Lepas Sebulan Keguguran, Pelakon Mia Ahmad Terus Hamil. Kongsi Tip Dengan Peminatnya

Share

Selepas ramai peminat tak sabar nak tahu jantina anak sulung pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Izham Tarmizi.

Heroin drama bersiri Hati Perempuan ini mendedahkan yang dia hamil semula selepas sebulan mengalami keguguran kandungan pertamanya akhir tahun lalu.

Baru-baru ini dalam akaun Instagramnya, Mia telah berkongsi cara penjagaan pantang yang diamalkan selepas keguguran memandangkan ramai pengikutnya yang meminta dia berkongsi tip.

Menurut Mia apa yang penting adalah berpantang betul-betul selepas keguguran.

Selain daripada itu ada beberapa tip yang dikongsi oleh bakal ibu ini termasuklah:

1. Kena tahu tahap kesuburan diri sendiri.
2. Ambil vitamin yang bersesuaian (seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor dulu).
3. Amalkan makan makanan yang berkhasiat.

Mia bersyukur kerana dikurniakan rezeki hamil selepas melalui fasa keguguran.

Selain mengamalkan tips-tips berikut, Mia percaya perkara paling utama sekali adalah doa yang tidak putus-putus memohon pada Allah supaya dikurniakan cahaya mata.

Dia turut meminta peminatnya terus mendoakan kandungannya berjalan lancar dan dipermudahkan melahirkan anaknya tidak lama lagi.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan bola Johor Darul Takzim (JDT), pada 13 Januari 2017.

Sumber: Instagram mia.ahm4d

 

 

Published by
Hasnita Sawal