Suami mana yang tidak merindui isterinya selepas berpantang lama di kampung. Bukan hanya rindukan anak bahkan isteri yang ditinggalkan lama bagi memberi peluang untuk berehat panjang.
Suami kepada usahawan dan influencer Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad yang cukup dikenali dengan sifat pemurahnya turut meraikan isteri tercintanya selepas tempoh berpantang.
Bagi meraikan tempoh kebebasan selepas 44 hari berpantang itu, Hafiz dan Aina sempat meluangkan masa dengan dating berdua tanpa anak-anak.
“Cantik sangat dia semalam, lepas pantang dah macam anak dara dah hehe. Harini last day dapat spend time dengan dia & anak anak.
“Dia baru habis pantang, sebulan juga dekat kampung. Waktu pantang, saya tak dapat nak teman dia sepenuhnya.
“Bila dah habis pantang ni, semalam ajak dia keluar pi breakfast, mani pedi hehe nak reward mummy,” tulisnya berkongsi.
Kongsi Hafiz yang kini berada di Indonesia atas tuntutan kerjanya, dia pastinya akan merindukan detik bersama isteri dan anak-anak. Tidak hairanlah detik dating bersama menjadi paling bermakna buat dirinya.
“Rindu sangat dating! Waktu bersiap nak keluar tu kita yang request pakai baju ini.
“Semalam dok tenung je muka dia & anak anak, muka ni la saya rindu nanti sebab esok saya dah ke Indonesia, 2-3 minggu juga kerja dekat sana.
“Harap mummy & baby semua doakan daddy tau. InsyaAllah, daddy nak mencari rezeki & mencipta “Kejayaan Demi Kebahagiaan” di negara orang pula. I love you so much sayang @syafiqahaina,” tulisnya yang turut mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.
Dalam pada itu, layanan Hafiz Mahamad buat isterinya itu dipuji pengikutnya di Instagram malah turut mendoakan perjalanannya ke Indonesia dipermudahkan kerana melayan isteri dan anak dengan begitu baik.
Terdahulu, pasangan influencer ini selamat menimang cahaya mata kedua mereka, Rayqal Arees pada Julai lalu.
View this post on Instagram
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI