Daun sup, daun bawang atau daun ketumbar ni penyedap dalam masakan. Bila buat sup atau tomyam mesti nak kena tabur sikit bagi naikkan aroma menu itu. Cuma jika nak beli sikit-sikit agak susah sebab kebanyakan kedai dah siap-siap ikat atau letak dalam plastik.
Cuma yang jadi masalahnya bila digunakan sikit, lebihan itu akan disimpan dalam peti. Tak sampai seminggu dah layu dan terpaksa buang. Macam mana cara simpan daun sup dan sayuran lain supaya tahan segar lebih lama?
Ramai yang berkongsi tip letakkan air dalam bekas dan simpan daun sup itu di bahagian sejuk beku. Tak kurang juga yang ajar untuk bungkus dalam kain atau kertas.
Tapi kali ini, caranya lagi mudah iaitu hanya letak dalam bekas kering je dan terus simpan dalam peti sejuk.
Seperti perkongsian Puan Noor Dila melalui MATJHN OFFICIAL, akhirnya masalah daun sup yang cepat rosak dapat diatasi dengan melakukan cara paling ringkas ini.
Ads
Saya nak ucap terima kasih pada yang kongsi tip simpan daun sup dalam bekas kering dan letak dalam peti ais tu.
Saya dah buat memang menjadi, daun sup ni saya beli dah dekat 2minggu dah, tapi masih elok lagi macam baru.
Saya ikut macam sis tu buat, sebelum ni saya ikut petua rendam dalam air letak dalam freezer tapi bila keluarkan dah rosak. Kali ni memang tak mengecewakan lah. Terima kasih sis yang kongsikan petua ini. Memang puas hati!
Ads
Jadi pada ibu-ibu yang nak cuba, boleh tengok keberkesanannya. Sesetengah orang akan lapik tisu dapur untuk serap wap air dalam bekas tersebut.
Macam cili api, boleh buang dulu tangkainya dan letak dalam bekas. Sebelum tu lapik tisu dapur. Ada juga yang letak beberapa biji bawang putih dalam bekas cili itu, InsyaAllah tahan lama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara TV, Mya Zulkifli berkongsi pandangan tentang kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak yang banyak terganggu setelah berbulan-bulan lamanya terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Akhirnya terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP bagi negeri Fasa 1 & 2. Ibu bapa sudah mula boleh membawa anak-anak bermain di taman dengan syarat perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Anak-anak yang telah lama terkurung pastinya sedikit sebanyak terganggu dari segi emosi dan perkembangan mereka.
Menurut perkongsian Mya, kesihatan mental juga sangat penting lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar dan perlu bermain, memijak rumput, duduk di bawah cahaya matahari untuk perkembangan mental dan fizikal si kecil.
“Ada ibu bapa yang terpaksa bawa anak keluar hirup udara luar, pijak pasir. Jangan terlalu keras menghukum”
“Kalau kita mampu ambil vaksin tambahan untuk anak-anak, ambilah untuk perlindungan mereka seperti vaksin Pneumococcal, Influenza untuk pertahanan antibodi mereka”
“Jaga SOP, jaga jarak dan pakai mask. Doa supaya Allah lindungi kita”
Tambahnya lagi, bukan semua bernasib baik mempunyai rumah teres yang mempunyai halaman luas. Mungkin bagi yang mempunyai rumah dan halaman luas anak-anak dapat bermain di luar tapi bagi yang tak bernasib baik seperti rumah flat bagaimana anak-anak mereka dapat bermain?
“Not everyone have a privileged to have a large lawn space anak-anak boleh berlari keliling rumah. Imagine those who don’t even have any space as simple as a balcony at their homes. Macam mana anak-anak diorang nak duduk dalam rumah tak keluar langsung? Yang duduk flat tu semua? I mean haihh.. bukan nak keluar berjimba. Groundinggggg. Pijak rumput, berjemur bawah matahari. Pijak pasir, things like that..”
Tidak dinafikan kanak-kanak memang perlu ‘attach’ dengan alam semulajadi untuk proses merangsang sensory mereka dan juga untuk meghasilkan antibodi yang lebih kuat. Anda boleh membawa anak-anak ke taman yang tidak terlalu sesak dan sentiasa menjaga jarak dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sebagai penghuni pertama rahim ibu, kehadirannya dinantikan oleh ibu dan ayah. Anak pertama adalah segalanya buat mereka yang baru bergelar ibu dan ayah.
Semua ibu dan ayah akan menjaga anak pertama bagai menatang minyak yang penuh, dijaga dan diberi segala yang terbaik.
