Bila anak kena selesema, ibu ayah mana tak risau kan? Selesema yang tak dirawat dan dibiarkan boleh berlarutan menjadi lebih teruk. Lagi ‘rimas’ bila si kecil pun asyik merengek dan meragam sahaja. Lepas tu anak tak boleh berenggang dengan ibu atau ayah.

Boleh terganggu emosi ibu ayah dan sudah tentu si kecil juga sebab dia tak boleh explore dan belajar banyak perkara. Kalau selsema kena pada anak bawah umur 2 tahun, bersabarlah menghadapinya kerana mereka tak pandai bercakap lagi. Hanya rengekan dan tangisan sahaja cara untuk meluahkan ketidakselesaan yang dialami.

Dr Taufiq Razif ada berkongsi ilmu penting yang mesti dikuasai oleh semua ibu ayah. Lepas ni dah boleh alert apa nak buat bila anak selesema ya.

Kena Tahu Ilmu Ni Bila Anak Kecil Kita Selesema

IKLAN

Solahuddin ni jarang selesema tapi kalau dah selesema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selesema.

Ada sesetengah ubat selesema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selesema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.

Jadi apa nak buat?

IKLAN

Lepas Tahu Ilmu Ini, Ibu Ayah Tak Perlu Risau Lagi Bila Anak Kena Selesema

PERTAMA : Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.

IKLAN

KEDUA : Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selesema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selesema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.

Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.

Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab dua-dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selesema.

Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI