Lewat Malam Drive Masuk Hutan Tebal, Asalkan Dapat Bersama Anak & Isteri

Share

Penyanyi, Dato’ Fazley Yaakob yang juga juara Master Chef telah berkongsi sebuah video di instagramnya dimana beliau memandu kereta meredah hutan pada lewat malam semata-mata untuk menemani anak-anak dan isteri di sebuah kem yang terletak di Frasers Hill, Pahang, Malaysia. 

Dato’ Fazley yang mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad dikurniakan empat cahaya mata, 3 lelaki dan seorang perempuan,  fariedz fazley, fieradz fazley, fierudz fazley, ellie fazley.

Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya

Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku. Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha

Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde. Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit.

Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi.

Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya. Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam @fariedzfazley@fieradzfazley @fierudzfazley@elliefazley @azrene_ahmad

Perkongsian Dato’ Fazley di instagram menarik perhatian netizen. Rata-rata kagum dengan sikap yang penyayang dan bertangungjawab yang ditunjukan olehnya terhadap anak-anak dan isteri. Berutung Datin Azrene dan anak-anak.

Alhamdulillah Kalau Semua Suami Mempunyai Sifat Seperti Fazley Yaakon, bahagianya sebuah keluarga

Maha Adilnya Allah Di Anugerahkan Suami Yang Sangat-Sangat Prihatin & Penyayang

Pengorbanan & Tanggungjawab

Published by
NuFa