apakah susu gantian yang sesuai utk bayi yang disyaki alah dengan susu lembu?
– Susu bukan dari susu lembu cnth nya susu soya, susu dari “beras”
– Susu khas …dari sumber lembu tetapi proteinnya telah di pecahkan ke molekul lebih kecil supaya tubuh badan dah tak kenal itu susu lembu. Kalau tak kenal maka takder lah reaksi ..betul tak?
## ada yang tanya kalau susu lembu alah, susu kambing OK kan doktor? Saya tak recommend sebab kajian dah buktikan yang 90% bayi yang alah kepada susu lembu akan turut alah kepada susu kambing (struktur proteinnya lebih kurang sama)
Berapa lama masalah ini akan berterusan?
Bergantung kepada berapa teruk simtomnya dan jenis alahan (immediate vs delayed, IgE vs non IgE)
Yang non IgE / delayed reaction ni, biasanya kurang lebih 40% akan sembuh pada usia setahun dan selebihnya akan sembuh sesuai dgn pematangan sistem antibodi tubuh badan. Tetapi yang menhidapi IgE type / immediate / reaksi serta merta, tempoh yang lebih lama diambil utk masalah ini reda. Jadi penilaian berkala perlu sehingga masalah ini selesai.
Kredit: Pakar Gastro Kanak-Kanak, Dr Nazrul Neezam
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI