Lepas Sebulan Keguguran, Syatilla Hamil Lagi. Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Sam Shaheizy

Share

Walau pun baru sebulan keguguran, aktres Syatilla Melvin mengumumkan dirinya hamil lagi.  Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ke 36 buat suaminya, Sam Shaheizy yang jatuh pada hari ini, 4 September 2018.

Ibu kepada Syeriv Samheizy atau Mat Yip ini memuat naik gambar cetakan ujian imbasan dengan kapsyen berikut;

Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi.

Ada hikmah bulan lepas tilla gugoq sebab mungkin Allah nk bgi birthday present kt baby besaq ni?

Besday besday laki ku sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluaq tgok donia nnti. Amin ya rab?

#sumpahtakkomplotdengankakipaq

Posting ini menerima ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis. Kakak iparnya, Zizie Izette yang kini sedang hamil 3 bulan juga tidak menyangka dan terkejut dengan berita gembira ini.

ZIZIE SANGAT GEMBIRA

RAKAN ARTIS  & FOLLOWER UCAP TAHNIAH 

MAT YIP DAH JADI ABANG!

ANUGERAH SANGAT BERMAKNA

Sumber: Instagram Samtilla

Published by
Azma ML