Bercakap dengan anak-anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa. Tak boleh main bantai saja. Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak-anak ni.

Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza. Tetapi satu persamaan bab bercakap yang ramai orang tidak tahu.

Perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena tahu cara bercakap yang betul dengan anak supaya lebih mudah dengar cakap.

Apabila bercakap dengan anak saya akan pastikan yang level mata saya dan anak sama. Penting sangat benda ni. Kalau kita berada di atas dan pandang ke bawah, anak mudah rasa terancam. Sama posisi biasanya masa anak kena marah.

Level Mata Masa Cakap Dengan Anak Perlu Sama. Baru Mudah Dengar KataBila pandang terus ke mata pada aras sama, tumpuan anak lebih baik. Fokus mereka terus pada apa yang kita sebutkan. Mereka dengar dan faham. Arahan akan dilaksanakan.

IKLAN

Kalau kita bercakap tanpa si anak pandang ke mata kita, fokus mereka adalah pada objek yang mereka pandang. Dia tak fokus pada kita. Mereka seolah ‘pekak’ pada apa yang kita sebutkan. Akibatnya kita yang kecewa. Mereka pula kena marah sebab tidak ikut arahan yang kita berikan awal tadi.

Tadi masa kat aiport nampak depan mata senario ni. Anak berumur sekitar 5 tahun ni keluarkan mainan. Seronok nampak dia main tolak dan sorong kereta kecil di atas lantai. Banyak pula tu kereta kereta kecil yang si anak bawa keluar. Seronoklah dia bermain. Macam-macam bunyi keluar.

Saya terhibur tengok keletah si anak. Bila announcement dibuat yang pesawat bersedia untuk berlepas, si ibu terus kata kat anak “pack up now.”

IKLAN

Si anak masih main. Ralit sungguh dia. Si ibu letakkan handphone dan ambil beg. Bersedia untuk bangun.

Masa nak bangun dia tengok si anak belum kemas mainan. Terus kena jerkah. Tangan dia pula terus singgah di telinga si anak. Nampak macam dia pulas tombol pun ada waktu tu.

Si anak pun spontan menangis. Ramailah yang memandang waktu tu. Si ibu buat tak tahu terus kemas mainan si kecil ni. Dah siap kemas terus direntap tangan si anak. Ditarik untuk bangun. Makin menangislah si anak itu.

IKLAN

Peristiwa menangis ini boleh dielak. Apa yang si ibu perlu lakukan ialah panggil nama si anak dan tunggu. Biar anak lihat si ibu dulu. Mata anak dan si ibu kena lock dulu.

Bila mata dah bertentang jangan terus beri arahan. Si ibu perlu turun ke bawah. Biar paras mata si ibu dan si anak sama. Bila mata anak dah sama level baharulah si ibu berikan arahan.

Bila teknik Eye Locking Eye Level (EL2) digunakan, anak akan mudah dengar, patuh dan buat.

Untuk anak dah remaja atau besar, teknik EL2 juga beri kesan sama. Elak dari bercakap atau beri arahan sambil berjalan. Sambil berlalu beri arahan. Kaedah begini tidak berkesan.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI