Tak boleh nak elak, sesekali pasti anak akan terjatuh atau terhantuk sebab mereka lasak dah boleh berdiri atau berjalan. Kalau jatuh biasa-biasa tanpa luka mungkin tak ada masalah tapi kalau sampai benjol, adakah berbahaya untuk anak? Memang risau kalau anak sampai benjol atau cedera, tapi mama papa kena faham kesan hentakan sama ada ia serius atau tidak.

Artikel Menarik: [“Maafkan Ibu.” Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi, Muka Merah & Mulut Berbuih]

Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni, Bawa Anak Ke Hospital. Bahaya!
Sumber foto: www.freepik.com

Apa mama papa kena tahu?

1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.

2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.

3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.

Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni, Bawa Anak Ke Hospital. Bahaya!
Sumber foto: www.freepik.com

4. Benjol di kepala yang disebabkan pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendiri. Ia mungkin ambil masa 1-2 minggu.

5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.

Artikel Menarik: [Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam, Tak Perlu Tuala Basah!]

6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.

7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.

Ads

Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:

– Pengsan selepas trauma.

– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.

– Amnesia/hilang ingatan.

– Keliru.

– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.

– Sawan.

Ads

– Muntah lebih dari sekali.

– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.

– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.

– Mata hitam tidak sama saiz.

– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.

Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.

Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni, Bawa Anak Ke Hospital. Bahaya!
Sumber foto: www.freepik.com

Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.

Ads

Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.

Rawatan segera yang boleh dibuat:

a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa anak ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.

b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak.

c. Memberi paracetamol jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit (paling baik dapatkan nasihat doktor).

Sumber: Doktorbudak.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lepas Terhantuk Ada Tanda Ni, Bawa Anak Ke Hospital. Bahaya!

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI