Kalau sebut pasal kesihatan, mesti ada kaitan dengan pemakanan kan? Sebagai ibu bapa, wajar untuk anda menitikberatkan soal pemakanan dan periksa pengambilan makanan harian anak-anak.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mengutamakan pemakanan yang sihat untuk anak-anaknya. Kerana rasa sayang yang mendalam untuk anak-anak, Datin Rebecca meletakkan kesihatan sebagai keutamaan supaya anak-anak bebas dari sebarang penyakit yang akan memudaratkan diri mereka pada masa hadapan.
Berdasarkan perkongsiannya, salah satu cara untuk kawal pemakanan anaknya dengan hanya membenarkan anak-anak makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Baginya, menjadi tugas ibu bapa untuk mengawal pemakanan anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu usia mereka masih kecil ini supaya bebas dari penyakit seperti masalah berat badan yang berlebihan dan diabetes.
Tambahnya lagi, masakan dari seorang ibu lebih baik dari makanan yang didapati di luar dan sememangnya seorang ibu wajar rajin masak untuk keluarganya.
Perkongsiannya turut mendapat respon baik dari mengikutnya yang turut bersetuju untuk mengehadkan makanan segera untuk anak-anak.
Menurut Pegawai Dietetik, Hamidah Osman, makanan segera seperti nuget dan kentang goreng kebiasaannya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, makanan ini merupakan makanan terproses dan kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi.
Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dimana mengawasi pengambilan makanan tersebut oleh anak-anak dan memahami kandungan zat makanan berpandukan label yang dinyatakan.
Sebagai contoh perbandingan keperluan nutrisi kanak-kanak dan kandungan nutrisi nuget adalah seperti berikut:-
Nutrisi | RNI 2017 (Harian) bagi Kanak-Kanak Berumur 1-3 tahun | Kandungan Nutrisi (Bagi 4 biji nuget) |
Tenaga | 980 kcal (Kanak-kanak Lelaki) 900 kcal (Kanak-kanak Perempuan) | 180-190 kcal |
Karbohidrat | 50-65% daripada keperluan tenaga sehari (Anggaran 120-160gm ) | 10.5 gm |
Protein* | 12 gm | 10 gm |
Lemak | 27-38 gm (Lelaki) 25-35 gm (Perempuan) | 11-12 gm |
Natrium (Garam) | 1000mg | 500-700 mg |
Serat | 20-30gm | – |
Sumber: Ig Rebeccanuralislamahmad