Lepas terjerit pada anak mesti menyesal. Ini antara salah satu situasi yang biasa berlaku pada ibu bapa yang seharian penat bekerja dan bila anak buat perangai memang tak boleh nak kawal kemarahan itu.
Katakanlah, pada satu hari yang sukar, anda baru pulang dari kerja dan anak kecil anda buat perangai, anda tidak mampu lagi menahan rasa marah, tertekan, dan runsing.
Anda pun menghempas pintu, mengatakan kata-kata yang melukai hati anak, dan meninggikan suara.
Si kecil itu menangis dan anda pula mula berasa buntu dan semakin tertekan. Jika ini terjadi, perkara yang perlu anda lakukan adalah:
1. Berhenti dan Bernafas
Anda mungkin terfikir, cara apakah ini? Sebenarnya, langkah ini mudah untuk disebut tetapi percayalah, sukar untuk dibuat, terutamanya dalam keadaan diri kita yang sedang keletihan, marah dan tertekan.
Jadi, apabila anda perasan yang darah anda mula menyirap dan hampir hilang kawalan diri, berhenti seketika apa yang anda sedang lakukan dan tarik nafas dalam-dalam beberapa kali.
Percayalah, fikiran anda pasti akan lebih tenang dan anda mula perasan yang jantung anda tidak lagi berdegup kencang.
Ads
2. Minta Maaf
Kita sebagai ibu bapa sering mendidik anak kita supaya meminta maaf apabila melakukan kesilapan. Ini adalah masa yang sesuai untuk mengajar melalui tauladan.
Selepas anda bertenang, minta maaf kepadanya. Ia lebih berkesan jika anda menghampiri anak anda, menyentuhnya, dan turun ke aras mata si kecil anda. Ia memberikan rasa percaya dan dekat pada anak itu.
Minta maaf yang anda menjerit padanya, minta maaf yang anda telah menakutkannya dan minta maaf kerana anda gagal mengatasi keadaan secara matang.
Ia secara tidak langsung mendidik anak anda yang ibu bapa juga tidak lari dari membuat kesilapan dan apa yang penting adalah kita mengambil tanggungjawab atas kesalahan kita sendiri.
3. Beri Penjelasan
Ingat tak tadi kita telah baca yang apabila anak kecil sedang dimarahi, keupayaan otaknya untuk menerima maklumat telah terhenti? Jadi, kali ini, semasa anda sedang berbaik dengannya, cuba sekali lagi untuk memberitahu apa kesilapan yang dia telah buat.
Ads
Ketika anda tenang, barulah si kecil itu lebih mudah untuk menerima pengajaran dari anda.
Lagi satu tip penting ketika sedang memberi penjelasan kepada anak tentang kesilapan mereka adalah: pastikan anda tidak menggunakan kata-kata yang berbunyi seolah-olah menyalahkan peribadi anak.
Menurut kajian, “Ibu bapa yang belajar untuk memulakan ayat dengan “saya” atau “ibu” berbanding “kamu” boleh mengubah cara perbualan daripada yang berbentuk menyerang kepada berbentuk mendidik.”
Jadikan ia habit untuk menerangkan apa yang anda tidak suka dan tambahkan apa yang anda suka atau harapkan dari anak anda.
Ads
Dalam erti kata lain, elakkan dari menyebut:
“Aina pukul ibu tadi. Aina tak sayang ibu ke? Tuhan marah tau. Kalau Aina buat lagi, siaplah!”
Katakan seperti:
“Ibu marah tadi sebab Aina pukul ibu. Tak baik pukul ibu sendiri. Tuhan marah. Ibu sedih bila Aina sakitkan ibu. Ibu tak mahu Aina buat lagi”
Ia akan Terjadi Lagi – Latihan Serta Ilmu Keibubapaan Akan Membuatkan Kita lebih Mahir Mengawal Marah
Semua orang akan melakukan kesilapan. Sebagai ibu bapa, antara kesilapan yang sukar untuk kita elakkan adalah hilang kawalan marah dan berkata kasar kepada anak-anak.
Apa yang penting adalah kita terus mengakui kesilapan dan segera mencari jalan untuk berbaik dengan anak-anak supaya dapat terus mendidik mereka secara berkesan!
https://my.theasianparent.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan untuk kuatkan ingatan anak-anak dengan cara yang lebih jimat dan menyeronokkan. Bukan setakat untuk anak gembira tapi boleh meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.
Bagi sesetengah ibu bapa yang mampu mereka mungkin boleh menghantar anak-anak ke kelas tertentu untuk merangsang deria anak-anak. Namun bagi yang tak berkemampuan anda tetap boleh memberikan yang terbaik pada anak asalkan ada usaha dan rajin.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain mengenai aktiviti yang dilakukan untuk membantu menguatkan ingatan anak sangat menarik dan boleh dicuba bersama anak anda.
Seorang mak whatsapp saya, bagaimana set Bacalah Anakku boleh buat anak dia pandai membaca. Dan mak ini luahkan kerisauan kerana anaknya payah nak ingat apa yang mak dia ajar.
Saya rujuk pada kawan yang memang ada lesen mengajar phonics ni. Dan dia cakap anak itu kena banyak buat aktiviti messy-play.
Main playdoh buat huruf Main water colour Menulis pada garam atau pasir
Dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh kuatkan ingatan anak.
Kebetulan saya memang nak main homemade playdoh dengan anak-anak hari ini. Saya kongsikan caranya.
Lihat gambar ya.
Cari 1 kotak besar.Buka kotak dan jadikan alas untuk messy-play. Dan bersedia untuk mop lantai. Sekali sekala nak.Gunakan bekas kuih raya hari tu. Jimat besen mak.Bahan homemade playdoh 1. tepung 2. garam halus 3. air suam 4. Minyak masak 5. Pewarna makananCawan untuk sukat1 cawan tepung Suku cawan garam halus 3/4 cawan air suam Minyak masak 1 sudu Pewarna suku sudu Gaul je semua sekali. Saya buat ni 2 cawan tepung dalam 1 bekas.Bagi anak gaul ye. Aktiviti ni boleh kuatkan otot tangan. Membantu perkembangan motor halus anakYeay dah jadi dohSiap 3 doh untuk 3 orang anak.Bagus untuk kuatkan ingatan anakCara mengajar anak membaca suku kata secara sambil mainUlat yang ilmiy buat. Ilmiy 2 tahun tauMengeja namanya sendiri. Main la sampai puas. Nanti lepas anak main simpan semula doh dalam bekas kuih tadi. Boleh main selagi tak mengeras. Selamat mencuba!
Mana-mana anak kecil tak kan lepas memasukkan barang ke dalam mulut. Lagi-lagi kalau ada mainan di tangan. Di larang macam mana pun, si kecil semakin buat.
Selain memasukkan barang ke dalam mulut, anak akan suka dengan mainan-mainan yang berwarna terang. Biasanya yang terang itulah yang akan jadi pilihannya. Namun menurut Dr Taufiq Razif, mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam berbahaya untuk anak. Ikuti penjelasannya.
Paling bahaya adalah mainan lama yang berwarna KUNING, MERAH dan HITAM.
Kenapa?
Dr Andrew Turner daripada University of Plymouth mendapati unsur bahan kimia berbahaya paling banyak pada mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam!
Mainan lama ni tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna warni.
Mainan lama ni banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tak seketat zaman sekarang.
Jadi hati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ye.
Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.
p/s : Mainan baru pun lebih kurang sama je. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan tu selamat untuk anak kita sebab banyak kes keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ni.
Dalam kehidupan ini, seorang ibu memiliki peranan yang sangat penting dalam perkembangan mental serta emosional seseorang. Ibu digambarkan sebagai individu yang hebat dalam kehidupan seorang anak, kasih sayang dan lemah-lembutnya tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.
Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Sebaik-baik mana pun seorang ayah, dia tidak akan boleh menggantikan peranan manusia yang bergelar ibu. Kepekaan, kasih sayang dan lemah lembutnya adalah anugerah Ilahi yang tidak dimiliki oleh seorang lelaki. Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaannya, ibu sering menjadi tempat untuk mencurahkan segala beban, ujian dan permasalahan hidupnya.
Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak, baik buat anak perempuan mahupun anak lelaki. Namun khususnya bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertama dan sejatinya. Berikut adalah 6 cara yang dapat anda gunakan sebagai panduan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki anda.
1. Ajarkan mereka tentang kesabaran dan kecekalan.
Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.
2. Ajarkan mereka menjadi lemah-lembut.
Seorang anak lelaki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasaannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!
3. Jadilah ejen penyatu.
Jadilah ejen penyatu dalam kehidupan mereka, bukan agen MLM! Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiapa). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerjasama dengan baik.
4. Sokonglah dia!
Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahawa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.
5. Jadilah penasihat yang baik.
Apabila anak ada masalah jadilah penasihat yang baik pada mereka. Peranan ibu sangat diperlukan, berilah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap apa yang dilakukan.
6. Menjadi sang pemberani.
Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!
Sumber: ohsemmama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.