Aduh! Paling liat kalau nak melipat kain. Bertimbun menggunung buat jadi malas nak melipat. Lagi pula kalau anaknya ramai, baju pun berganda-ganda banyaknya. Tak termasuk lagi baju ibu ayah, boleh pitam kalau nak lipat sekali harung.
Mana baju yang nak dicuci, nak lipat lagi. Kiranya urusan baju ni memang tak pernah selesai sampai bila-bila, kecuali ambil langkah mudah hantar saja ke dobi. Balik nanti, tinggal disusun saja dalam almari. sebenarnya nak menguruskan pakaian yang banyak ni perlu perancangan yang bijak, seperti yang dikongsi oleh pengguna laman Facebook, Syikin Zahir ni. Dalam masa sepuluh minit, in sya Allah masalah baju ini boleh diselesaikan.
TIP URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum tiga pasang seorang sehari. Baju tidur, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan dalam 12 pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh lipat kain. Haaaa… Kira… Kan bertimbun jadinya!
Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat jadi bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiiii… (mak-mak je memahami situasi begini)
Jom tengok nak kasi settle macam mana.
Sediakan bakul dulu
Langkah pertama:
*Sediakan bakul untuk setiap anak
*Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
*Jangan beli bakul yang besar. Cari yang sederhana saja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat’ akan menggunung jugak.
Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak bhuat carian baju untuk anak-anak.
Nampak tak beza dia? Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada satu bakul, macam-macam saiz baju. Yang bawah dah sort, tau baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.
Setiap bakul tak sampai 10 minit
Percaya tak, bagi setiap baku tu masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun. Kenapa?
*Secara psikologi, nampak sikit baju dalam setiap 1 bakul. Sejooookkk hati mak nak melipat. Permainan emosi di situ.
*Pengkhususan: Pantas sebab senang nak carik pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yang sama. Ini semua menjimatkan masa.
*Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. Sekali lagi, psikologi. Kita nampak jumlah baju yang nak dilipat makin kurang.
*MOTIVASI. Yesss! Tinggal satu bakul je belum lipay maka lebih semangat nak melipat. Berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nauu nak lipat! Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?
Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pun cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri. Dan takde kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.
Bila dah tahu trik mudah ni, bolehlah cuba dipraktikkan. Tak perlulah nak berdepan dengan masalah timbunan baju umpama gunung lagi. Selamat mencuba!
Sumber: Syikin Zahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI