Satu hal yang biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil ialah alahan atau morning sickness.

Walaupun dikenali sebagai morning sickness, alahan ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja di sepanjang hari.

Rasa loya, mual, mahu muntah dan tidak sedap badan ini lazim dialami antara minggu ke-6 kehamilan sehingga minggu ke-12 atau ke-13. Walaupun begitu, jangka masanya sukar dipastikan dan bergantung kepada tahap hormon kehamilan dalam diri setiap wanita itu.

Kebiasaannya, morning sickness tidak menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan. Namun, seboleh mungkin mana-mana hamil yang perlu melaluinya mahu ‘lari’ daripada masalah ini.

Disenaraikan beberapa bahan yang bagus untuk mengatasi masalah alahan kehamilan ini tetapi sangat jarang digunakan.

Halia

Dikatakan dengan mengambil satu sudu halia, ia mampu melegakan ketidakselesaan yang dialami akibat daripada morning sickness.

IKLAN

Jadi, anda digalakkan untuk mengambil halia yang dicampurkan ke dalam teh panas. Boleh digunakan halia dalam bentuk parutan atau serbuk.

Lemon

Pengambilan jus lemon yang ditambah dengan sedikit gula sangat berkesan dalam membantu anda mengatasi alahan morning sickness.

Rasa masam yang ada pada lemon akan ‘membunuh’ rasa mual dan loya yang dirasai.

IKLAN

Selain daripada lemon, anda boleh gunakan buah-buahan sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi atau oren. Gunakannya sebagai bahan asas minuman setiap kali terasa mual.

Pudina

Aroma daun pudina memang menyegarkan. Dalan masa yang sama, ia mampu bertindak sebagai bahan untuk mrnghilangkan rasa loya.

IKLAN

Setiap kali mengami morning sickness, anda boleh mengambil pudina dengan memakannya begitu sahaja mahupun rendamkan ia ke dalam minuman kegemaran.

Biskut kering
Inilah antara bahan yang sangat berkesan dalam membantu diri anda mengatasi morning sickness.

Ada yang menyarankan agar anda meletakkan bekalan biskut di tepi katil. Jadi, mudah untuk anda mendapatkannya setiap kali terasa loya di awal pagi.

Malah, anda juga digalakkan untuk menyimpan bekalan biskut kering di dalam beg tangan. Sama juga halnya dengan di tempat kerja. Sediakan satu bekas khas berisi biskut kering yang sukar dicapai apabila diperlukan.

Susu panas

Segelas susu panas berupaya mengawal masalah morning sickness. Ia membantu dengan melegakan perut jika diambil sebelum waktu tidur di malam hari.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI