Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah paling kerap yang mereka hadapi iaitu masalah susu drop atau berkurang apabila kembali bekerja. Masalah ini menjadi satu ketakutan dan mimpi ngeri kepada mereka.

Oleh sebab inilah, sejak awal berpantang lagi ibu bekerjaya sudah pun mula memerah susu dan mempersiapkan stok seawal sejurus kelahiran.

Menurut Dr Nurhaya Yaakob daripada Nurhaya Lactation Center, susu yang semakin menurun hanyalah satu cabaran. Banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan susu kembali meriah seperti selepas berpantang. Ini yang dikongsikan oleh beliau.


PENYEBAB SUSU MULA DROP
Adakah stress atau tekanan kerja semata menjadi penyebab susu drop?

Apabila ibu mula bekerja, secara tidak langsung, ibu sudah tidak lagi dapat mengekalkan “demand & supply”. Ini kerana ibu akan memerah susu setiap 3 jam sekali atau 2 jam sekali atau tergantung dengan seberapa kerap ibu mengatur jadual. Apa yang pasti, kekerapan ibu memerah susu, tidak akan pernah dapat menandingi kekerapan demand/ permintaan dari bayi semasa ibu sedang bersama mereka. Akibat dari permintaan yang semakin kurang ini, di tambah pula dengan stress pada saat bekerja akan membuat susu ibu drop.

Lepas Pantang Masuk Kerja, Susu Makin Lama Makin Berkurang, Pakar Kongsikan Tip Atasinya!

APA IBU PERLU BUAT?

1. HANTAR ANAK KE PENJAGA 1 MINGGU LEBIH AWAL!
Pertama sekali ibu perlu mulakan dengan menghantar anak selama 3 jam. Contohnya, sekiranya ibu berkerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, ibu mulakan hari pertama seperti ibu akan keluar pergi ke tempat kerja, dan ambil anak pada jam 11 pagi.
Lakukan rutin ini untuk 2 hari. Di ikuti pula dengan 6 jam, di mana ibu datang mengambil anak pada jam 2 petang, dan keesokkannya ibu bolehlah menghantar anak untuk tempoh jam ibu bekerja.

Ads

Proses ini sangat penting untuk menjaga perasaan dan psikologi anak pada saat pertama kali berpisah dengan ibu. Dan juga perasaan ibu pastinya. Bukan mudah untuk meninggalkan anak, pasti terkenang-kenangkan senyuman dan tawa hilai mereka.
Selain itu, ibu juga dapat mengetahui demand anak selama berpisah dengan ibu. Jadi ibu akan lebih tenang kerana sudah pasti dan tidak tertanya samada cukup atau tidak susu yang ibu sediakan.

Sekiranya semua tip-tip di atas dapat di lakukan, ibu akan dapat mengatasi sebarang masalah di tempat penjaga seperti cara memanaskan susu, bayi yang kerap menangis, penjaga yang kekok untuk menguruskan susu ibu dan yang paling penting sekali adalah jadual perahan susu.

Jadual perahan susu ibu ini seharusnya ibu kuasai dengan baik sebelum mula bekerja kembali. Ini kerana, pada saat melakukan perahan ini, barulah ibu sedar apakah peralatan lain yang mungkin ibu perlukan sebagai contoh, mungkin ibu perlukan collection cup, atau valve tambahan, nursing cover atau tube penyambung milk collector yang lebih panjang. Ini adalah faktor yang sangat besar dalam mengurangkan stress ibu apabila sudah mula berkerja nanti.

Sudahlah stress dengan kerja, stress dengan peralatan penyusuan adalah sesuatu yang saya gelar “unnessarry stress”. Semua ini dapat di elakkan dengan perancangan yang baik. Dengan melakukan semua langkah-langkah di atas ibu sudah dapat mengatasi emosi berpisah dengan anak, emosi anak berpisah dengan ibu, berapa demand anak dan susu yang harus di bekalkan kepada pengasuh, serta jadual perahan susu di tempat kerja nanti.

2. MINTA PELEPASAN KETUA
Sekiranya tidak selesa memerah susu di station ibu berkerja, ibu bolehlah mencari ruang seperti surau atau bilik-bilik lain yang lebih selesa dan yakin. Sekiranya tempat ibu ada menyediakan nursing room atau bilik memerah susu, bolehlah ibu mengepam susu dengan selesa.
Beritahu ketua lebih awal bahawa anda sedang melalui fasa menyusukan anak dan mohon diberikan pelepasan seketika setiap kali hendak menyusu. Namun jika penyusuan dilakukan ditempat kerja sahaja pastinya menjadi lebih baik tanpa mengganggu urusan kerja.

Ads

Lepas Pantang Masuk Kerja, Susu Makin Lama Makin Berkurang, Pakar Kongsikan Tip Atasinya!

3. CARI RAKAN YANG MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU
Kita sebagai manusia yang beremosi terkadang boleh menjadi tertekan dengan kata-kata yang tidak supportif atau berbaur menjatuhkan.
Sepanjang tempoh menyusu, sebaiknya dapatkan grup sokongan di pejabat untuk memberi semangat dan sokongan untuk terus menyusu tanpa putus asa.

4. POWER PUMPING SEMINGGU SEKALI PADA HARI CUTI
Apakah sebenarnya tujuan kita melakukan power pumping ini? Power pumping ni adalah “clustwr feeding”. Ia sebenarnya terjadi pada saat anak kita mengalami “growth spurt” atau aselerasi pertumbuhan.
Pada saat ini anak akan kerap meminta susu. Bukan kerana susu ibu tidak cukup, tetap mereka memerlukan kalori yang lebih tinggi dalam menampung tumbesaran mereka yang sedang pesat.
.
Namun ibu perlu elakkan membuat power pumping pada hari bekerja kerana badan yang letih akan hanya membuatkan susu drop dengan lebih teruk lagi. Ibu harus menjaga kesihatan dan masa rehat agar susu drop tidak mudah menjengah. Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik kuasa ganda. Cara-caranya adalah seperti berikut:

10 minit perahan kiri dan kanan serentak
10 minit istirahat
10 minit perahan kiri dan kanak serentak
10 minit istirahat
10 minit perahan kiri dan kanan
10 minit istirahat.
Total masa: 1 jam.
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal, caranya adalah seperti berikut:
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
Total masa: 1 jam.
Cukup hanya dengan sekali seminggu. Jangan terlalu stress dengan bekalan susu yang semakin menurun. Bila ibu bertambah risau, susu akan semakin berkurangan.
Percayalah dengan pengurusan masa yang baik, semuanya tidak akan menjadi huru-hara.

Lepas Pantang Masuk Kerja, Susu Makin Lama Makin Berkurang, Pakar Kongsikan Tip Atasinya!

Ads

5. JAGA PEMAKANAN
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah terlewat makan, tidak sempat makan dek kerana kerana kesibukan kerja. Namun itu semua boleh di tangani sekiranya kira meletakkan diri kita lebih utama berbanding kerja. Ibu bukannya tidak ada masa, tetapi tidak meletakkan ia pada posisi yang betul. Dan ia belum menjadi habit atau rutin. Ibu tidak berlu makan nasi yang banyak tetapi perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti yang disarankan oleh KKM, suku suku separuh.

Pada saat kita menyusu, nutrisi seperti kalsium, lemak, omega 3 , zat besi dan perlbagai lagi nutrisi penting turut tersalur keluar dalam pembentukan susu untuk si comel kita. Dan sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang cukup dalam kadar yang betul, nutrisi itu akan terus di ambil dari tulang dan sebagainya. Bukan kah itu sesuatu yang sangat merugikan kesihatan ibu? Pastikan ibu makan pada waktu yang tepat dan juga memilih makanan yang bernutrisi tinggi.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI