Kehamilan

“Lima Bulan Awal, Morning Sickness Teruk” Isteri Yonnyboii Hamil 5 Bulan, Berat Badan Turun 10Kg!

Share

Selepas mendirikan rumah tangga dua tahun lalu, penyanyi Yoonnyboii dan isterinya, Nik Nazira berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri.

Hal itu turut dikongsikan oleh isteri Yoonnyboii menerusi Instagramnya. Malah dia yang kini hamil anak sulung dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan berada dalam keadaan baik.

Akui isteri Yoonnyboii lagi, dia sudah lama menyimpan rahsia mengenai kehamilannya dan sudah tiba masanya untuk berkongsi kepada umum.

“Sudah berbulan menyimpan rahsia tapi kini saya mahu berkongsi beberapa bulan terakhir kehamilan saya kepada anda semua.

“Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan bapa,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, bakal ibu ini turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Yonny dan gambar ultrasound bayi.

Alahan teruk awal trimester

Tambah Nazira lagi, dia turut mengalami alahan teruk di awal trimester kehamilannya sehingaa berat badannya turun sebanyak 10 kilogram.

“Sepanjang lima bulan awal, saya alami morning sickness yang sangat teruk. Sehingga tak boleh nak keluar dan terpaksa menolak jemputan banyak acara.

“Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, semuanya biasa sahaja… cuma disebabkan morning sickness itu berat badan saya turun dari 55 kg. Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Yonny mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira pada 20 November 2021 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

 

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM