Berkat menyusukan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dah turun berat badan sebanyak 17.8 kg selepas 37 hari berpantang.
Walaubagaimanapun ibu Comel Pipi Merah ini masih menyasarkan banyak lagi berat badan yang perlu dikurangkan.
Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg..banyak lagi kena turun ni!!
Pertama kali bergelar ibu, Siti turut berkongsi naluri keibuannya turut tersentuh bila menangis ketika Aafiyah melalui proses mengambil darah.
Siti dan bayinya Aafiyah yang menjalani pemeriksaan ibu dan anak selepas sebulan bersalin sempat berkongsi beberapa gambar menunjukkan penampilannya yang kelihatan lebih langsing dan muda.
Ramai peminat terus memberikan kata-kata semangat supaya Siti teruskan usaha menyusukan bayinya apabila dia berkongsi penurunan berat badannya.
1. Menyusukan Aafiyah dengan kerap. Simpanan lemak ibu boleh ‘dibakar’ dengan menyusukan bayi!
2. Penyediaan makanan berpantang yang disediakan oleh Natalis Mother Care sangat berkhasiat dan dimasak dengan cara yang sihat iaitu gril, panggang dan kukus.
3. Amalan berpantang secara tradisional seperti berurut, bertungku turut membantu proses menurunkan berat badan ibu.
4. Siti mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga serta pekerja yang membantunya menguruskan si kecil. Dengan rehat yang cukup serta emosi yang stabil, ia turut menyumbang ibu mudah turun berat badan.
Semoga Siti terus konsisten menyusukan Aafiyah supaya misinya untuk menurunkan lagi berat badan dapat tercapai.
Sumber: Instagram ctdk