
Aktres cantik, Lisa Surihani berkongsi lukisan milik anaknya, Yahaira Leanne, 3 tahun di instagramnya. Yahaira merupakan anak sulung hasil perkahwinan Lisa dan Yusry Abdul Halim (KRU). Anak kedua beliau Yusof Leonne yang kini berusia 1 tahun lebih.

Posting beliau mendapat hampir 12 ribu like dengan caption yang mendapat perhatian ramai “Yook Mummy! I want to show Daddy my painting. I did with Yayah (her Uncle Arif)! Is it naish? Do you yike it?”
Rata-rata netizen memuji bakat Yahaira dan kagum dengan hasil seni si kecil ini.
So pretty and talented

Nasib tak paint dekat wall

Ingatkan wallpaper omg!!

Sumber: Instagram Lisa Surihani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Suka Buat Perangai Dan Dengki? Bertindaklah Segera!

Anak suka buat perangai dan dengkikan adik beradiknya yang lain? Jangan abai, periksa segera puncanya.
Tanpa sedar, perasaan dan emosinya terjerut yang kemudiannya akan menjadi punca kepada berontaknya jiwa mereka. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai.

Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book, anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian ibu mama dan papa. Antara gejalanya ialah;
1.Kurang rasa memiliki
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.

2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.
3.Suka menyendiri
Selalunya mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.

5.Keras kepala dan buat perangai
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”.
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
a)Bersikap adil
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
b)Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.

c)Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
d)Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
e)Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tak Apa Tak Makan, Susu Dah Kenyang”. Andaian Macam Ni Buatkan Anak Tak Cukup Zat!

“Tak apa anak minum susu tu pun dah kenyang..” Ini yang selalu ibu fikirkan, sedangkan ia menjejaskan perkembangan anak. Bagaimanapun, ada di antara anak-anak yang selalu sahaja meminta untuk makan, yang mana sedikit sebanyak beri kelegaan buat ibu bapa kerana anak masih lagi mahu makan dan tidak begitu memilih.
Namun ada segelintir kanak-kanak yang sukar untuk makan, walaupun sudah dipujuk. Yang mereka mahu hanya minum susu sahaja.
Walaupun baru sejam minum susu, anak boleh lagi minta susu seterusnya. Mungkin bagi sesetengah ibu rasa mudah sebab tak perlu fikir apa-apa. Tapi kesan jangka panjangnya adalah anak akan kekurangan nutrisi.

Perkongsian dari Pegawai Sains Pemakanan, Azimah Zainal, mengenai anak susah makan wajar di beri perhatian dan ibu tidak boleh menganggap anak minum susu dah cukup untuk perkembangannya.
Pada sesi runding cara pemakanan, saya di datangi seorang ibu muda yang membawa anak berusia 3 tahun yang di rujuk oleh Doktor Perubatan di klinik atas masalah kekurangan berat badan
Pada usia 3 tahun, anak ini beratnya 10 kilogram dan carta berat untuk umur anak ini menunjukkan dia sedang mengalami masalah kekurangan berat badan teruk.
Dalam sesi soal jawab kekerapan pengambilan makanan, anak ini minum susu formula lebih dari 10 botol sehari. 240ml setiap satu jam.
Ibu asyik mengulang pernyataan yang anaknya memang tidak mahu makan. Hanya akan minta susu bila dia lapar. Kata ibu lagi biskut dan roti pun anaknya tak mahu.
Kebetulan di atas meja saya tadi memang ada sebungkus biskut yang baru sahaja saya beli pagi tadi dan terus saya offer sekeping pada anak. Anak itu duduk diam dan makan dengan tekun.
Sepanjang sesi berlangsung 5 keping biskut berjaya di habiskan oleh anak tersebut. Terus saya maklumkan pada ibu tersebut.

Puan, anak puan ini tidak nampak seperti seorang yang memilih makanan tetapi dia hanya tau yang bila lapar dia perlu minta susu.
Ibu, anak yang berusia 3 tahun perlu di beri makanan keluarga 4 hingga 5 kali sehari dengan kekerapan pemberian snek sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Susu pula keperluannya hanyalah 3 gelas sahaja sehari
Anak yang diberikan susu formula terlalu banyak akan menyebabkan anak tidak mahu makan makanan utama. Susu itu telah memenuhi hampir keseluruhan perut anak tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga seharian bagi anak.
Keperluan tenaga yang tidak mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan anak menjadi tidak normal.
Pelbagaikan Makanan
Usah ajar anak terlalu bergantung kepada susu sahaja. Bila anak lapar, kita momokkan dengan susu.
Susu perlu untuk anak tetapi pemberian susu yang melebihi dari pengambilan makanan adalah tidak normal dan tidak bagus untuk anak.
Tambahan pula gula tambahan yang terdapat dalam susu formula tadi boleh memberi pelbagai impak yang tidak baik pada anak.

Ajarlah anak untuk makan pelbagai jenis makanan dan berikan snek yang berkhasiat pada anak. Elak beri kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, tinggi garam dan gula.
Kadang-kadang memberi anak makan adalah sesuatu perkara yang sangat mencabar, tetapi ianya bukan alasan untuk kita sumbatkan anak kita dengan susu yang banyak. Tiada istilah tak apa anak tak makan asalkan anak minum susu.
Mohon hilangkan persepsi itu dari pemikiran ibu-ibu semua. Anak-anak perlu pelbagai khasiat dan nutrisi dari pelbagai jenis makanan untuk pastikan anak- anak membesar dengan baik dan sempurna.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tak Semulajadi Lahir Terus Nakal. Cara Kita Layan Jadi Punca Mereka Terikut

Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala. Tiada anak yang semulajadi nakal. Fitrah anak itu bersih. Hati mereka asalnya putih. Sehinggalah cara kita respon pada mereka membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!
Cara kita REACT dengan kemahuan mereka
Cara kita RESPON dengan tangisan mereka
Cara kita MELAYAN karenah mereka
Cara kita MELAYAN ibunya
Cara kita MELAYAN bapanya
Cara kita MELAYAN adik beradiknya
Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya
Semua itu diserap dan direkod sempurna!
Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula. Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala.
Baca artikel seterusnya:
[Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah]
Tanpa kita muhasabah pada diri kita
Tanpa kita selidik kesalahan kita
Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita
Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!
Baca lagi:
[Cakap Elok-Elok Masa Marah Anak. Jika Ibu Ayah Asyik Tinggi Suara Lagi Kuat Melawannya]
Mulai saat ini..
Jom tilik hati
Jom tilik diri sendiri
Sumber: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


