Keibubapaan

Lompat Sana-sini Cukup Masa Tak Jugak Tidur! Ibu Ni Kongsi ‘Resipi’ Buat Anak Suka Nak Tidur. Bonding Mak Anak Dapat Tidur Pun Berkualiti!

Share

Anak-anak zaman sekarang memang cukup liat kalau disuruh tidur. Kebanyakkannya ralit mengadap gajet. Cukup masa ibu-ibu akan ajak masuk tidur tapi mungkin ramai yang tak tahu bila ditinggalkan mata mereka masih membuntang segar.

Bila tak dipantau memang lambat tidur anak-anak. Maka kesannya juga pada ibu-ibu yang juga akan lewat tidurnya. Sudahlah perlu bangun seawal pagi menguruskan urusan anak-anak dan rumahtangga yang lain. Pastinya ia akan memenatkan dan waktu tidur yang berkualiti juga tiada.

Perkongsian oleh Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi tentang pengalamannya sendiri dalam membentuk rutin tidur anak-anak cukup menarik.

Bermula daripada pemerhatian seterusnya ia dijadikan amalan buat ibu kepada 2 orang anak ini yang mana hasilnya membuatkan anak-anaknya cukup teruja bila tiba waktu untuk tidur.

RESIPI RAHSIA BUAT ANAK SUKA NAK TIDUR

Sebelum saya berkahwin dan berkeluarga, saya sangat tertarik melihat ritual tidur kakak saya bernama anaknya. Setiap kali tiba waktu tidur, kakak saya akan berbaring di sebelah anaknya dan mereka akan membaca buku bersama-sama.

Kakak saya merupakan seorang penjawat awam. Ia bermaksud, ritual tidur tersebut hanya dapat mereka lakukan sebelum waktu tidur malam dan pada hujung minggu sahaja. Maka di mata saya pada ketika itu, ritual tersebut bagai satu momen bonding ibu-anak yang istimewa. Saya teringat suka mengintai gelagat mereka: anak saudara saya tergelak mendengar suara kakak saya meniru karektor watak dan sekali-sekala sempat kakak menyelitkan nasihat atau moral cerita kepada anaknya.

Saya berazam untuk mempunyai ritual yang sama jika punya anak nanti.

*** Masa berlalu. Saya akhirnya menjadi seorang ibu berkerjaya dengan 2 orang anak kecil dengan jarak usia tak sampai 2 tahun.

Kemuncak huru-hara hidup saya ialah ketika anak 1 & 3 tahun masing-masing. Anak-anak yang sedang lasak, tekanan kerja, urusan rumah dan ‘nature’ kerja suami yang kerap balik lewat malam…

Tidur Hanya Beberapa Jam Setiap Malam

Saya terpaksa memikul kebanyakkan tugas menjaga anak secara sendirian

Seringkali saya tiba di rumah seorang diri bersama 2 anak kecil selepas waktu Maghrib, berkejar untuk solat, menyiapkan makanan, menyuap anak-anak dan mengemas dapur yang menyaksikan seringkali saya masih berbaju kerja ketika jam menginjak 10 malam.

Ketika saya sudah sangat keletihan dan mahu tidur, drama menidurkan anak-anak yang masih berlari-lari, bergusti sesama sendiri, bermain ipad, menonton TV atau melompat di katil akan berlanjutan sehingga jam 12 malam atau lebih. Bagai ‘tak nak tidur’ gayanya. Penat memarahi dan mengarahkan keduanya berbaring, itu pun mereka masih akan tergelak-gelak mengusik sesama sendiri di atas katil.

Saya tidur hanya beberapa jam pada setiap malam sebelum perlu bangun selewatnya pada jam 5.15 pagi setiap pagi, membawa anak-anak yang masih tidur meredah lebuh raya untuk di hantar ke rumah ibu saya.

Mula Buat Sesuatu Untuk Rutin Tidur Anak-anak

Saya sangat terdesak mahu drama ‘tak nak tidur anak’ berakhir. Saya membuat kira- kira, jika anak-anak masuk tidur selewatnya jam 10.30 – 11 malam , maka saya bakal menikmati tidur 6-7 jam berbanding situasi semasa yang hanya sekitar 5 jam tidur malam. Mujur isu mengempeng anak sulung telah lama selesai. Jika tidak, pasti keadaan saya lebih parah.

Saya mula mencari ilmu mengenai tidur anak kecil. Dipendekkan cerita, saya sedar saya tidak mengamalkan 2 perkara penting ini kepada anak- anak:

1. Tiada disiplin jadual tidur:

Pada ketika itu, saya adalah ibu yang SALAH meletakkan keutamaan tugas. Saya mensasarkan untuk selesaikan kerja rumah terlebih dahulu, sebelum tugas menidurkan anak. Tambah ‘buruk’, saya membiarkan sikap ‘nak buat sampai siap’ menguasai diri. Misalnya, mesti nak cuci semua pinggan mangkuk dan kuali sehingga sink kosong, baru puas hati nak masuk tidur.

Maka, jika jam 10 malam selesai kemas, jam 10 lah baru nak tidurkan anak. Jika jam 11 malam baru selesai, maka jam 11 malam lah baru nak panggil anak masuk tidur..

Langsung tiada disiplin jadual tidur. Saya hanya guna kaedah ‘ kerja rumah dah selesai, barulah boleh masuk bilik tidurkan anak’.

Ini sangat silap. Dan sebenarnya, ia membuat saya makin sukar mahu menyelesaikan kerja rumah dengan cepat kerana dalam masa yang sama, asyik di ganggu kerenah anak-anak.

2. Tidak amalkan sleep routine.

Saya dahulu, seperti ramai ibubapa lain, hanya tahu: jika nak suruh anak tidur, suruh sajalah mereka masuk bilik. Bagi susu dan tutup lampu sajalah.

Sekali lagi saya silap.

Susu sudah habis. Lampu dah tutup, anak-anak tetap tergelak-gelak lari keluar -masuk bilik. Sudahnya, hampir setiap malam mereka di marahi oleh saya kerana ‘tak tidur- tidur’.

Anak kecil bukan macam orang dewasa. Mereka tak tahu bila perlu masuk tidur.
Mereka tak tahu bila perlu berhenti bermain.
Mereka tak tahu macam mana nak ‘paksa’ diri atau disiplinkan diri untuk masuk tidur pada jam sepatutnya……Anak kecil tidak tahu jadual, peraturan, batasan, kawalan diri dan had. Mereka mahu main, main, main, main, main dan main…

Ibubapa lah yang perlu BERITAHU, AJAR DAN INGATKAN tentang jadual dan peraturan.

⁉❓⁉❓ MAKA, BAGAIMANA SAYA SELESAIKAN MASALAH TAK NAK TIDUR ANAK-ANAK SAYA ❓⁉❓⁉

Ubah Silap Diri Sendiri Dahulu

🔜🔜 Saya mulakan dengan UBAH SILAP DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU.

Walaupun SANGAT SUSAH pada awalnya untuk SAYA DISIPLINKAN DIRI SENDIRI agar BERHENTI dari membuat sebarang kerja dan tidurkan anak pada waktu yang sepatutnya, SAYA PAKSA DIRI SAYA.

Saya berlatih untuk ‘tutup mata’ dengan dapur yang berkecah dan sink yang penuh dengan pinggan kotor.

Pada hari pertama saya bertekad untuk berubah, tepat jam 9.45 malam, saya berhenti buat sebarang kerja dan mula panggil anak-anak masuk bilik untuk tidur.

DAN, saya beritahu mereka tentang sleep routine yang bakal saya jalankan.

” Ini susu Aydan dan Aydin. Mama bacakan book (saya tunjuk buku) sambil Aydan Aydin minum susu ok. Then kita brush teeth sama- sama. Lepas tu kita sleep “.

Anak-anak menjerit ; ” Yeayyyyy baca book! “.

SEJUJURNYA saya sangat terkejut dengan reaksi mereka. Saya TAK PERNAH TAHU DAN TAK PERNAH SANGKA yang mereka akan suka bila saya sebut ‘nak baca book’. Kasihan mereka!

Saya terus teringat janji saya pada diri sendiri untuk mempunyai ritual membaca buku sebelum tidur bersama anak seperti kakak saya. Anak sulung sudah pun 2 tahun…

Bagaimana saya boleh lupa dengan janji tersebut selama 2 tahun???

Rutin Baru Bermula Dan Ia Berkesan!

Maka kami bertiga baring bersama. Saya di tengah-tengah. Bersemangat saya membacakan buku dengan pelbagai intonasi. Kedua-dua anak baring elok di sebelah kiri dan kanan saya, minum susu sambil mendengar saya bercerita. Tak lama. Cuma 2 buku nipis yang selesai sekitar 10 minit.

Kemudian, saya ajak keduanya masuk ke tandas untuk memberus gigi. Saya minta mereka main ‘rock paper scissors’ untuk mendapat giliran berus gigi. Tergelak-gelak mereka.

Saya menyanyi lagu ” 1- 2 Buckle My Shoes, 3-4 Shut the Door, 5-6 Pick up Sticks, 7-8 Lay them Straight, 9-10 A Big Fat Hen! ” ketika memberuskan gigi setiap seorang. Lagi suka mereka.

“Jom baring! “.. Patuh keduanya panjat katil dan baring di kiri dan kanan saya. Terkejut saya. Mungkin kerana hati mereka gembira, mungkin kerana emosi mereka puas dapat ber ‘Me Time’ dengan mama mereka, maka mereka lebih mudah berkerjasama mendengar kata…?

Saya bacakan doa tidur dan nyanyi perlahan lagu tidur sambil menepuk lembut punggung kedua mereka.

Puff! Mereka terlelap begitu sahaja! Tiada drama. Tiada sebarang aksi hyper. Jumlah masa yang di ambil sejak masuk bilik ialah 30 minit! .

Saya sangka, saya mungkin cuma bernasib baik sahaja pada kali pertama. Namun hari-hari seterusnya ternyata ia berkesan bagai magik.

Oh tentulah sekali -sekala ada cabarannya. Maklumlah, anak kecil memang ‘nature’ nya sebagai ‘explorer’ akan sentiasa mencari jalan untuk mencuba pelbagai perkara baru yang menguji ibubapa.

Namun saya banyak belajar tip menggendali anak kecil untuk memperbaiki diri. Misalnya:

Jika anak tiba-tiba enggan berhenti bermain untuk mulakan sleep routine , maka ➡
Saya akan cadangkan agar kami bermain 1 atau 2 game ringkas sebelum tidur di atas katil sebagai bonus aktiviti sleep routine.
Misalnya, ‘ pillow fight’ atau ‘lawan gusti tangan’. Laju saja mereka bersetuju.

Jika anak-anak nampak berlengah-lengah nak masuk tidur, maka ➡ saya minta setiap seorang pilih buku cerita yang mereka mahu saya bacakan. Meminta anak kecil memilih buku cerita membuat mereka rasa penting kerana di benarkan terlibat dalam pembikinan sesuatu keputusan.

Jika anak mula saja nak uji kesabaran saya misalnya asyik meminta saya membaca buku lagi dan lagi dan lagi, maka saya akan mengambil jalan tengah. Saya ikut kemahuan mereka namun saya letakkan had. Misalnya,
” Ok fine. 1 more extra book then kita tidur. Dah lewat ni. Janji? ” Sambil buat isyarat jari. TEGAS namun lembut.

….Apa pun, sleep routine telah menjadi resipi rahsia saya ‘menarik hati ‘ anak suka masuk tidur sejak bertahun lamanya. Malah, ketika musim cuti sekolah di mana saya mengambil tugas ‘babysit’ anak saudara lelaki saya, saya TIDAK PERNAH GAGAL MEMBUAT KESEMUA TIGA ORANG KANAK-KANAK LELAKI ini tidur bila saya mahukan mereka tidur!

Rumah yang bising dengan kanak-kanak perlukan sedikit suasana tenang dan aman. Ibu yang keletihan mengurus rumah dan anak – anak juga perlu berehat walau sekejap.

Bagaimana ini boleh di capai jika anak-anak terus berkeliaran tanpa had, kawalan dan peraturan orang dewasa?

Sumber: baby language

Published by
SAHR