Sepasang suami isteri di Singapura mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Ibu bapa mangsa, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, mangsa meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan.
Hospital memberitahu mangsa mengalami lecuran tahap tiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Lebih memilukan, kanak-kanak itu turut dilapor tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat sering didera.
Ads
Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Ads
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015 dan mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Ads
**Bayangkan bukan main lama ditahan untuk siasatan dari tahun 2016 (ketika itu suspek berusia 24 tahun) tetapi tahun ini (13 November 2019) baru dibicarakan di mahkamah.
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Industri seni hiburan Indonesia semalam sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila pelantun lagu “Januari”, Glenn Fredly dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Jakarta selatan, petang semalam.
Berita sedih itu disampaikan rakan baik Glennn, Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Glenn dilaporkan meninggal dunia di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan pada jam 6 petang waktu tempatan hari ini.
Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan. Glen dipercayai baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isterinya beberapa hari lalu. Momen indah mereka telah diabadikan dalam laman instagram miliknya.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
Dalam gambar berkenaan, Mutia mengatakan, anaknya, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo, akan sangat bangga dengan ayahnya.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.
Pemergian Glenn cukup mengejutkan dunia hiburan Indonesia. Menurut Portal Antara News, mendiang dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah mengalami kompliksi radang otak.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat mendoakan agar Glen tenang di sana.
Semoga Glenn tenang di sana dan semoga ahli keluarga Glen tabah menghadapi kehilangan ini.
Duit raya guna beli emas, gadis minat emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.
Namun, berbeza pula dengan seorang gadis dari Kemaman, Terengganu ini. Dia memilih untuk membelanjakan wangnya dalam bentuk pelaburan yang lebih bernilai iaitu emas.
Nurulain Nazifa Azuwa @ Anith, 24 tahun, berkongsi kisah minatnya terhadap emas bermula sejak zaman persekolahannya. Ketika itu, beliau membeli sebentuk cincin seberat dua gram sebagai permulaan simpanan emasnya. Walaupun masih di bangku sekolah menengah ketika itu, beliau sudah mempunyai kesedaran awal tentang pentingnya menyimpan.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Sebagai anak sulung, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab dan berfikiran jauh ke hadapan. Selain itu, saya banyak membaca tentang kepentingan menyimpan. Setiap kali musim perayaan, saya kumpulkan duit raya dan gunakan untuk membeli emas,” ujarnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi Mara itu turut menjelaskan bahawa didikan ibu bapanya yang menekankan agar berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak menjadi prinsip yang dipegang hingga hari ini. Baginya, membeli emas adalah pilihan bijak memandangkan nilainya yang sentiasa meningkat.
Tambahnya lagi, emas pernah menjadi penyelamat kewangannya ketika melalui detik sukar semasa menuntut di universiti. “Pernah satu ketika saya terpaksa menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Jadi, walaupun harga emas kini lebih RM400 segram, saya tetap berusaha menyimpan. Setiap bulan saya peruntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli sekurang-kurangnya sebentuk cincin,” katanya.
Minat terhadap emas juga turut dikongsi oleh Nik Noor Azleeen Ramli, 42 tahun, yang sudah mengumpul barangan kemas sejak mula bekerja lebih dua dekad lalu. Menurut Pengurus Cawangan Affin Bank itu, minatnya terhadap emas berakar sejak kecil dan sehingga kini beliau masih aktif menambah koleksi peribadi.
Walaupun reka bentuk emas kini semakin moden, beliau menegaskan bahawa bentuk atau gaya tidak menjadi keutamaan dalam pemilihan. “Saya tidak semestinya membeli mengikut trend. Jika rekaan klasik pun tetapi menarik bagi saya, saya akan beli. Pernah juga saya menempah koleksi khas dengan nama sendiri walaupun harganya agak tinggi, tapi puas hati,” katanya yang memiliki koleksi emas bernilai sekitar RM16,000.
Anak kelahiran Kelantan itu juga memberitahu bahawa dia tidak pernah menjual mana-mana koleksi emas miliknya, malah turut membeli barang kemas untuk ketiga-tiga anak perempuannya sebagai simpanan masa depan.