Tetapi biasanya bila dapat anak kedua, ibu dan ayah automatik anggap anak pertama sudah besar dan boleh berdikari walaupun kadangkala usia belum pun masuk 2 tahun.
Perkongsian dari Hafizah Nordin, ibu kepada tiga orang anak yang bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri diharap membuka hati semua ibu ayah untuk lebih memahami perasaan anak pertama.
PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU. Semua bakal merasakan perasaan yang sama. Tak sabar. Excited. Teruja. Yang paling istimewa, kerana “dia”, kita bakal bergelar ibu dan ayah pertama kalinya.
Walaupun kecik-kecik dah pernah main pondok-pondok. Ko jadi mak, ko jadi bapak. Kawan sorang lagi jadi anak. Pakai la kasut tinggi konon-konon mak.
PENGHUNI PERTAMA RAHIM KU, pertama kali tahu ummi mengandung, perasaannya tak tahu nak digambarkan macam mana.
Allah je yang tahu. Sepanjang tempoh mengandung tu setiap kesakitan, kesusahan semuanya ummi tempuhi dengah kuat bersama abi mu. Setiap saat ummi doa supaya anak ini dilahirkan mudah, sihat dan sempurna.
9 APRIL 2014 8:29 malam pertama kali dengar tangisannya, ummi membayangkan dia ketika dewasa yang sedang membaca ayat-ayat suci al-quran
Semuanya Allah aturkan dengan sempurna. ANIS HUMAIRAH nama yang diamanahkan membawa maksud teman mesra dan setia, yang peramah dalam pergaulan. Dengan harapan Anis akan jadi seorang insan yang baik akhlak dan budi pekerti.
BERGELAR KAKAK DI USIA MASIH KECIL
Diusia mu 9 bulan ummi disahkan mengandung lagi. Dalam hati fikir 1 je mesti Anis seronok bila ada adik nanti. Mesti dia seronok ada kawan bermain. Mesti die happy dengan adanya adik ni. Usianya genap 1 tahun 6 bulan bermula episod Anis sebagai seorang kakak. Bila Anis menangis mahukan perhatian, ummi suruh diam dan cuba beralah dengan adik.
Disuruh kawal emosi sendiri. Disuruh selesaikan masalah sendiri. Malah dipaksa faham situasi ummi sedangkan masa tu dia hanya anak kecil yang mungkin hanya mahukan senyuman ummi untuk dia merasa gembira dan ceriakan hatinya semula. Tapi ummi masih mahu dia cuba tenangkan hati sendiri.
ANIS ANAK YANG BAIK SAMPAI ADA ADIK KEDUA
Ummi makin terlupa yang Anis masih anak kecil. Ummi selalu suruh Anis sabar sedangkan ummi sendiri tak sabar dan selalu minta Anis faham kesibukan ummi.
Satu hari Allah nak tunjuk pada ummi. Kesalahan ummi. Sedangkan Allah bagi ummi nikmat untuk jaga sendiri anak-anak tapi ummi lalai.
Masa tu ummi terlupa anak-anak belum makan tapi ummi tertidur masa tidurkan adik Umar. Bila terjaga dan dengar bunyi tin biskut terjatuh di lantai dan bangun tengok bersepah Anis dan Aina tengah makan biskut.
Kepala dah mula nak marah tapi tiba-tiba ummi tengok jam dan terkejut sebab tak sediakan makanan lagi untuk anak-anak.
ANIS TAK KEJUTKAN UMMI, ANIS TAK KACAU UMMI BEREHAT TIDURKAN BABY, tapi Anis cuba cari makanan sendiri untuk Anis dan untuk Aina jugak.
Ya Allah berdosanya Ummi. Maafkan ummi sayang. Menangis ummi sampai bila-bila ummi tak kan lupa saat itu.
Ummi tak pernah memahami kesunyian Anis bila ummi sibuk dengan kerja-kerja dunia. Ummi tak ambil peduli tentang kesedihan Anis bila ummi lebihkan adik-adik. Ummi tak ambil berat bila Anis cerita apa Anis buat di tadika.
TAPI ANIS YANG TERPALING HEBAT
Seteruk mana ummi buat pada Anis tapi sekelip mata Anis mudah maafkan ummi. Sekelip mata Anis boleh tersenyum dan lupakan kesedihan Anis pada ummi. Anis tak jemu-jemu bercerita dan meluahkan cinta walaupun kadang-kadang cinta itu tak terbalas oleh ummi.
Selalu ummi abi rasa kami dah beri yang terbaik untuk Anis. Tapi hakikatnya Anislah yang banyak bekorban untuk ummi abi dan adik-adik. Terlalu banyak hutang kasih sayang ummi dengan Anis. Maafkan ummi yang selalu terlupa untuk mencium dan memelukmu di saat Anis kesunyian dan kesedihan.
Ummi berharap satu hari nanti jika Anis membaca tulisan ini. Ummi nak Anis tahu kasih sayang dari ummi dan abi tak pernah beza untuk semua anak-anak.
Anislah cinta hati ummi abi. Harapan ummi, Anis menjadi anak yang solehah, menjaga akhlak dan kehormatan diri, menjaga aurat dengan sempurna dan jadilah tauladan yang baik kepada adik-adik.
Jadikan Saidatina Khadijah r.a. atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah. Jadikan al-Quran sebagai sahabat dunia dan akhirat.
Untuk Anis dan semua anak sulung di seluruh dunia, semoga Allah merahmatimu, membalas jasa pengorbanan dan kasih sayangmu kepada adik-adik.
Selamat hari lahir ke-4 buat sayangku Anis Humairah bt Muhammad Zahin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak juga mempunyai perasaan untuk memberontak dan mengamuk jika ada yang tak kena. Perubahan emosi juga mempengaruhi anak untuk bertindak di luar kawalan. Biarpun anak mungkin mengamuk sehingga menimbulkan rasa marah dalam diri ibu ayah, kita tidak seharusnya menghukum mereka sembarangan.
Ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan untuk menghukum tanpa menyakiti anak. Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka, “time-out” perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6 taktik hukum anak dengan “time-out”.
Cara Hukum Anak Dengan “Time Out”;
#1. Pilih tempoh dan tempat yang sesuai
Salah satu daripada aspek yang paling penting dalam “time-out’’ adalah tempat yang sesuai. Anda perlu memastikan tempat tersebut adalah masih dalam jangkauan pemerhatian anda dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengganggu seperti rakan-rakan atau adik-beradik anak anda, televisyen atau permainan.
Anda boleh memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding. Selepas menentukan tempat, putuskan pula bagaimana anda mahu hukum anak anda.
Anda disarankan meluangkan masa selama 1 minit untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan berikutnya. Jika tempohnya terlalu pendek, “time-out’’ ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.
#2. Ajar anak anda mengenai deskripsi “time-out’’
Ketika anda dan anak anda sedang berada dalam mood yang baik, ajar mereka mengenai “time-out’’. Tunjukkan mereka tempatnya dan terangkan mengapa mereka perlu melaluinya.
Biarkan mereka tahu kesilapan spesifik yang mana akan menyebabkan mereka dihukum. Anda boleh gunakan contoh seperti memukul rakan-rakan, mencarut dan menjerit sebagai kelakuan yang boleh mengakibatkan “time-out’’.
Jika anak anda mula berkelakuan buruk, hukum anak anda dan disiplinkan mereka sesegera mungkin. Jangan sesekali bertangguh. “Time-out’’ adalah lebih berkesan jika ia dilakukan pada waktu itu juga selepas mereka melakukan kesalahan. Kanak-kanak masih belum mempunyai memori yang kuat. Oleh itu mereka akan cepat lupa dan keliru tentangnya jika anda bertangguh.
Jika anda berada di luar rumah jika anak anda berkelakuan buruk, ada alternatifnya. Anda boleh menyuruh mereka melakukan “time-out’’ di penjuru dinding pasar raya atau di kerusi taman rekreasi.
#4. Kawal kemarahan anak anda
Tujuan “time-out’’ dilakukan adalah untuk memastikan mereka kekal tenang dan dapat mengawal diri. Jadi, sebagai ibu bapa anda sendiri perlu mengawal mood anda. Jangan sesekali marah, kritik atau memukul mereka.
Cuma jelaskan pada mereka mengenai kesalahan mereka dalam nada suara yang tenang dan minta mereka melakukan “time-out’’. Kemudian, jelaskan pada mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan selepas tamat hukuman.
#5. Kekal konsisten
Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan “time-out’’. Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok. Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti perhatikan mereka dan pastikan mereka tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan.
Setiap kali mereka cuba melarikan diri, mula semula hukuman tersebut. Dengan melakukan ini, anak anda tidak akan beranggapan hukuman ini boleh diambil ringan.
#6. Maafkan anak anda
Selepas tamat tempoh “time-out’’, terangkan kepada anak anda mengenai kesalahan mereka dan keperluan hukuman dijalankan. Kemudian, tanya perasaan dan pemikiran mereka terhadapnya. Puji mereka kerana mampu menghabiskan “time-out’’ tersebut. Paling penting, maafkan mereka dan teruskan hari anda seperti biasa.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.