Pelakon, Lana Nordin mengakui rasa sebak apabila suaminya David McKienzie, yang juga seorang mualaf terus istiqomah dalam menjalani kehidupannya.
Kongsi Lana lagi, paling membuatkan dia terharu bila mana suami kesayangannya itu membawa mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas menonton filem di pawagam.
Tambahnya lagi, tindakan suaminya itu membuatkan dia berasa bangga dikurniakan suami bertanggungjawab dan bersyukur semakin mendekatkan diri kepada sang pencipta.
“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang.” tulis Lana menerusi kapsyennya di Instagram.
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sentiasa mengharapkan agar hidayah yang diberikan oleh Allah buat suaminya kekal sentiasa malah mampu menjadi suami yang dapat membimbingnya dan anak-anak ke arah yang lebih baik.
Ads
“Semoga Allah berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.
“Teruskan istiqamah, hidayah itu mahal boleh nampak gembira dia bila nak ke masjid, siap menari lagi,” jelasnya.
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.
Untuk info mangsa adalah seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis.
Menerusi hantaran penuh emosi di TikTok, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap individu yang dikatakan telah membuli anaknya sambil menyertakan gambar keadaan anaknya yang menyayat hati, sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
Tangkap layar pemilik akaun dipercayai ibu kepada pelajar yang dilaporkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Papar.
“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.
“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu si Zara sebut…,” demikian petikan luahan tersebut.
Dalam pada itu,Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejadian tragis itu kini dalam siasatan pihak polis.
Di samping itu, memetik laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan media penuh berhubung siasatan insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pelajar tersebut berasal dari Sipitang, namun belajar di sebuah sekolah agama di Papar.
“Saya memandang serius perkara dan peristiwa seperti ini yang melibatkan kematian pelajar di sekolah. Info daripada pengetua dan guru-guru di sekolah itu dan dari kronologi peristiwa tersebut tidak jelas penyebabnya.
Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi.
“Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi, walaupun bilik pelajar tersebut bersama pelajar-pelajar lain berada di Tingkat Tiga, tetapi tiada siapa yang melihat kejadian tersebut sama ada terjatuh atau bersama dengan individu lain kerana pelajar-pelajar masa itu sedang tidur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, bedah siasat telah dibuat untuk menentukan sebab kematian dan ia masih dalam siasatan polis sama ada ada unsur jenayah atau tidak.
“Jabatan Pendidikan pula perlu menyiasat dan mencari fakta dari segi keselamatan tempat, status psikologi dan kesihatan pelajar dan lain-lain faktor seperti ada unsur buli atau tekanan fizikal juga mental. Jadi, kita tunggu hasil siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad meminta supaya tidak membuat tanggapan awal secara melulu mengenai insiden tersebut.
“(Dakwaan buli) itu saya serahkan kepada pihak polis. Kita tak boleh buat tanggapan awal secara melulu. Pihak polis akan datang dengan hasil siasatan,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Konvensyen Pendidikan ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hospital Kuala Lumpur (HKL) terus mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista satu pencapaian membanggakan bukan sahaja buat institusi itu sendiri, malah untuk sistem kesihatan awam negara.
Lebih membanggakan, HKL merupakan satu-satunya hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam lima teratas bagi ranking Hospital Terbaik di Malaysia bagi tahun 2024.
Dalam laporan Newsweek 2024, HKL berjaya menduduki tempat keempat dengan skor 87.06 peratus, menewaskan beberapa hospital swasta ternama. Ia diikuti oleh Pantai Hospital Kuala Lumpur di tempat kelima dengan 86.99 peratus.
Jabatan Kecemasan adalah antara jabatan paling sibuk di Hospital Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP
Sementara itu, Hospital Gleneagles meraih tempat pertama dengan 89.50 peratus, diikuti Sunway Medical Centre (88.84%) dan Subang Jaya Medical Centre (87.26%) di tempat kedua dan ketiga.
Turut tersenarai dalam kalangan hospital terbaik Malaysia ialah:
Hospital Umum Sarawak (tempat ke-22)
Hospital Putrajaya (tempat ke-26)
Penilaian oleh Newsweek ini bukan sewenang-wenangnya dilakukan. Skor setiap hospital adalah berdasarkan tinjauan dalam talian yang melibatkan lebih daripada 85,000 pakar perubatan, serta data awam daripada pesakit selepas dimasukkan ke hospital.
Aspek penilaian turut merangkumi:
Tahap kebersihan
Nisbah pesakit dan doktor
Penggunaan Ukuran Hasil Dilaporkan Pesakit (PROM) iaitu satu soal selidik yang diisi oleh pesakit sendiri untuk menilai pengalaman dan hasil rawatan mereka.
Lebih 150 Tahun Khidmat – Dari Hospital Daerah ke Gergasi Kesihatan ASEAN
Ditubuhkan sejak tahun 1870, HKL bermula sebagai sebuah hospital daerah — kini berkembang menjadi sebuah pusat rawatan utama negara dan antara hospital terbesar di Asia Tenggara di bawah seliaan KKM.
HKL mempunyai:
53 jabatan dan unit, termasuk pentadbiran, kewangan, farmasi, latihan dan penyelidikan
28 jabatan klinik
12 klinik perkhidmatan sokongan
Sebagai tulang belakang sistem kesihatan awam negara, pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan, malah menjadi simbol keyakinan bahawa hospital kerajaan juga mampu mencapai standard dunia.
Tahun ini kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam tempoh PKP. Semua sedia maklum, salah satu keindahan dalam bulan ini adalah mengerjakan solat terawih. Memandangkan rakyat Malaysia ditegah untuk mengadakan perhimpunan beramai-ramai di satu tempat, maka solat terawih tidak dapat dilakukan di masjid seperti tahun-tahun sudah.
Tidak boleh solat di masjid, bukan bermakna anda harus meninggalkan terus ibadat ini. Ia masih boleh dilakukan secara persendirian mahupun berjemaah bersama keluarga tersayang di rumah.
Berikut adalah cara-cara mendirikan solat terawih, untuk panduan bersama:
Terawih Ramadhan 2020M / 1441-1442H 🌙
Memandangkan PKP Covid19 masih berlanjutan sehingga ke bulan puasa maka persiapan awal boleh lah di buat antaranya ialah solat terawih.
Berikut adalah panduan ringkas & lengkap untuk solat terawih di rumah. Para ayah2 atau semua boleh la persiapkan diri lebih awal utk berjemaah dgn ahli keluarga nanti.
Ajak ank2 dan semua ahli keluarga yg berada di dlm rumah utk berjemaah bersama supaya suasana lebih meriah dan penuh berkat. Tiada istilah ponteng para abah2 semua. 😎
Mudah2an menjadi latihan dan bekalan utk kita kelak. Anggaplah peluang ini sekali seumur hidup Allah bagi kepada kita. Semua yg terjadi ada hikmah dan rahmatNYA.
Selamat beramal semua.
* Nota – Surah selepas Al Fatihah tu sunat hukumnya , jika surah yg dicadangkan itu kita tak ingat , boleh ditukar kepada Surah yang kita dah ingat.
BACAAN SEBELUM MEMULAKAN SOLAT TERAWIH
NIAT
RAKAAT PERTAMA
RAKAAT KEDUA
RAKAAT 3 & 4
BACAAN SELEPAS SALAM
KEMUDIAN BACAKAN DOA INI
RAKAAT 5 & 6
BACAAN SELEPAS SALAM
RAKAAT 7 & 8
BACAAN SELEPAS SALAM
Selepas selesai, bolehlah dilakukan solat sunat witir.
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.