Letak Tempat Tinggi, Anak Tak Boleh Capai, Memang Cantik Tapi Berbahaya Pada Anak!

Share

Bagi mak-mak, melihat deretan pokok keladi buat hati rasa teruja. Terapi diri selepas berpenat lelah di dapur. Walaupun ada penggemar pokok keladi yang harganya mencecah ratusan dan ribuan ringgit, sebaiknya dielakkan jenis pokok keladi ini, iaitu Caladium.

Mengapa pokok keladi Caladium ini berbahaya? Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Sebaiknya dijauhkan dari anak-anak kita. Letaklah tempat yang tinggi.


Semua peminat tumbuhan hiasan keladi perlu tahu informasi ini.

Keladi (Caladium) mempunyai daun beraneka warna berbentuk jantung atau anak panah (mempunyai lebih daripada satu warna dan mengandungi pigmen yang berbeza, termasuk hijau, kuning, merah jambu, merah atau coklat.

APA YANG MEMBUATKAN KALADIUM BERACUN?
Racun dalam tumbuhan caladium dipanggil Kalsium Oksalat. Racun itu meliputi keseluruhan tumbuhan tetapi paling kuat pada daun.

Caladium adalah toksik APABILA TERTELAN. Paling berisiko ialah kanak-kanak dan haiwan peliharaan— terutamanya kucing dan anjing.

Sila jauhkan dari dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan jika anda mempunyai pokok caladium di rumah.

* Mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh terjejas hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan.

* Mengunyah atau menggigit tumbuhan ini akan membebaskan kristal beracun yang menyebabkan:
✔️kemerahan dan sakit mata
✔️kerengsaan mulut dan rongga mulut.
✔️pembengkakan saluran pernafasan atas berlaku menyebabkan sukar untuk bernafas.

 

Apa yang perlu dibuat jika tertelan secara tidak sengaja?
Jika seseorang telah mengunyah atau makan caladium secara tidak sengaja, petua berikut boleh membantu:

✔️Mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah.
✔️Tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun.
✔️Susu boleh diberikan untuk melegakan kesakitan sementara.
✔️Jika seseorang tidak sedarkan diri atau tidak boleh menelan, mereka tidak boleh diberikan apa-apa melalui mulut.
✔️Dapatkan pemeriksaan secepat mungkin

Menarik: Thank You Ibu, Ucapan Hari Lahir Paling Bermakna Buat, Dato’Siti Pilih Tema Patung Barbie

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM