“Lewat Sikit Memang Hilang Keupayaan Bercakap” Ayah Terhentak Kepala, Hanis Zalikha Beri Kesedaran Pada Ramai!

Share

Malang tidak berbau, siapa menyangkan hentakan kepala yang berlaku tiba-tiba bertukar jadi ngeri bila berlaku pendarahan tanpa sedar. Inilah yang berlaku kepada ayah pelakon, Hanis Zalikha.

Menerusi Instagramnya, Hanis berkongsi kisah ayahnya yang terpaksa menjalani pembedahan segera malah hampir hilang keupayaan bercakap selepas jatuh dan terhentak kepala.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut menasihatkan wargamaya agar sentiasa pekat dan membuat pemeriksaan jika mengalami hal yang sama seperti ayahnya.

“Kalau anyone you know jatuh kepala terhentak, luaran memang takde apa tapi dalaman maybe boleh jadi pendarahan perlahan.
Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan tak ada apa-apa, semua clear saja, tapi bila 2-3 minggu kemudian boleh
bertukar jadi mimpi ngeri sebab darah dah membanjiri sebahagian besar otak anda.

“My dad realised something was wrong hampir sebulan lepas jatuh, tiba-tiba dia tak dapat gerakkan kaki kanannya. Macam lagging. Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, we knew it must be the brain.

“I ambil dia dan tanya dia tentang trip to Acheh baru-baru ni, he said “Bila Daddy pergi Acheh?”. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah,” kongsi Hanis.

Tambahnya lagi, ayahnya juga menjadi sedikit pelupa malah hilang memorinya dek kerana adanya darah yang memenuhi otaknya selepas terjatuh.

Pun begitu Hanis lega bila mana dia bertindak pantas dan menyedari lebih awal keadaan ayahnya.

“So I spent the whole day uruskan dia, berunding dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf dan akhirnya dimasukkan ke hopsital pada sebelah malam untuk persediaan pembedahan keesokan harinya, he told the family “Daddy tadi drive sendiri datang sini”. My heart sank, I was frantic with worry — takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang.

“The brain surgery went well atas izin Allah, thank you to everyone involved. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.

“I jot this here as a reminder for all of us to always jangan tangguh-tangguh kalau hati dah tergerak.

“Daddy masih tak ingat I bawak dia pi hospital hari tu. Nasib baik kita selfie,” kongsinya lagi.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM