Tidak dinafikan anak-anak kecil kita bukan hanya menolak sayur bahkan ada juga yang turut menolak buah-buahan dalam pemakanan harian mereka. Jangan berlebih-lebihan memaksa anak tetapi sebaliknya cuba pelbagaikan jenis buah-buahan supaya anak memilih apa jenis buah yang disukai mereka.
Salah satu usaha yang boleh dicuba oleh ibu adalah menyediakan smoothie ringkas tapi sedap dan berkhasiat daripada buah-buahan seperti yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Muda ini. Paling ringkas dan pantas untuk disediakan pada anak-anak kita. Pastinya anak-anak berebut untuk minum. Tak percaya jom cuba!
Bukan anak saja boleh minum, ibu yang berdiet atau mencuba untuk diet pun boleh amalkan smoothie sedap ini sebagai sarapan pagi. Memang sedap!
Menu sihat untuk anak anak yang kurang makan sayur dan buahan.
1 gelas susu segar
1 gelas rolled oat
2 sudu yogurt natural
1 biji pisang (Kalau kecik amik 2 biji)
Option untuk letak ais sebab malas nak tunggu nak letak dalam peti ais.
Semua bahan campurkan sekali dalam blender. Mudah je kan.
Pastu tekann je. Alaaa ni pon nak kena bagitahu yee.
Tadaaa. Siap dah. Sedak hirup tauu. Slurpppppp.
Apa kebaikan bahan dalam smoothie ni?
1.) Yogurt:
Tiada bahan pengawet dan pewarna.
Kaya dengan nutrien seperti sumber protein, kalsium dan vitamin B1.
Baik untuk tulang dan membantu mencegah risiko tulang lemah.
Bantu sistem pencernaan, bantu hadam dengan baik dan bantu legakan masalah sembelit.
Rendah lemak, sesuai untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.
2) Oat :
Membantu mengawal gula dalam darah.
Mengenyangkan perut kerana tinggi serat dan nutrien.
Menjaga kesihatan jantung.
Menurunkan berat badan secara sihat.
Menjaga kesihatan usus.
3.) Susu rendah lemak
Mencegah diabetes.
Menurunkan berat badan.
Baik untuk tulang dan gigi.
Mengurangkan risiko terkena penyakit stroke.
4. Pisang
Sebagai anti oksida.
Bantu baiki pulih organ dalaman. Organ dalaman sihat luaran jauh nampak muda.
Ada B6, manganese dan copper. Baik untuk otak.
Kandungan gula sedikit, kanji lemah.
Lambat rasa lapar. Rahsianya pada kandungan Pectin.
Membantu mengawal tekanan darah. Amal makan pisang.
Ada potassium. Bantu untuk kesihatan jantung dan buah pinggang manusia.
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI