Penyanyi kesayangan ramai, Lesti Kejora berkongsi berita gembira buat para peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga. Berita bahagia itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram yang memaparkan detik manis Lesti bersama suami tercinta, Rizky Billar, dan dua anak mereka di sebuah padang bola.
Dalam video berkenaan, anak sulung mereka, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, kelihatan teruja sambil menzahirkan rasa syukur kerana bakal menerima adik baharu.
Ads
“Alhamdulillah, abang dapat adik lagi,” katanya penuh ceria — satu momen yang membuat peminat tersenyum melihat keakraban keluarga kecil itu. Berita kehamilan Lesti Kejora sekali lagi menjadi tumpuan ramai di media sosial.
Dalam masa yang sama, rezeki Lesti Kejora semakin berganda apabila impiannya untuk memiliki klinik estetik kecantikan dan kosmetik sendiri akhirnya tercapai. Klinik tersebut dinamakan Lesh Clinic, diambil sempena nama puteri kesayangan mereka, Leshia Tivana, sebagai simbol kasih dan inspirasi buat dirinya.
Ads
Menerusi hantaran di Instagram, juara D’Academy musim pertama itu meluahkan rasa syukur dan terharu kerana suaminya, Rizky Billar, sanggup berusaha memenuhi impiannya yang sudah lama diidamkan.
“Bermula dari satu impian, Alhamdulillah… semuanya jadi nyata dengan izin Allah dan usaha suami tercinta yang tak pernah penat bantu realisasikan cita-cita saya. Diambil dari nama puteri kesayangan, kami sepakat jadikan nama itu inspirasi lahirnya Lesh Clinic.”
Lesti Bersyukur & Doa Rezeki Terus Mengalir
Dalam kapsyennya yang penuh kasih, Lesti Kejora turut bergurau manja dengan suaminya:
Ads
“Selepas ini mengidam apa pula ya? Hahaha, standby ya Rizky. Semoga rezeki sentiasa murah, segala urusan dipermudahkan dan rezeki mengalir terus tanpa henti. Amin. Maaf tau selalu menyusahkan dan banyak ‘wishlist’.”
Pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar dan Leshia Tivana. Kini dengan kehadiran cahaya mata ketiga yang bakal lahir, kebahagiaan mereka semakin lengkap.
Lesh Clinic Jadi Lambang Cinta & Kejayaan
Kehadiran Lesh Clinic bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi juga tanda sokongan dan kasih sayang antara pasangan ini. Ramai peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar bisnes kecantikan tersebut berkembang maju.
💖 Tahniah buat Lesti Kejora dan Rizky Billar! Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan dan Lesh Clinic menjadi satu lagi lambang kejayaan keluarga bahagia ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan: tengah malam, anda terasa “pop” atau “tickling” di bahagian bawah abdomen, atau tiba-tiba dapati pakaian dalam lembap, air menitik tanpa berhenti. Itu mungkin pecah air ketuban tanda bahawa kantung yang melindungi bayi dalam rahim telah koyak, dan proses bersalin mungkin akan bermula bila-bila masa.
Air ketuban (amniotic fluid) ialah cecair yang mengelilingi dan melindungi bayi dalam rahim. Bila kantung tersebut terbuka, cecair boleh keluar secara perlahan (menitik) atau pantas (pancutan). Namun, bukan semua pecah air ketuban bermakna anda akan bersalin dalam masa lima minit — tetapi ia tetap tanda penting yang memerlukan perhatian segera di hospital atau klinik.
Secara klinikal, terdapat dua kategori utama:
Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), PPROM berlaku dalam kira-kira 2% daripada semua kehamilan dan menyumbang kepada hampir 40% kelahiran pramatang. Ini bermakna diagnosis awal dan pengurusan cepat amat penting bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi.
Beberapa tanda utama yang menunjukkan pecah air ketuban termasuk:
Di hospital, doktor mungkin melakukan pemeriksaan speculum untuk lihat cecair yang berkumpul (“pooling”), serta ujian pengesanan seperti nitrazine, ferning atau ujian moden seperti Amnisure bagi mengesahkan pecah air ketuban.
Apabila kantung air ketuban pecah, beberapa risiko boleh berlaku:
Contohnya, jika air ketuban pecah tetapi kelahiran tidak dimulakan dalam tempoh munasabah, risiko jangkitan akan meningkat — sebab itu hospital biasanya akan memantau dengan ketat atau memulakan proses induce bersalin.
Anda perlu ke hospital atau klinik segera jika:
Di hospital, doktor dan jururawat akan:
Di Malaysia, garis panduan Kementerian Kesihatan (MOH) seperti “Guideline on Prevention and Management of Preterm Birth (2023)” turut menekankan pengurusan segera bagi kes pecah air ketuban dan PPROM.
Pecah air ketuban ialah tanda penting dalam kehamilan dan tidak boleh diabaikan. Ia boleh jadi permulaan proses bersalin, atau tanda masalah yang memerlukan rawatan segera. Tindakan cepat, pemeriksaan tepat, dan pengawasan pakar boleh menyelamatkan nyawa ibu serta bayi.
Ingat jangan tunggu contraction. Bila air ketuban pecah, itu tanda masa untuk bertindak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Untuk yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’. Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri. Ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil” “Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar” “Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk” “Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH..
Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Ameera Zaini, pengacara CJ Wow Shop berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya, Mateen Hasnor yang kini sudah berusia 1 tahun 8 bulan menerusi posting di instagram beliau. Antara 13 amalanya ialah makan tembikai untuk tambah air ketuban.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga.
Masa awal2 pregnant dulu, Meera morning sickness yg teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim. 2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk. 3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu 4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi 5. Minum susu kambing 6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya 7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis 8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu 9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak. 10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester 11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah. 12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc 13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.
Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.