Adakah anda mempunyai anak suka berdukung? Adakah anak anda sering kali menangis andai diletakkan di bawah? Kadang-kadang, ibu bapa bertanyakan samada adakah anak suka berdukung ini perkara yang normal? Malah, jika berterusan, masalah anak suka berdukung ini akan meletihkan ibu bapa yang bekerja. Silap hari, ibu bapa tidak boleh melakukan kerja-kerja rumah kerana anak suka berdukung! Bagaimana pula mama mahu cari masa untuk menyusu andai anak suka berdukung sepanjang masa?
Mengapa Anak Suka Berdukung?
Kadang-kadang kita terfikir, tidak bosankah bayi asyik duduk, baring, makan dan tidur berulang kali sepanjang hari? Ibu bapa harus sedar, anak-anak berfikir secara unik selaku bayi dan semakin berkembang kematangan fikirannya semakin mereka membesar. Mari kita selami dan fahami mengapa anak suka berdukung. Jangan risau, secara amnya, ianya tanda bayi anda sangat sayangkan anda!
Bayi Rindu Perut Mama!
Bayangkan 9 bulan kita berada di satu tempat yang sangat selesa. Makanan dan minuman diberikan secara berterusan. Kita ibarat diselimutkan dengan ketat dan suhunya pula sangat menyelesakan badan. Itulah perasaan bayi kecil di dalam perut mama. 9 bulan selesa berada dalam perut mama membuatkan bayi terasa selamat dan selesa. Suasana di dalam perut itu pula membuatkan bayi tidak banyak ruang untuk bergerak dan umpama dipeluk dan diselimut dengan erat. Sebab itu selepas lahir, bayi sangat rindu dipeluk dan didukung kerana mereka rasa selesa dan keadaan seperti di dalam perut satu masa dahulu.
Takut Mama Hilang
Perkara ini kerap terjadi pada anak-anak berumur antara 2-6 bulan dan akan beransur-ansur berkurang sehingga anak berumur setahun setengah. Bayi yang baru lahir tidak mampu membezakan dirinya dan ibu bapanya sebagai dua individu berbeza kerana mereka masih kurang sifar empati (memandang dunia melalui kaca mata orang lain). Ketiadaan sifat empati membuatkan bayi sangat takut apabila ibu bapa tiada bersama mereka secara dekat.
Telah Menjadi Kebiasaan Dari Kecil
Bagi anak-anak yang sudah mencapai usia 8 bulan, kemungkinan anak suka berdukung kerana telah dibiasakan dari kecil. Kes ini sering terjadi pada anak pertama. Maklumlah, ibu bapa dengan kelahiran pertama biasanya sangat teruja dan gembira dengan kelahiran anak pertama mereka. Pantang ada masa, mesti mahu didukung anak kecil itu serta disergah dan dipicit-picit. Namun, kesannya, anak mungkin akan mempunyai satu ‘expectation’ untuk sentiasa didukung ibu bapa. Lebih parah lagi, jika keadaan ini terjadi pada anak kedua dan seterusnya di mana ibu bapa sudah terlalu letih untuk sentiasa mendukung dengan kehadiran adik beradik lain.
Mengatasi Anak Suka Berdukung
- Mama Perlu Hati Kering
Jika mama adalah superwoman yang tidak akan letih, Mama boleh terus mendukung anak sambil melakukan tugas harian. Namun, tidakkah Mama rasa perkara ini tidak praktikal? Semakin anak besar, semakin sukar untuk terus mendukung kerana berat dan saiz anak yang semakin meningkat? Mama juga akan sakit-sakit pinggang di malam hari.
Jadi, Mama perlu sedikit bersikap kering hati dan tidak terlalu melayan anak yang ingin berdukung ini. Namun, jangan keterlaluan sehingga anak merasakan dia sudah tidak disayangi. Didik anak bahawa walaupun kita tidak mendukungnya sekerap dahulu, tapi kasih sayang Mama tetap tidak berkurang sedikit pun.
- Layan Anak Dengan Permainan Yang Menarik
Jika anak menangis sejurus diletakkan, gembirakan anak tersebut sebagai reward turun daripada dukungan mama. Sebagai contoh, apabila mama meletakkan anak di bawah, terus hiburkannya dengan mainan yang disukai sebagai reward. Beransur-ansur, anak akan dapat associatekan bahawa tidak berdukung juga adalah selamat dan menyeronokkan!
- Gunakan alat bantuan seperti Baby Carrier
Masih gagal atau tidak cukup kental untuk melakukan dua perkara di atas? Mama bolehlah cuba menggunakan baby carrier. Dengan penggunaan baby carrier yang sesuai, tangan mama bebas untuk melakukan tugas harian, cumanya badan mama masih menanggun berat anak-anak. Mungkin mama masih akan sakit pinggang, tapi sekurang-kurangnya Mama dapat buat kerja harian dengan baik.
Selain itu, terdapat kajian saintifik yang menunjukkan kaitan rapat antara kuantiti masa mendukung anak dengan tahap keyakinan anak pada waktu anak meningkat dewasa. Walaupun tidak dinafikan, menggunakan baby carrier masih lagi susah, tetapi, kesannya yang positif pada perkembangan anak mungkin sesuatu yang mama tak nak lepaskan.
Sumber: blog.cozybaby
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI