Lipat Baju Anak Style Poket, Lebih Kemas! Bila Ayah Jaga, Nak ‘Matching’ Senang

Share

Dalam banyak-banyak kerja rumah, bab melipat baju ramai ibu agak ‘bercinta’ nak buat. Kalau nak membasuh pakaian tu tak ada masalah kan? Letak dalam mesin, masukkan sabun tunggu sampai siap.

Tetapi, bila dah kering dan angkat dari ampaian, masuk dalam bakul jika terus tak lipat, memang dari sehari ke sehari akan makin banyak. Namun ada ibu yang ambil pendekatan lipat seminggu sekali sebab kalau pun sekali harung je.

Lagi satu yang jadi kekangannya juga adalah yang ada anak kecil. Tiap kali nak lipat, mulalah datang menyibuk. Bila ibu lipat dia pula yang sepahkan. Akhir sekali terpaksa ibu tangguh dulu. Lama kelamaan, ini yang buat kain makin menimbun.

Apa-apa pun setiap ibu pasti juga akan curi masa untuk melipat kain. Tak kisahlah nak buat macam mana sekalipun, yang penting semua selesai.

Ok bagi ibu yang ada anak kecil, sebenarnya baju yang kecil-kecil tu agak ambil masa nak melipatnya. Cuma bila dah tersusun dan lipat elok dalam almari atau rak, kadang tak sampai beberapa hari anak pula yang tolong sepahkan. Pengalaman ini dah biasa ibu lalui. Jadi mulalah tak tahu mana baju, mana seluarnya.

Bagi nak mudahkan kerja ibu, perkongsian Naza Nazahiah mengenai teknik lipat baju anak ini sangat membantu. Style lipatan poket ini nak mudahkan ibu, supaya bila anak sepahkan, hanya perlu susun balik je. Tak ada lah kena lipat balik.

1) Hamparkan baju dlu, lepastu letak seluar kat atas baju. Lipat sekali. Senang

2) Akhir kejadian dah siap macam ni

3) Untuk jenis seluar bergetah, lipat ke bawah untuk jadikan poket dan selit dalamnya

Bila ayah yang kena uruskan anak, nak ambil untuk pakaikan pada anak pun senang. Sebabnya dah siap sepasang terus. Jadi tak ada alasan tertukar baju siang atau baju malam lagi.

Kredit: Naza Nazahiah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy