Selepas sambutan potluck raya yang diadakan di sekolah-sekolah, kini mak-mak mula mempersiapkan hadiah anak-anak untuk diberikan kepada guru sempena meraikan Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei ini.
Mulalah mak-mak mencari pelbagai idea untuk diberikan sebagai tanda penghargaan kepada guru anak-anak di sekolah. Apa idea anda? Mana satu pilihan mak-mak untuk tahun ini?
Idea ibu Hani Mynis yang ringkas dan cantik ini masih menggunakan alat tulis sebagai hadiah utama. Jom intai, mana tahu boleh dijadikan idea untuk semua.
Kit alat tulis hadiah hari guru 2024 ✅
Alhamdulillah, setel hadiah hari guru untuk tahun ni. Setel awal tak kalut 😂. Sama macm tahun-tahun lepas, tahun ni Hani masih kekalkan tema yang sama iaitu kit alat tulis untuk cikgu-cikgu Aqil.
Sememangnya, bagi hani hadiah ni paling praktikal untuk cikgu-cikgu dan pada masa yang sama, murah dan senang untuk hani sediakan.
Kali ini, semua alat tulis ni Hani masukkan dalam bekas makanan pula (kalini jimat kerana bekas makanan ni di Eco rm2.40 untuk dua bekas 😘). Semua alat tulis hani beli di Eco je.
Tambahan hani masukkan set sudu garpu je hani beli di Shopee. Antara kedai termurah yang jual set begini sekali dengan kotak.
Antara alat tulis yang hani letak (dan cadangkan untuk letak):
✅ pen merah
✅ pen hitam/biru
✅ whiteboard marker pen
✅ mini stapler
✅ correction liquid/ correction tape
✅ klip kertas/binder clip
✅ gam
Harga set sudu garpu RM0.60/ set di Shopee (link di gambar terakhir) Semoga cikgu-cikgu Aqil berbesar hati terima pemberian Aqil untuk tahun ni.
Semoga ibu bapa dapat sedikit idea dalam perkongsian hani kali ini ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syurga Buat Isteriku..” Selamat Terima Sebelah Buah Pinggang Isteri, Along Eyzendy Stabil
“Besar pengorbanan dia, saya memang tak dapat nak balas jasanya. Moga Allah bagi ganjaran syurga buatnya,” kata pelakon Along Eyzendy mengulas pengorbanan isteri, Hamidah Mohd. Yatim yang mendermakan sebelah buah pinggang untuk dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pelakon berusia 42 tahun itu dan Hamidah, 37, melakukan proses pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang pada 15 April lalu dan kini masih dalam pemulihan.
“Kami masuk wad pada 10 April lalu. Pada 16 April baru saya dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU). Mungkin saya akan ditahan selama dua minggu dan isteri keluar awal sikit. Alhamdulillah, keadaan kami berdua stabil,” katanya.
ARTIKEL BERKENAAN [“Keputusan Besar Dia Dermakan Buah Pinggang, Aku Sangat Bertuah.” Demi Cinta, Isteri Serah Buah Pinggang Pada Along Eyzendy]
Along berkata, keinginan isterinya untuk mendermakan sebelah buah pinggang bermula apabila menemaninya setiap kali menjalani pemeriksaan doktor.
“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.
“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.
“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan darah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa penyakit,” katanya.
Menurut Along, proses itu sepatutnya dibuat pada Januari lalu tetapi tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
“Kos untuk proses ini saya tanggung sendiri. Namun syukurlah saya dapat sumbangan daripada kawan sekolah. Saya amat terharu dan berterima kasih kepada mereka.
“Sedikit sebanyak ia membantu juga. Harapan saya agar cepat sembuh untuk kembali bekerja bagi menampung keluarga,” katanya yang mengajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Perkahwinannya dengan Hamidah, seorang suri rumah tangga dikurniakan tiga anak. Terdahulu media melaporkan Along menghidap sakit buah pinggang kronik dan hanya 19 peratus saja berfungsi.
Kredit: Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Virtual Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma Meriah! Ibu Bapa Hantar 60 Video Kreatif Dan Menarik
Bersempena dengan Bulan Menabung SSPN tahun ini, pertandingan Virtual Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma telah diadakan bermula 9-21 Oktober yang lalu. Sedikit kelainan kerana tahun ini pertandingan diadakan secara virtual memandangkan situasi COVID-19 yang masih belum reda. Walaupun begitu, penyertaan amat menggalakkan dan seramai 60 orang bayi telah menyertai Virtual Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma tahun ini.
