
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.
Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah HARUS menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.
Sumber: Mufti Wilayah Perseketuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Macam Tak Ada Siapa Peduli, Buat Isteri Kecil Hati & Selalu Marah. Penat Rupanya!

Dalam kehidupan berumah tangga kena saling menerima pasangan seadanya. Baik atau buruk, itulah orangnya yang akan melengkapkan kehidupan kita. Setiap hari akan ada perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan, biarpun dah bertahun-tahun kahwin!

Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Isteri tak nak banyak, cukuplah suami sudi jadi pendengar kalau dia nak luahkan perasaan.
Di awal perkahwinan, ada banyak masa sebab hidup masih berdua. Mula-mula kahwin suami pun senyum saja sebab isteri dah masak, rumah pun sentiasa kemas dan tersusun rapi.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!

Tanya Isteri, Dengarkan Luahannya
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Ucapan Terima Kasih Pun Dah Cukup
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan Tterima kasih sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja.” Suami Ini Kongsi Cara Mudah Buat Isteri Rasa Bahagia

Sudah menjadi lumrah, wanita memang suka membeli-belah. Tidak semestinya shopping untuk diri sendiri, tetapi kebanyakan isteri lebih teruja membelikan sesuatu buat suami dan anak-anaknya. Kadang-kadang tak sedar pun, tak ada reward untuk dirinya sendiri.
Tetapi lebih bahagia jika suami yang belanja dan belikan. Biasanya, isteri ni pandai pikat hati suami dan buat ‘muka manja’ ketika inginkan sesuatu. Situasi ini sama seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Mohd Fadli Salleh, kerana isterinya juga seperti itu.
Shopping ni fitrah wanita. Ada saja barang dia nak beli dan berkenan.
Puan isteri aku tak ada online banking. Dia nak buat pun aku tak bagi. Kang habis sebulan gaji tanpa sedar. Asyik seronok masukkan barang dalam troli. 🤭
Baca Juga:
Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!
Tapi itulah. Dia tiada online banking, tapi dia pandai shopping online. Dia pilih-pilih barang, lepas tu forward je link shopee kat aku.
“Abang tolong belikan ya. Penting ni nak guna itu ini. Nanti saya keluarkan cash saya bayarkan semula kat abang.”
Dia buat kelip-kelip mata menggoda sikit. Terus aku tewas. Tewas sokmo main dengan bini ni. Ayat apa entah dia pakai.
Dah settle beli semua, tiba masa dia nak kena bayar kat aku semula.
“Abang nak belanja ke nak suruh saya bayar balik ni? Nak pergi bank tu ramainya orang. Payah juga kan? Lagi pun belanja isteri ni rezeki makin mencurah-curah bang.”
Dia mula dah ayat keramat gitu. Takkan la aku nak jawab “Bayar balik!”

Tak sampai hati kot. Lagi pun wife sendiri. So angguk-angguk kata belanja je lah. Dia punya ekspresi muka tu, macam budak-budak dapat gula-gula.
Bersinar mata bila kata aku belanja. Ah, tewas lagi. Redho je lah main dengan orang perempuan ni.
Skill memujuk mereka taraf dewa dah. Kalah sokmo.
Tapi tu lah. Kita kerja, kita cari duit, kita usaha selama ini untuk isteri dan anak-anak juga. Untuk melihat mereka tersenyum gembira.
Penat lelah mereka itu terubat dengan shopping online dan membeli belah. Stress mereka hilang bila semua tu suami yang bayarkan.
Cuma tu lah. Stress mereka berpindah pada kita pula. 🤣
Setiap orang punya cara tersendiri untuk mencari bahagia mereka.
Ada yang suka bantu isteri didapur ada yang bantu jaga anak, ada yang bantu kemas rumah. Tidak sama antara kita semua.

Yang pasti, kita semua menghargai dengan cara kita tersendiri. Hanya untuk melihat senyuman anak-anak. Hanya untuk melihat senyuman isteri
When the Queen is happy, there is peace in the kingdom.
Gituh!
#BahagiaCaraKita
#StayAtHome
#MFS
Tidak dinafikan, besar rahmatnya buat si suami jika dia berbelanja untuk isteri dan anak-anak. Apatah lagi dengan perbuatan itu dapat membahagiakan suri hatinya, sudah tentu berlipat kali ganda pahala yang diberikan buatnya.
Isteri yang sentiasa bahagia dan gembira dengan layanan suaminya akan sentiasa mendoakan mereka. Kan bahagia rumah tangga macam tu?
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selalu Lupa Hakikat Ni, Anak Ada 12 Tahun Je Dengan Kita.” Tahu-Tahu Bila Dah Besar, Dia ‘Tinggal’ Mak Ayah

Melalui perkongsiannya di laman FB, Pn. Adlil Rajiah mengatakan bahawa ibu bapa hanya mempunyai masa sehingga anak-anak 12 tahun untuk bersama dengan anak-anak sepenuhnya. Selepas tempoh itu, fokus anak-anak akan beralih kepada perkara lain.
Hakikat yang kita selalu lupa–
anak2 “ada” dengan kita 12 tahun je.
Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan2.
Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja.
Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak2 mereka sendiri pula.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah.

Tak percaya?
Tengok diri kita sendiri sebagai anak.
Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini.
Macam mana “jarak” kita dengan ibu bapa kita bila kita semakin dewasa.
Of course, we never hate them.
We still love them unconditionally.
They’re still the king and the queen of our life.
Of course.
Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara.
Why?
Circumstances.
Life cycle.
Work demands.
Bla bla bla..

Ini lah lumrah yang kita sedang lupa.
Bila dah ada anak sendiri, kita lupa–
Mereka juga akan “tinggalkan” kita satu hari nanti.
12 tahun itu tak lama, tuan puan.
Sebelum keadaan memaksa anak2 untuk lebih mengutamakan kawan2, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka–
adakan kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?
Kita cepat sangat marah anak, lempang anak, maki anak, rotan anak, abaikan anak–
sebab kita sangka mereka akan ada dengan kita sampai bila2.
Rupanya tak.
In fact, mereka tak pernah pun jadi milik kita.
Walau macam mana besar pun peranan kita dalam membentuk anak2–
mereka tetap tertakluk kepada percaturan dan perancangan Allah.
Soon–
They’ll surely leave.
Sepanjang 12 tahun anak2 letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita?
Satu hari nanti, bila anak2 dah dewasa, dah sibuk kejar cita2, dah kawen, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri–
Have i played with them enough?
Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?
Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak2 yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila2– walau sejauh mana pun mereka terbang.
I always admire parents yang very close to their children walaupun dah besar panjang.
Bila mereka berjumpa, macam best friends! ?
In fact, Rasulullah saw pun suruh ibu bapa layan anak seperti kawan baik bila anak mencecah 14 tahun kan.
I observe some senior parents that i know yang rapat dengan anak2, dan tanya apa yang diorang buat sampai jadi rapat sangat dengan anak2 walaupun dah dewasa. Most of them jawab–
“It’s in the routine. Good relationship tak dibina dalam sehari dua. Tapi dibina setiap hari since day 1.”
Even David Beckam & Victoria Beckam pun cakap benda yang sama bila ditanya tentang hubungan rapat diorang dengan anak2.
So let’s learn from these parents yang dah berjaya bina jambatan kukuh dengan anak2.
According to Dr Laura Makham, these are some routines we can do to build a closer relationship with our child:
1. Peluk anak for 5 minutes setiap pagi bila dia bangun tidur.
2. Ambik masa 2-3 minit setiap pagi untuk berbual dengan anak tentang apa plan dia hari ni.
3. Kurangkan menjerit dan marah2 di waktu pagi. Your temper will ruin your child’s emotion throughout the day.
4. Tulis nota cinta, contohnya “Mama love you so much, sayang.” dan selitkan dalam beg sekolah atau bekal anak.
5. Bila hantar anak ke sekolah, instead of reminding your child to be a good boy, beritahu dia: “Mama tak sabar nak jumpa Haikal petang ni. Have fun at school ok!”
6. Tinggalkan kerja di tempat kerja. Balik rumah dengan hati yang “penuh” untuk jumpa anak2.
7. Bila naik kereta dengan anak, tutup radio bila anak ingin berbual. Beri perhatian dan encourage them to talk.
8. Bila anak gaduh dengan kawan/adik beradik. Cari penyelesaian instead of cari siapa salah.
9. Bila anak tantrums atau mengamuk, PELUK dia.
10. Bila anak buat lawak, GELAK. Walaupun kadang2 tak paham atau tak lawak langsung ?
11. Spend alone time berdua dengan setiap anak, at least 15-20mins every other day. Buat aktiviti kegemaran anak, dan biar dia rasa kita sentiasa ADA.
12. Bila anak bercerita, LISTEN. Try to not mencelah, disagree atau nasihat sebelum dia habis bercerita.
13. Cium dahi anak sebelum tidur. Ambil masa 5 minit untuk peluk dia dan beritahu dia, “Mama bersyukur sangat Allah pinjamkan Haikal untuk mama.”
Haa ada banyak cara kan.
Nampak leceh kalau tak biasa buat.
Tapi once dah jadi habit, banyak benda akan jadi lebih mudah dan hubungan dengan anak akan jadi lebih manis.
InsyaAllah.
And hopefully dengan usaha keras kita sepanjang 12 tahun pertama ni, bila anak dah mencecah usia remaja, kita akan tetap relevan di hati mereka dan mereka masih sudi rujuk pada kita dalam apa jua hal.
Haikal sekarang dah 7 tahun.
Saya ada 5 tahun je lagi sebelum dia mula letakkan kawan2, pasangan, kerja, keluarga on top of kami ibu bapanya.
Semoga sempat untuk saya gunakan waktu yang ada sebaiknya.
Dan semoga Haikal tetap sudi peluk cium mama walaupun kau dah berbini nanti?
Betul juga, kerana semakin mereka membesar lebih banyak perkara baharu yang akan mereka pelajari. Lebih banyak pendedahan yang mereka akan dapat. Ikuti perkongsian ibu ini, sedikit sebanyak mungkin boleh memberi pengajaran kepada kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI