Lima Anak Kecil Yatim Piatu, Ibu Ayah Meninggal Angkara Covid-19

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib lima beradik yang telah hilang tempat bergantung selepas kehilangan kedua ibu bapa mereka.

Difahamkan, ibu kepada lima beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas bertarung nyawa melawan wabak Covid-19 sejak 29 Jun lalu.

Lebih memilukan, wanita dikenali sebagai Ida Haryanie Abdul Razak itu menghembuskan nafas terakhir hampir dua bulan selepas suaminya, dikenali sebagai Mohd. Nasir Tahal turut meninggal dunia kerana wabak Covid-19 pada 11 Ogos lalu.

Ida Haryanie dan Mohd. Nasir meninggalkan lima orang cahayamata.

“Memang along kotakan kata-katanya hendak berada di sisi abang Nasir, hari ini mereka berada bersama di tempat yang sama. Selamanya.

“Berehatlah along. Terlalu lama along melawan kesakitan. Kat sana along sihat balik, kuat macam biasa. Jumpa abang Nasir balik bercintalah macam sebelum ini. Tunggu kami semua kat sana long, kami sayang along,”

Difahamkan, pasangan itu meninggalkan lima orang cahaya mata yang masih kecil berusia antara 11 hingga 3 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu anak-anak ini boleh salurkan sumbangan ke akaun 162469188913 (Maybank) atas nama Mohd. Ariff Hafizan.

Kredit: Ariff Hafizan

 

Published by
NuFa