Letak Dalam Sangkar Kucing, Simbah Air Panas. Anak 5 Tahun Meninggal Didera

Share

Sepasang suami isteri di Singapura mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun dengan mengurungnya dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Ibu bapa mangsa, Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya berusia 27 tahun, tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.

Malangnya, mangsa meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan.

Hospital memberitahu mangsa mengalami lecuran tahap tiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu turut dilapor tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat sering didera.

Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.

Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015 dan mula didera kira-kira setahun selepas itu.

**Bayangkan bukan main lama ditahan untuk siasatan dari tahun 2016 (ketika itu suspek berusia 24 tahun) tetapi tahun ini (13 November 2019) baru dibicarakan di mahkamah.

Sumber: onenewsonlineofficial

Published by
Wan Amalia Mohd Daud