Isu latih anak potty train atau bebas ‘pampers’ sepenuhnya sering jadi perbincangan para ibu.
Ramai ibu memang berusaha untuk mengajar anak kecil mereka bebas daripada memakai lampin pakai buang lagi. Selain ia menjadi kemahiran si kecil berdikari, ibu ayah pun dapat menjimatkan belanja beli ‘pampers’.
Macam-macam cara dan tips dikongsi oleh ibu yang telah berjaya melatih anak mereka tak pakai ‘pampers’. Mungkin ada salah satu perkongsian tersebut boleh anda contohi seperti dikongsi oleh Puan Hafizah Ariffin ini.
Nama panggilan akak, Fiza. Ibu kepada 3 anak lelaki. Anak-anak masih kecil lagi, Adam 4 tahun, Aisy 3 tahun, dan paling kecil Anas baru 2 bulan lebih.
Seringkali, di kala berkumpul dengan kawan-kawan yang ada anak-anak yang masih kecil kami akan berkongsi perihal anak.
Topik yang biasa adalah toilet training. Ibu akan mula memikirkan untuk melatih anak apabila anak mula nak sekolah dan untuk kurangkan kos hidup.
Akak tergerak hati untuk sharing bagaimana akak latih anak untuk tidak lagi memakai diapers seawal 2 tahun.
Alhamdulillah Adam dan Aisy berjaya tidak memakai diapers seawal 2 tahun 6 bulan. Ibu-ibu kena kuat disaat membuat keputusan untuk ‘toilet training’.
Melatih anak tidak pakai DIAPERS seawal 2 tahun.
1) Doa@Submit@Mindset
Terdetik di dalam hati adalah satu doa. Macam akak, akak submit di dalam hati. Contohnya Ya Allah, aku nak berentikan Aisy pampers sebelum adiknya lahir. Sekali lagi aku terdetik doa, masa tu bulan 3, 2017. Ya Allah, Aisy mesti stop pampers bulan 6, 2017. Alhamdulillah memang bulan 6,2017 Aisy sepenuhnya free from diapers.
2) Ajar anak perkataan mudah
Bila anak dah mula pandai bercakap ibu-ibu bole mula train anak dengan perkataan mudah seperti, nak wiwi atau ibu nak poo poo. Bila anak dah pandai sebut lebih mudah nak train
3) Ambil Cuti
Bagi ibu-ibu yang bekerja sebaiknya ambil cuti panjang sedikit dalam tempoh nak melatih anak toilet training ni. Anak akak berjaya sepenuhnya bebas diapers selepas 5-7 hari.
4) Kerap Tanya Anak
Tanya anak dengan kerap sama ada nak buang air atau tidak. Mungkin sejam sekali. Awal-awal memang biasa walaupun kita dah tanya, tapi anak tetap terkencing dan kalau nasib lagi tak baik dia poo merata.
5) Ganjaran dan Pujian
Setiap kali anak berjaya ke toilet, mesti beri pujian. Akak selalu cakap kat anak. Hebatnya adam, hebatnya Aisy. Mereka akan seronok dan berusaha untuk dapat pujian lagi
6) Berjalan/Tidur
Bila anda buat keputusan untuk anak bebas diapers pastikan anda buang terus daripada kehidupan mereka. Nak berjalan ataupun tidur pun jangan sesekali pakaikan diapers. Ramai ibu silap di sini bila berjalan dan tidur dia orang pakaikan. Anak lagi susah nak belajar sebab mereka confius.
7) Simpan Segala Karpet
Karpet perlu disimpan dahulu dalam tempoh anak ‘toilet training’ untuk pastikan anda tidak menjemur karpet gara-gara anak terkucil.
8) Alas Tilam
Membeli alas tilam kalis air supaya anda tidak perlu menjemur tilam sekira anak terkencing semasa tidur
Pastikan setiap kali sebelum tidur anda wajib bawa anak ke tandas terlebih dahulu. Kalau tak kemungkinan anda terpaksa jemur tilam
10) Kejut Anak
Menjelang pagi, pastikan kejut anak untuk bangun ke tandas. Kalau anak terlajak tidur tak mustahil terkucil. Akak beberapa kali miss yang ni.
11) Gunakan “Potty Training”
Belikan potty training yang cantik dan selesa untuk menarik minat anak anda untuk ke tandas. Yang ni akak tak guna sebab anak pandai naik sendiri atas tandas duduk.
Akak doakan kalian berjaya melatih anak sehingga bebas sepenuhnya daripada memakai diapers. Anda ibu dan bapa yang hebat untuk anak-anak anda.