Biarpun tidak dapat menjalankan pertandingan ini secara on ground seperti biasa, semangat dan kesungguhan para peserta tetap dapat dirasai. Ibu bapa bersungguh-sungguh merakam serta mengedit video anak mereka merangkak secara kreatif dan mengikut tema. Sekali lagi pertandingan tahun ini membawa tema Superhero.
Pelbagai idea menarik telah diketengahkan oleh ibu bapa dalam merangka perjalanan video anak-anak mereka merangkak. Anak-anak dipakaikan kostum adiwira dan penggunaan props serta lakonan mantap ahli keluarga lain turut menjayakan rakaman video.
Ibu bapa diminta untuk menghantar video yang sudah siap diedit melalui link yang diberikan oleh team Pa&Ma. Sebanyak 20 video menarik telah dipilih oleh pihak Pa&Ma untuk diserahkan kepada SSPN untuk mereka memilih 10 video terbaik untuk dimuatnaik ke laman Instagram Pa&Ma bagi merebut gelaran Baby Merangkak WOW!.
Berikut adalah senarai pemenang :
Pemenang Baby Merangkak WOW!
Muhammad Adam Mikhail Mohammas Azad At Tahrin
Tempat Pertama
Muhammad Rasydan Abd Rahman
Tempat Kedua
Imran Sufi Mohd Aidil Hidayat
Tempat Ketiga
Aemanda Ahmad Edham
Saguhati
Iva Idris
Saguhati
Zayn Aryan Zain Azrai
Pemenang Baby Merangkak WOW! membawa pulang akaun simpanan SSPN RM200 beserta hadiah sampingan. Manakala untuk juara membawa pulang akaun simpanan SSPN bernilai RM250 manakala naib juara menerima akaun simpanan SSPN bernilai RM150 serta dua pemenang saguhati menerima akaun SSPN bernilai RM50.
Kesemua 60 peserta ini juga menerima akaun SSPN beserta e-sijil, medal dan t-shirt istimewa. Biarpun terpaksa mengadakan acara Merangkak Race tahun ini secara virtual, SSPN dan Pa&Ma sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang sangat bersemangat dan sporting untuk membuat video terbaik anak-anak mereka merangkak. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akui Kelam Kabut Urus Anak, Adira Anggap Penat Masa Anak Kecil Hanya Sekejap
Dikurniakan empat orang cahaya mata, penyanyi Adira Suhaimi menganggap kehidupannya kini sudah lengkap dan sempurna selain bersyukur dengan rezeki yang diterima dari segi kerjaya dan anak-anak.
Berkongsi mengenai kehidupannya sekarang selepas kehadiran bayi keempat, Ayub pada 29 September lalu, Adira berkata dia seronok walaupun hidupnya agak kelam kabut menguruskan anak-anak.
“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih lengkap dan sempurna. Jujurnya saya seronok dan saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dari segi kerja mahupun anak-anak, semuanya adalah rezeki dari Allah.
“Saya percaya apa yang saya ada sekarang semuanya saya tumpang anak-anak saja sebenarnya. Dan kalau bertanya mengenai situasi, saya juga sudah biasa dengan situasi kelam kabut.
“Jadi saya boleh mengendalikan semua. Memang pada awalnya saya pun pening kepala tapi lama-lama alhamdulillah saya boleh uruskan,” katanya.
Adira yang juga pemenang tempat kedua di Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu berkata, dia kini juga kembali aktif dengan kerjayanya tapi pada masa memberi keutamaan pada anak-anaknya.
“Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang ini. Sebelum saya pergi bekerja di luar, saya akan fikir anak-anak dulu macam mana. Terus terang saya bukanlah memilih tapi kalau pekerjaan itu terlalu jauh dan terlalu lama, memang saya akan fikir dulu.
Setakat ini syukur tiada halangan dan semuanya berjalan dengan lancar. Sebab saya sudah biasa dan saya juga mempunyai pembantu untuk menjaga anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Adira berkahwin bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, Asan, Anggun dan Ayub.
Kredit: Gempak ; IG Adira Suhaimi
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI