Siapa kata semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita tak dapat nak buat banyak benda. Buktinya Linda Rafar yang memuat turun video merakam tik tok bersama anaknya Syed Rezaliif yang baru berusia 4 tahun.
Aplikasi Tik Tok yang kini dilihat menjadi trend oleh segenap lapisan umur boleh dijadikan salah satu aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama anak-anak. Bukan sahaja untuk berhibur, malah boleh dijadikan sebagai rutin untuk bersenam bersama anak-anak ketika PKP ni.
Sempat menjenguk akaun Instagram milik Rezaliif, ternyata memang si kecil ini suka memuat naik video Tik Tok yang dirakam bersama abang-abang dan juga mamanya. Comelnya mereka.
Dalam masa yang sama menerusi perkongsian video tersebut, Linda turut menyatakan dia kini sudah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3 kg seminggu selepas bermain dengan aplikasi tersebut bersama si kecilnya.
Pengikut Linda di IG turut memberikan komen dengan perkongsian video yang dibuat oleh dua beranak yang comel ni.
Ads
Walaupun kita dalam PKP, jangan jadikan alasan tersebut untuk hadkan pergerakan. Kalau tak mampu nak bersenam mungkin boleh jadikan aktiviti merakam Tik Tok bersama keluarga sebagai salah satu cara untuk bergerak dan bersenam. Manalah tahu boleh kurangkan berat badan macam Linda Rafar juga.
Bila isteri selesai bersalin, para suami kena ambil tahu tentang beberapa perkara penting yang berlaku kepada isteri mereka. Proses bersalin mengambil masa yang panjang dan menyakitkan ibu hamil akan meninggalkan pelbagai kesan fizikal dan emosional kepada mereka.
Jadi, sebagai suami anda perlu beri sokongan kepada isteri untuk menghadapi perubahan tersebut. Kalau tak tahu, kena ambil tahu apa perkara yang memberi kesan mendalam kepada isteri dan bantulah meringankan bebanan isteri.
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin ( post partum )
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5. Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada 12, 13, 19 dan 20 September ini sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia.
Seperti biasa, musim cuti panjang ini memang ditunggu-tunggu oleh ramai keluarga untuk pulang ke kampung halaman. Namun, kesesakan jalan raya boleh jadi cabaran besar terutama buat ibu bapa yang membawa anak kecil.
PLUS dalam kenyataannya menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS. Jadual ini membantu kita memilih masa terbaik untuk memulakan perjalanan agar tidak terlalu lama terperangkap dalam kesesakan.
“Dengan penambahbaikan terbaru, MyPLUS-TTA kini boleh diakses pada hari-hari puncak terpilih. Ia direka untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih efisien dan memastikan aliran trafik lebih lancar,” menurut PLUS.
Buat mak ayah, kesesakan jalan raya bukan sahaja menguji kesabaran, malah boleh menyebabkan anak-anak mula meragam kerana bosan atau tidak selesa. Jadi, sebelum bertolak, cuba praktikkan tip ini:
Rancang waktu bertolak – Pilih masa perjalanan mengikut cadangan MyPLUS-TTA. Elakkan waktu puncak supaya anak tidak terlalu lama berada dalam kereta.
Bawa makanan ringan – Sediakan snek kegemaran anak seperti roti, biskut atau buah potong untuk elak mereka lapar.
Sediakan hiburan – Pasang lagu kanak-kanak, cerita animasi di tablet atau bawa buku cerita untuk mengisi masa.
Berhenti rehat – Jangan paksa anak duduk lama. Singgah di R&R untuk beri mereka peluang ke tandas, berjalan seketika dan ‘buang tenaga’.
Pastikan keselesaan – Bawa bantal kecil, selimut nipis atau mainan kesayangan supaya mereka lebih tenang sepanjang perjalanan.
PLUS juga mengingatkan semua pengguna lebuh raya supaya memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS, selain memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Tak ada siapa yang mahu beratur panjang di lorong tambah nilai ketika trafik sedang sesak.
Musim cuti ini adalah masa terbaik untuk eratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun perjalanan jauh kadangkala meletihkan, momen bersama anak-anak dalam kereta akan menjadi kenangan berharga bila mereka membesar nanti.
Semoga perjalanan pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga menjadi pengalaman yang manis buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cuti sekolah dah start, manalah nak bawak budak-budak ni bang!” si suami pun buntu nak bawa anak-anak kemana dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa baik. Tak bawa berjalan kesian pula tengok anak-anak. Sebelum rasa bersalah pada diri sendiri, baca dulu perkongsian ini. Nak bahagia tak perlu berhabis ribuan ringgit, yang penting creative.
Bila bercakap tentang cuti sekolah, Ibu cenderung untuk berkongsi bagaimana untuk menggunakan cuti sekolah ini bagi menguatkan ikatan kasih-sayang dengan anak-anak.
Bagi yang telah merancang cuti dan mempunyai peruntukan untuk bercuti di tempat percutian, Ibu rasa that is taken care of. Bermakna sudah tiada isu disitu.
So, fokus Ibu adalah mengenai bagi yang tidak sempat merancang atau kekurangan wang untuk bercuti di luar.
Ingatlah, mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak-anak TIDAK memerlukan wang. Tidak perlu untuk beri mereka untuk bercuti hebat bagai. Yang penting adalah aktiviti bersama yang menyeronokkan dan memandaikan anak-anak kita.
Kita boleh camping dalam rumah, cat rumah bersama, buat kuih dan beri anak-anak yatim atau sesiapa yang memerlukan, buatlah aktiviti yang akan menjadi ingatan mesra di minda anak-anak kita.
Ibu pernah juga kongsikan berkenaan topik ini dan ajak follower Ibu di facebook kongsikan pengalaman mereka. Woww..Ibu juga rasa teruja dengar aktiviti mereka.
Di sini Ibu kongsikan antara apa aktiviti mereka:
1. Solat jemaah sekeluarga 2. Tadarus dengan anak-anak 3. Tasmik 1 jam seorang dengan anak-anak yang sedang hafiz/zah 4. Riadah sekeluarga lepas subuh 5. Masak bersama anak-anak 6. Anak-anak ambil tugas masing-masing untuk cuci rumah bersama 7. Baca novel & tukar-tukar2 novel dengan anak-anak 8. Bawa bercuti ke kebun nenek 9. Bercucuk tanam dan menyiram pokok. 10. Memasak bersama 11.Riadah petang di padang permainan seperti bermain badminton, basketball atau kasut roda. 12. Makan tengahari menggunakan dulang sekeluarga. 13. Memancing bersama 14. Beri haiwan ternakan makan sama ada di kampung / belaan sendiri. 15. Ajak anak buat kuih dan jualkan. Beri sedikit upah atas usahanya.
Begitulah tadi antara perkongsian follower Ibu. Pada Ibu, semua idea itu menarik.
Memanglah kita mahu mengembirakan anak-anak kita, tetapi kita tidak wajib dan semestinya membawa mereka bercuti hebat hingga perlu berhabis duit tambah lagi berhutang. Apa yang anak-anak mahukan ialah perhatian dan masa yang sangat memorably happy dengan ibu bapa dan keluarga mereka. So, just be creative 😊
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!