Selama ini kita sering dimomokkan untuk tidak makan kulit ayam kerana bimbang akan kandungannya yang tidak bagus untuk kesihatan bukan sahaja orang dewasa malah juga pada kanak-kanak.
Namun sebaliknya kulit ayam ini mempunyai kandungan yang baik untuk tumbesaran anak-anak. Jadi lepas ni kalau beli ayam tak perlulah buang kulit tersebut, boleh beri pada anak untuk kuatkan otot, kulit, tulang dan sendi anak-anak.
Kulit Ayam Ada Glycine, Banyak Khasiat Untuk Anak Membesar
Dulu saya tarik habis buang kulit ayam sebab ingat tak elok untuk anak-anak makan.
Rupanya kulit ayam ada glycine, khasiatnya yang tersendiri buat anak-anak.
Glycine ni ada dalam kolegen yang ada pada kulit ayam. Untuk kuatkan otot, kulit, tulang dan sendi anak-anak.
Glycine juga boleh bantu tidur anak tau. Glycine bagi kesan yang tenang pada otak, dan juga turunkan sedikit suhu badan, seterusnya buat anak akan rasa mudah nak tidur.
Lepas ni, makan ayam kat rumah tak payah buang kulit k. Cari ayam tanpa hormon dan antibiotik tau, kalau nak bagi anak makan ayam dengan kulitnya sekali.
Kita buat sama-sama k.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
sumber: Mazliana Mazlan
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI