Anak anda banyak bertanya soalan? Letih menjawab soalan-soalan anak. Menurut kajian yang dibuat di UK, kanak-kanak berusia 4 tahun paling banyak bertanya soalan.

Bagaimana dengan anak anda?

Bertanya adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh kanak-kanak untuk memahami tentang sesuatu perkara. Walaupun kaedah itu mungkin sangat meletihkan bagi ibu bapa, ia merupakan kaedah pembelajaran yang efektif bagi mereka.

Perlu diingat bahawa dengan bertanya mereka mula menunjukkan kecenderungan untuk belajar. Dengan bertanya ‘kenapa’ mereka mula menunjukkan minat untuk menaakul (reasoning). Ini adalah perkembangan skil kognitif yang penting bagi kanak-kanak. Mereka mula bertanya ketika berusia lingkungan 3 tahun.

Jika ibu bapa meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan anak, kecenderungan anak untuk meneroka ilmu dan pengetahuan akan semakin bertambah. Sebaliknya jika kita mengambil sikap mengabaikan pertanyaan mereka, akan wujud perasaan bersalah dalam diri mereka dan seterusnya mematikan semangat untuk belajar dan meneroka ilmu.

IKLAN

Jika anda keletihan terpaksa melayan soalan-soalan anak, tunda memberi jawapan ke suatu masa yang lebih sesuai. Jangan diabaikan terus. Jangan kecam atau marah anak kerana bertanya.

Letihnya Jawab Soalan Anak. Jika Mak Ayah Rasa Macam Ni Maknanya Anak Anda Kategori Bijak

IKLAN

Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan anak, carilah jawapan dari sumber yang sahih. Jangan mereka-reka jawapan. Menurut kajian, ramai ibubapa bergantung pada Google untuk mencari maklumat. Semuanya dihujung jari sekarang ini. Tetapi janganlah dibiarkan anak meng’google’ sendiri jawapannya kerana ditakuti bertembung dengan apa yang tidak sepatutnya di internet.

IKLAN

Apakah soalan anak yang paling susah untuk anda jawab?

Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI