Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ads
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Ads
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ads
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Syukur masih selamat! Pastinya kejadian culik yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan ini memberi trauma padanya walaupun berjaya menyelamatkan diri ketika sudah dibawa lari hampir 400 meter dari sekolah.
Menerusi laporan Astro Awani, pelajar perempuan itu berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik selepas dilarikan lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi Khamis (25 November).
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun dihampiri suspek tidak dikenali selepas turun dari van sekolah.
Katanya lelaki tempatan itu dipercayai menghampiri pelajar berkenaan dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura meminta bantuan mangsa menghantar satu borang ke sekolah.
“Mangsa diminta untuk masuk ke dalam kereta suspek namun dia enggan. Suspek kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta itu.
“Mangsa kemudian dibawa lari. Bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri selepas kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohd Sohaimi, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian meminta bantuan orang awam.
Mohd Sohaimi
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.
Difahamkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki untuk masuk ke kawasan sekolah.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempias populariti ibu dah ayahnya, Nur Fatima Aisya, anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur. Ada sahaja jawapan dari mulutnya kala menjawab pelbagai persoalan dari Fazura.
Terbaru menerusi beberapa perkongsian video pendek Fatima di media sosial, Fazura memuat naik video Fatima yang menjawab pertanyaannya.
Namun apa yang membuatkan wargamaya terhibur pastinya kepetahan Fatima yang menjawab dengan lancar dan pantas.
“You’re not wrong Fatima.
“Dah pandai sebut nama penuh sendiri dah,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya geram pastinya melihat Fatima yang menyebut nama penuhnya dengan begitu lancar sekali.
Walaupun sedang leka bermain namun Fatima mampu menjawab soalan ibunya dengan jawapan ‘budak baik’ dan ‘anak solehah’ dengan begitu pantas dan yakin. Memang terbaik.
Walau baru berusia dua tahun lebih namun Fatima cukup lancar dan menyebut sebutan perkataan dengan penuh. Memang comel!
Terdahulu, Nur Fatima Aisya yang menjadi kesayangan ramai ini dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
“Apa salah anak kecil ini! Jika tak mampu jaga jangan perlakukan dia sedemikian hingga pergi dalam keadaan tragis.” Ini antara kata-kata orang ramai selepas tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.
Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Tak percaya Amir dah pergi selama-lamanya
Disebalik tragedi tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuhfah Naziha Tarmidi menzahirkan rasa sedih apabila mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, 7 yang pernah menjadi adik angkatnya meninggal dunia dibawah jagaan ibu kandung.
Ini kerana kanak-kanak tersebut baru sahaja diserahkan semula kepada ibunya selepas 6 tahun dijaga keluarga angkat.
Selepas diserahkan kembali kepada keluarga kandung, mereka sudah jarang berhubung dan kini Tuhfah Nazihah memaklumkan pemergian adik angkatnya amat menyedihkan kerana meninggal dunia buat selamanya.
Ketika ini, dia sudah berada di Melaka bagi menziarahi jenazah allahyarham sebelum dikebumikan.
Dakwa lemas dalam tong air
Sementara itu, melalui laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru seperti yang dikongsikan oleh Tuhfah Nazihah, arwah adik Amir akan dibawa pulang ke Rawang untuk dikebumikan di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.