Baru 8 hari berpantang, pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal mendapat perhatian warganet apabila dah kembali bekerja meskipun masih baru lagi melahirkan anak keempatnya, pada 30 November lalu.
Menerusi satu video di laman Instagramnya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilihat menggayakan dress labuh selain berkasut tumit tinggi dan memandu ke pejabat urusan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
“Hari ke-8 berpantang & singgah pejabat kejap periksa produk mendarat di HQ. Alhamdulillah sambutan luar biasa, yela pelanggan dah lama sangat ternanti nanti,” tulisnya.
Video berdurasi 28 saat tersebut memaparkan pelakon berusia 30 tahun itu memeriksa stok produk yang baru sampai sambil bertemu dengan pekerjanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata menyifatkan Wawa sebagai wanita yang hebat kerana tak nampak macam orang baru lepas bersalin.
Ads
Lagi satu, terus nampk slim dan ‘perut’ pun dah hilang walaupun baru seminggu melahirkan anak lelaki. Sekali tengok macam tak percaya dah ada empat anak.
“Hebatnya Wawa…8 hari pantang boleh jalan-jalan..huhuhu. Kalau saya menangis lagi sebab jahitan masih tak ok.”
Ads
Bagaimanapun, ada juga peminat Wawa yang mengambil berat dan memintanya jaga pantang betul-betul sebab risau mungkin boleh memberi kesan di hari tua nanti.
“Bagusnya habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang”.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Ads
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tidak sedih jika bayi dalam kandungan disahkan meninggal dunia? Penat lelah membawanya dan tiba-tiba diberitahu si kecil itu sudah ‘tiada’. Ia kenyataan yang menyakitkan tetapi harus juga diterima dengan reda. Sesungguhnya ia satu ujian yang sangat berat.
Begitulah yang dialami oleh Rohayu Meslan apabila kandungannya yang mencecah usia 27 minggu, 6 hari dan tiba-tiba tiada pergerakan bayi yang dirasakannya. Menurut ibu ini, kali terakhir pergerakan bayinya sangat kuat sebelum tiba-tiba tiada pergerakan lain dirasainya selepas itu.
Sebak baca perkongsian ibu ini.
“Sebak, Tapi Nama Adik Akan Sentiasa Disebut Dalam Doa Mama Ayah…”
Day 44..end of confinement
Hari ini setel pegi check up hospital & buat sijil kematian untuk anak mama..x pernah sangka mama akan simpan sijil ni..sayu je tengok..nama adik xde dlm ni sbb adik da x bernyawa dr dlm kandungan lg..org jpn ckp klw lahir hidup lepas tu meninggal baru dftar nama..xpe la..nama adik akn sntiasa dlm ingatan mama untuk disebut dlm doa mama ayah❤️
Hari ni baru rase ade sedikit kekuatan nak share pengalaman melahirkan anak syurga mama..mama share supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua terutama ibu2 yg sdg tggu hari untuk melahirkan..post yg agak panjang.
Tak Rasa Baby Gerak, Pergi Check Di Hospital
1 Mei 2020
Kandungan da mencecah 27w6d..baby gerak ok normal mcm selalu…terasa last pergerakan dia sgt kuat..lpas tu terus xde gerakan..decide pegi pac HTAR
Nurse pakai doppler ntok cari heart beat baby..lame..tp x dapat2..hati da rase x sedap sbb mmg x rase lgsg baby gerak..tggu utk scan byk doa just harap baby ok cume kurg gerak..
Masok bilik scan ade sorg doktor scan…dia diam je x ckp ape..lame jgk dia scan..lastly dia ckp tggu kjp dia pggil doc pakar..mmg aty kuat ckp ade something yg x kene..tanye nurse tp nurse ckp tggu doc nnty dia akn explain..air mata da start bertakung..nurse tu tenangkan..soh tarik nafas semua..
X lame lps tu doc pakar dtg repeat scan then dia ckp slow je dgn doc lg sorg..x lame kemudian baru dia ckp ape yg jadi..dia x dpt jmpe heart beat baby..dia sahkan baby IUD (intrauterine death)..time tu mmg x taw nk ckp ape..hanya boleh nangis je..Allah.
Rase mcm separuh nyawa mama da pergi..kosong..padahal 4 hari sebelum tu baru scan kat htar jgk sbb mama mmg ade appmnt dgn pakar..baby ok je baik2..mmg aktif..doc ckp xde pape mslh juz ckp uri mcm ke bwh ckt tp still ok sbb x tutup jln pon..
Lps tu doc panggil husband then bgtaw ape yg jd..suami pun terkejut & sedih dgn ape yg jadi..sebelum ni kita dgr pgalaman org baby mninggal dlm perut..x sgka bnda ni jd kat diri sndiri..mmg rase x kuat..bygkn lg bbrapa bln nk smbut org baru..da rase prgerakan baby kuat dlm perut tetbe da xde..pada Allah je tmpt kite bergantung..Allah.
Then doc soh balik dulu dia bg mase 2 mggu ntok baby klua scara natural..klw x kluar jgk akn induced ntok bersalin.
Pergi Hospital Untuk Bersalin
12 May 2020
29w4d..after almost 2 weeks..hari ni tarikh kene serah diri sbb mmg xde tanda nk bersalin..mmg mama da ready..sakit pon xpe sbb mama da x snggup nak bia adik lame2 dlm perut..mama nk mudahkan jalan adik ke sana..mama x sanggup nak bwk perut besar tp baby mama da x ada nyawa😭
Sebelum masuk ubat (prostin) doc ade scan & bgtaw baby breech dlm kndungan..dia tanye nk teruskn jgk ke ntok induce..tp mama ayah mmg da buat keputusan x nak lengah2 lg..mama sanggup ambik risiko..lagipun adik kcik lg doc estimated berat dlm skilo..in shaa Allah bole klua walaupun breech..tp dlm mase sama mama takut jgk..byk kn doa..mintak org doakan..takut sgt2.
Syukur, Masuk Ubat Ke-2 Rasa Nak Bersalin
13 May 2020
Pagi dlm pukul 5.40 a.m doc kejut ckp nk masuk ubat..doc explain klw induce ubat (prostin) ni 1 cycle 3x je bole masuk ubat..da msuk yg pertama kne tggu 6 jam ntok cek jln & masuk ubat kedua..then ubat ketiga 24 jam dr ubat pertama..klw da 3x masuk x berjaya bersalin doc akn stop dulu then akn bg tarikh ntok next cycle..
Alhamdulillah berkat doa org sekeliling Allah mudahkan semua nya buat mama..masuk ubat kedua pukul 12.30 p.m ptg dlm pukul 6.30 cek jln baru bkk 2 cm..mama ingat lame lg la nk bersalin sbb mase kakak eyhan dulu da 4 cm pun amik mase lame jgk sblom bkk full..
Tp lps mgrb tu sakit makin kuat smpai da pgg je besi katil..dlm kol 10 p.m da x tahan sgt mama bgtaw nurse then nurse cek da 9 cm..Allah..mama takut tapi mama da ready..adik nak kluar kan syg..nak jumpe mama..terus kene tolak ke labour room..
Adik Buat Suprise, Scan Perempuan. Keluar Lelaki, Rambut Lebat
14 May 2020
Pukul 12.04 a.m mama selamat lahirkan wildan syurga mama..tapi mmg berbeza kali ni..tiada tangisan yg mama dgr..air mata mama je yg laju turun..adik kluar punggung dulu doc ckp..doc ckp mama kuat sbb bole lahirkan adik dlm keadaan breech & intact (tiada koyakan @ luka)..mama kuat untuk adik syg..
Terbelit Tali Pusat
Doc ckp lg adik terbelit tali pusat 2 lilitan kuat then doc ckp tu sbb nye adk pergi..tp doc ade ambik sample uri ntok taw klw ade mslh lain jgk..sbb mama ade gdm & hb low (thalasemia carrier) time prgnant.
Doc letak adik kat dada mama..moment yg sama mcm mama lahirkan kakak tp perasaan yg berbeza..comel anak mama..rambut lebat sgt..yg paling mama ayah x sangka adik bole buat surprise..mase scan doc ckp baby girl tp yg klua baby boy..mama da dpt sepasang zuriat..trima kasih Allah
Pagi tu mama da slamat masuk wad balik untuk doc pantau..ayah tolong uruskan pengebumian adik..mama ayah da bincg nk kebumi adik kt kg mama sbb dkt dgn rumah atok nenek..stiap kali balik kg bole mama ayah melawat adik..mmg sedih x dpt uruskan adik sbb mama kene stay hospital..ayah ckp jgn sdey2 sbb kite da ade ank syurga..ape yg jd mesti ade hikmah..mama kuat sbb ade org2 sekeliling yg slalu bg nasihat & semangat..
Terima kasih adik sbb jd penghuni dlm rahim mama selama 7 bln..adik tetap dlm hati mama ayah walaupun kita x dpt hidup bersama..sampai bile2 pon mama akn ingat adik..untuk ibu2 yg sedang menunggu hari ntok bersalin alert la tntg pergerakan baby..mcm kes baby ammar ni walau kandungan baru 27w6d lagi 1 hari je nk genap 28 w ntok kira gerakan baby tp Allah lebih sygkan adik..sbb tu jgn perlekehkan klw ibu2 yg mengandung bwh 28w ckp baby x gerak or kurang gerak..ckp baby kecik lg sbb tu x rase..tp naluri ibu tu selalu nye betul..baby kt dlm kite x nampak..banyak kan doa..in shaa Allah smua akn baik2 sahaja
Mama ayah & kakak eyhan da redha adik pergi dulu..nanty kite kumpul same2 kat sana ye..syg adik ammar sgt2🥰
Alfatihah (dibaca) untuk anak mama Muammar bin Muhammad Muzzamer.
Ujian sebegini memang berat untuk kita lalui, tapi ada hikmah di sebaliknya. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Rohayu sekeluarga. Semoga mereka terus tabah dan kuat. Untuk para ibu yang sedang menunggu hari, peka dengan pergerakan bayi anda. Sekiranya ada rasa yang tidak kena, segeralah ke hospital. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Muammar bin Muhammad Muzzamer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.
Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.
Sembelit boleh menyebabkan:
Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
Rasa tidak selesa.
Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit :
Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan:
Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas.
Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Kesimpulan:
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis.
Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas.
Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu.
Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...