Lidah anak yang keputihan mungkin disangka hanya susu yang tertinggal melapisinya namun tanpa kita sedar ia adalah kulat yang perlu dirawat. Jangan dibiarkan.

Malah menurut Dr Redza Zainol, jangan pula dicuba pelbagai mitos yang tidak sepatutnya untuk mengatasinya masalah kulat susu ini sebaliknya mendapatkan rawatan sebaiknya dari doktor.

“Lidah Anak Saya Ni Putih” Kulat Susu Bayi Perlu Dirawat, Elak Cuba Mitos Macam-Macam!


“Lidah anak saya ni putih. Sebab apa ya? Dah sental pun masih tak hilang.”

Saya pun tengok sekejap. Saya ambil satu kain bersih dan basahkan dengan air masak.

Saya minta ibu tu sental perlahan guna kain tadi pada lidah bayi. Warna putih tu kekal.

Memang sah ni ialah kulit susu. Terus dia tanya betuk ke kulat susu ni hilang lepas sapu air kencing bayi tu sendiri dalam mulut.

IKLAN

“Lidah Anak Saya Ni Putih” Kulat Susu Bayi Perlu Dirawat, Elak Cuba Mitos Macam-Macam!

Bukan macam tu. Mitos sungguh. Ada orang panggil kulat susu atau kerak susu. Nama lainnya ialah Oral Thrush.

Puncanya ialat kulat yang hidp dalam mulut. Boleh jadi sebab mulut bayi tak dicuci selepas menyusu atau mulut bayi terlalu kering.

Bayangkan kita yang dewasa pun berkumur, berus gigi dan lidah sebelum tidur kan. Mulut bayi pun sama kena cuci.

IKLAN

Dalam kes kulat susu yang lebih serius, bayi dah tak nak menyusu sebab tak selesa dan mungkin rasa sakit dalam mulut.

“Lidah Anak Saya Ni Putih” Kulat Susu Bayi Perlu Dirawat, Elak Cuba Mitos Macam-Macam!

 

Kes kulat ni selalu jadi pada bayi umur beberapa minggu hingga umur setahun.

IKLAN

Kalau kulat susunya sikit, ia boleh baik sendiri tanpa rawatan. Kalau kulat susunya banyak, bawa bayi jumpa dengan doktor dan akan dirawat dengan ubat oral Nystatin selama seminggu.

Bantu saya kongsikan ilmu ni dengan mak ayah yang lain.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

“Lidah Anak Saya Ni Putih” Kulat Susu Bayi Perlu Dirawat, Elak Cuba Mitos Macam-Macam!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.

Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI