Letihnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat anak masih kecil memerlukan perhatian, rumah tangga dan suami perlu diuruskan. Maafkanlah sikap isteri yang mungkin bersikap kasar tanpa sengaja.
Tidak kira isteri suri rumah atau isteri yang bekerja, kedua-duanya ada cabarannya. Tapi yang pasti kedua-duanya memang menanggung penat yang teramat. Apatah lagi jika anak-anak masih belum pandai menguruskan diri.
Luahan lelaki ini bertepatan sekali. Pandangannya kepada bebanan yang ditanggung para isteri menarik perhatian para warganet sehingga viral. Tugas seorang isteri di rumah tak boleh disamakan dengan kerja-kerja pejabat kerana ia jauh lebih berat.
KELUAR KE PASAR RAYA PUN BOLEH HILANGKAN STRES
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya
Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.
Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.
Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.
Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.
Ads
SUAMI PERLU RAIKAN SIFAT ISTERI, PERLU SENTIASA MENYOKONG
Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.
Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
LETIH MACAM MANA PUN KERJA SUAMI, TAKKAN SAMA PENATNYA ISTERI
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.
Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.
Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi
Ads
So para suami anda kena letak mindset ni:
ISTERI KERJA SETIAP JAM SEPANJANG MASA
Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita. Mereka kerja every hour.
2. ME TIME
Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
3. TIADA ISTILAH TOLONG, MEMANG KERJA SUAMI
Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
4.I STERI BUKAN ROBOT
Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Seorang bayi di Amerika Syarikat yang berusia enam minggu telah meninggal dunia selepas diuji positif Covid-19 dan kini dipercayai mangsa paling muda di dunia, lapor Metro Uk.
Menurut Gabenor Ned Lamont, bayi itu meninggal dunia di Connecticut minggu lepas dan beliau menggambarkan keadaan itu sebagai benar-benar menyayat hati.
“Dengan rasa kesedihan yang mendalam, kami mengesahkan bahawa kematian bayi pertama di Connecticut yang dikaitkan dengan Covid-19. Seorang bayi yang baru lahir berusia enam minggu dari Hartford tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital lewat minggu lalu dan tidak dapat diselamatkan.
“Ujian mengesahkan bahawa bayi baru lahir itu positif Covid-19. Ini benar-benar menyayat hati. Kami percaya ini adalah salah satu kematian termuda yang disebabkan oleh Covid-19.
“Virus ini menyerang tanpa belas kasihan. Keadaan ini juga memperlihatkan betapa pentingnya untuk duduk di rumah dan mengurangkan pendedahan kepada orang lain. Kehidupan anda serta orang sekeliling pada dasarnya boleh bergantung pada virus tersebut. Doa kita untuk keluarga pada masa sukar ini,” kata Gabenor menerusi kiriman di laman Twitter.
Kanak-kanak dan remaja adalah demografi yang paling tidak terjejas oleh wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, satu artikel yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine oleh para penyelidik China melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia sepuluh bulan meninggal dunia selepas diserang virus itu.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyambut hari lahir yang ke-57 mengharapkan hadiah dari rakyat untuk terus kekal di rumah dan terus doakan Malaysia kembali pulih.
Wajahnya yang setiap hari keluar di kaca televisyen untuk berkongsi perkembangan Covid-19 di Malaysia telah dianggap sebagai hero rakyat Malaysia.
Sempena ulang tahun kelahiran beliau 21 April (hari ini), Dr Noor Hisham telah menyampaikan harapannya menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Bernama malam tadi.
Hai penonton setia Bernama TV…Sempena ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 21 April, beliau ada permintaan untuk anda semua…#dudukrumah#stayathome#COVID19
Minta rakyat duduk rumah jadi hadiah hari lahir tahun ini
Dalam ucapannya itu, beliau menyatakan bahawa hadiah paling bernilai untuknya tahun ini adalah dengan meminta rakyat Malaysia terus duduk di rumah bagi sama-sama memerangi Covid-19 dari terus menular.
Kredit: Mstar
Beliau mengucapkan kata-kata tersebut dalam keadaan tersenyum dilihat agak ceria dan penuh harapan agar rakyat Malaysia dapat merealisasikan hadiah istimewa itu untuknya.
Walaupun ucapan itu ringkas, ia dah cukup memadai kerana harapannya itu sangat bermakna untuk memastikan semua barisan hadapan negara juga dapat kembali mendapat kehidupan normal bersama keluarga.
Kredit: Sinar Harian
Selamat hari lahir, semoga sentiasa dilindungi Allah
Sebagai menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham rata-rata pengguna Facebook telah mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ buat KP Kesihatan dan mendoakan agar beliau terus bersemangat untuk menjadi orang paling hadapan dalam menangani Covid-19 ini.
Moga perjuangan Dr Noor Hisham bersama pasukannya terus dipermudahkan dan Malaysia dapat bebas dari virus ini secepat mungkin. Apa yang beliau mahukan kerjasama rakyat dapat dilakukan secara berterusan sehingga seluruh negara betul-betul diisytiharkan bebas.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.