Selepas hampir lima tahun berjuang, penghidap barah mata dan otak, Muhammad Firash Ukail Saiful Anuar atau nama manjanya Firash, 9 tahun meninggal dunia 5.45 pagi tadi.
Perkhabaran duka pemergian Firash dikongsikan bapanya, Saiful Anuar Mamed, 49. Menurut Saiful Anuar, Firash menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka dekat Mutiara Heights, di sini.
“Insya-Allah, jenazah akan di akan di bawa ke Masjid Prima Saujana (di sini) jam 9.30 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Selepas hampir lima tahun berjuang, penghidap barah mata dan otak, Muhammad Firash Ukail Saiful Anuar atau nama manjanya Firash, 9 tahun meninggal dunia 5.45 pagi tadi.
Ads
Perkhabaran duka pemergian Firash dikongsikan bapanya, Saiful Anuar Mamed, 49. Menurut Saiful Anuar, Firash menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka dekat Mutiara Heights, di sini.
“Insya-Allah, jenazah akan di akan di bawa ke Masjid Prima Saujana (di sini) jam 9.30 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Ads
“Kemudian, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan,” katanya ringkas.
Terdahulu, kisah derita adik Firash yang dilahirkan normal pernah dikongsikan sejak April lalu. Adik Firash kemudiannya mengalami masalah pada mata kanan ketika berusia empat tahun dan tidak meneruskan rawatan kerana dikhuatiri lumpuh.
Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mendapati Firash menghidap penyakit jarang jumpa iaitu barah mata dan otak atau nama saintifiknya, Malignant Medullaepithelioma. Kedua belah pinggangnya juga rosak pada tahap 90 peratus yang menyebabkannya tidak dapat meneruskan rawatan kemoterapi.
Ads
Dua tahun lalu, retina mata kanan Firash rosak hingga berlaku pendarahan sebelum disahkan ada neovaskular glaukoma.
Pada tahun yang sama (2023), bebola mata kanannya dibuang dan sejak itu Firash menggunakan mata palsu namun ibu bapanya tidak berputus asa berikhtiar mencari penawar buat anak mereka itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk K sering terlihat sisi suami yang tegas dengan isteri dan anak-anak.
Di sebalik wajahnya yang begitu serius dan garang, namun Datuk Khalid Mohamad Jiwa cukup lemah-lembut dan penyayang orangnya. Tak hairanlah anak sulung Datuk Siti, Aafiyah begitu manja sekali dengan ayahnya.
Terbaharu, video perkongsian Datuk Siti yang memperlihatkan suaminya, Datuk K sedang memotong rambut anak lelaki mereka, Muhammad Afwa dipuji ramai.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Datuk K yang tidak kekok malah melayani karenah anak kecilnya itu.
Paling membanggakan, Datuk K juga berjaya membuatkan anak kecil itu dengar kata malah duduk diam sehingga sesi gunting rambut itu selesai. Tak hairanlah Datuk K dipuji pandai mengawal situasi.
Sambil itu, Datuk Siti pula turut memberitahu yang beliau hanya boleh menjenguk dari jauh kerana bimbang Afwa menangis apabila melihat kehadirannya.
Bahkan melalui kapsyen dalam video tersebut mengatakan adik kesayangan Siti Aafiyah itu tidak suka orang lain menyentuh rambutnya melainkan Datuk K sahaja. Comel!
Wargamaya tidak kurang meninggalkan pelbagai reaksi. Malah menyifatkan gaya Datuk K sebagai gaya bapak-bapak yang cukup berpengalaman.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke syurga. Pasti mahu bahagia dan terus dilimpahi perasaan kasih sayang sesama suami isteri. Apakan daya, sinar bahagia yang diharapkan tidak kesampaian. Pernikahan diuji dengan cabaran sehingga perpisahan terjadi.
Dikenali sebagai suami romantis yang gemar menulis tentang alam perkahwinan, di dalam perkongsiannya Akhtar Syamir mengatakan menceraikan isteri ketika dia sedang hamil adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Penceraian begini, jika tidak dapat dilihat perbezaan menceraikan pada waktu lain dan ketika isteri sedang mengandung, beerti hati dan mata seorang lelaki telah buta.
Cerai Isteri Ketika Hamil. Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki.
Apa bezanya waktu lain dan semasa hamil? Kalau anda tak nampak perbezaan ini, maknanya hati dan mata anda sebenarnya telah buta. Sama ada buta ditusuk cinta dan sayang orang yang baru atau sememangnya dilahirkan tidak mengambil berat mengenai isteri.
Proses kehamilan itu bukan sekadar hamil sahaja. Ianya bermula dengan sebelum terjadinya hamil itu. Sebelum hamil itu berdua. Kalau seorang sahaja memang tak jadi. Jadi, selalunya di tahap ini, indah dan seronok.
Kemudian tibalah tahap di mana isteri itu disahkan hamil. Segala hormon di dalam badan isteri berkecamuk umpama kapal yang sedang terbalik. Percayalah pada ketika ini, isteri sangat memerlukan suami.
Makan itu tak boleh, bau ini nak muntah. Kepala sentiasa pening, mood selalu tidak baik. Apabila makan pun tidak terurus, tenaga pun akan berkurangan ditambah pula dengan muntah yang berlarutan.
Di sini datangnya keperluan seorang suami untuk membantu isteri menjalani kehidupan yang normal dengan keadaan sebegitu. Isteri sangat memerlukan sokongan moral kerana pada masa inilah jiwanya terganggu.
Dari segi fizikal pula, si isteri yang mengalami alahan yang teruk tidak akan cukup nutrisi dan zat di dalam badan. Ini kerana isteri tidak berhenti muntah sehingga tidak terkira berapa kali sehari. Suamilah yang patut bantu masak atau menyediakan makanan.
Dari segi pakaian, dari segi kebersihan juga perlu dibantu. Ada kalanya nak bangun dari katil pun satu perkara yang sukar untuk dilakukan seorang diri. Inikan pula mandi. Suami yang prihatin, pasti akan mandikan isterinya.
Kehamilan tidak dapat lari dari kunjungan ke klinik kesihatan. Nampak seperti satu perkara yang mudah. Pergi klinik dan jumpa Doktor. Apa yang susahnya? Jika anda berfikiran sebegini, malanglah isteri anda. Ini kerana proses pemeriksaan di klinik kesihatan adalah antara perkara yang paling menyusahkan dan memenatkan wanita yang sedang hamil. Dari masa pergi, daftar, menunggu, menunggu dan menunggu hinggalah akhirnya semua proses itu selesai berjam-jam selepas itu.
Itu belum campur jika ada keperluan lain seperti buat BSP yang pastinya memberi lebih tekanan kepada bakal ibu. Tanpa suami, terkontang-kantinglah isteri seorang diri menguruskan semuanya. Jika ada anak kecil pula, pastinya lebih teruk.
Proses menunggu waktu bersalin juga adalah fasa yang memenatkan. Jika tidak sakit, hati pasti akan sentiasa risau dan gundah gulana. Ada pula yang sentiasa rasa sakit tetapi badan tidak bersedia. Pada waktu ini, suamilah yang menjadi tempat mengadu dan menenangkan jiwa. Risau, takut dan ada yang kecewa kerana lebih dari tarikh yang sepatutnya sangat memberi tekanan.
Apabila sudah masuk di dalam dewan bersalin. Isteri akan ditinggalkan keseorangan memikir seribu persoalan di dalam kepala. Adakah semuanya akan selamat? Bagaimanakah anak aku nanti? Pada waktu itu, sangat penting bakal ibu ditenangkan oleh suami.
Saya sendiri luka di tangan akibat digenggam dengan kuat oleh isteri. Biar dia luka, biar saya sakit. Saya tahu itu hanya secebis sahaja kesakitan yang isteri sedang alami.
Saat meneran juga antara saat yang terpenting dalam proses kelahiran. Nyawa isteri berada di hujung tanduk. Kekuatan bukan datang dari diri sendiri lagi kerana semuanya telah habis digunakan. Kesakitan yang dialami tiada tolok bandingnya. Jika semua suami boleh merasai kesakitan itu, saya jamin tidak akan ada yang tergamak melayan isteri dengan buruk. Cuba bayangkan anda digunting dan dijahit tanpa bius. Bayangkanlah.
Selesai bersalin, masa pemulihan pun bermula. Jahitan akibat digunting perlu ambil masa untuk pulih. Si ibu akan sibuk menguruskan bayi. Jalannya tidak teratur. Langkahnya singkat. Perlu sentiasa berhati-hati kerana jika kesannya amat buruk jika tersilap langkah.
Jika ada anak lain pula yang perlu diuruskan, sememangnya satu tugas yang perit. Mungkin ada yang boleh buat semuanya, tetapi ramai yang benar-benar tidak mampu. Mana nak jaga diri, mana nak jaga anak lagi.
Faktor gangguan emosi juga sering terjadi selepas bersalin. Terlalu banyak kes depresi yang terjadi. Ada yang terlalu teruk sehingga timbul perasaan untuk mencederakan anak. Allahuakbar. Jika tiada peneman, tiada yang menenangkan, akibatnya amatlah buruk.
Begitulah serba sedikit perjalanan dari awal sehingga selepas hamil. Ini hanya sedikit gambaran kasar. Hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa sukarnya mengandung dan melahirkan anak.
Manusia biasa pasti tidak tergamak membiarkan isteri melalui semua itu seorang diri. Manusia yang berakal akan cuba membantu sebaik mungkin untuk memudahkan segala urusannya. Perlu ingat, mereka jadi seperti ini disebabkan suami juga. Jadi, bertanggungjawablah atas perbuatan itu.
Inilah sebabnya kenapa saya kata, lelaki yang menceraikan isterinya semasa hamil adalah lelaki yang sangat tidak bertanggungjawab. Tidak kiralah anda siapa. Anda seorang yang kejam.
Tidak kira perpisahan itu atas sebab apa. Sebagai seorang suami yang bersama-sama semasa proses bermulanya kehamilan, ianya perlu diteruskan sehingga selesai kesemua proses itu. Bukan ditinggalkan begitu sahaja.
Semoga kita dijauhkan dari keadaan seperti ini. Hargailah isteri anda. Tiada siapa yang boleh melahirkan zuriat sendiri selain isteri. Jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. Ini bukan soal menyibuk hal rumah tangga orang lain. Ini soal memberi kesedaran. Jika tiada siapa yang beritahu, tidak semua akan faham apa yang isteri lalui.
Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, jika sudah hilang rasa kasih pada isteri pun sekurang-kurangnya sebelum menceraikan isteri waktu hamil, kasihanilah dia. Fikirkan pengorbanan yang telah dia lakukan, membawa zuriat anda di dalam rahimnya.
Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara baik. Semoga dengan perkongsian dari Akhtar Syamir ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada para suami tentang kepayahan isteri anda sewaktu dia mengandungkan zuriat kalian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang dua orang cucunda baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Shah Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
Difahamkan, Yang Mulia Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala Yang Mulia Tengku Aleya Norlini Shah pula merupakan anakanda kedua Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Pengguna Facebook turut menzahirkan ucapan sembah tahniah dan mendoakan kesejahteraa buat kedua-dua cucunda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.