“Lepas Ni Fokus Anak-Anak”. Datuk Seri Anwar Ibrahim Nak Tebus Masanya Untuk Keluarga

Share

Terpancar wajah kegembiraan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya selepas secara rasminya ‘hero’ keluarga mereka dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.

“Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

Momen paling mengembirakan ini adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh keluarga Datuk Seri Anwar sejak sekian lamanya terutama bagi enam orang anaknya.

Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada ayah mereka sejak dari dulu lagi, ternyata semuanya melalui dengan penuh tabah.

Malah menerusi instagram Nurul Izzah, ramai yang cukup terharu dan memanjat kesyukuran sempena pembebasan ayahnya.

Menariknya juga di entri tersebut, Nurul Izzah telah berkongsikan gambar Datuk Seri Anwar sedang menikmati hidangan nasi kerabu.

Hanya melalui sekeping gambar tersebut, ramai netizen mendoakan yang terbaik dan berharap kedatangan Ramadan kali ini akan menguatkan lagi kasih sayang dalam keluarga mereka.

Tak kurang juga ada netizen turut memberi andaian nasi kerabu adalah makanan kegemaran Datuk Seri Anwar, sebab itu ia menu pertama dihidangkan pada beliau.

Apa-apa pun semoga pembebasan ini akan memberi ‘kemerdekaan’ pada beliau sekeluarga.

Sementara itu, melalui video yang dimuat naik di instagram Datin Seri Wan Azizah, wartawan turut bertanyakan apakah perancangan Datuk Seri Anwar selepas ini?

Dengan nada ketawa, beliau menjawab kini dia mahu balik ke rumah dulu untuk berehat dan jaga anak-anak.

Sumber: instagram Nurul Izzah & Dr Wan Azizah

Published by
Wan Amy