Kalau anda teringin nak masak Lontong kuah lodeh di pagi raya tapi tak pandai, jangan risau hari ini pa&ma akan kongsikan resipi lontong kuah lodeh cara khairul aming. Mudah rupanya nak masak menu ni. Jom cuba!
Kuah Lodeh:
– 3 biji bawang merah
– 4 ulas bawang putih
– 3 cili padi merah
– 2 ketul kunyit hidup
– 4 sudu udang kering yang telah direndam air
– 1 liter air
– 2 batang serai
– Lengkuas sebesar ibu jari
– 3 kotak kecil santan
– Udang
– Kubis
– Lobak merah
– Kacang panjang
– Fucuk
– Suhun
– Garam, gula & serbuk perasa
Sambal Bilis:
– 3 biji bawang merah
– Segenggam cili keriang yang telah direbus
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji lada merah
– Sedikit belacan
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Garam, gula & serbuk perasa
– Ikan bilis
Topping:
– Nasi impit
– Tempe
– Tauhu
– Telur
View this post on Instagram
Cara penyediaan kuah lodeh:
- Rendamkan fucuk dan suhun dengan air sehingga kembang.
- Kisarkan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 cili padi merah, 2 ketul kunyit hidup, 4 sudu udang kering yang telah direndam air.
- Masukkan bahan yang dikisar, 2 batang serai, Lengkuas sebesar ibu jari dan 1 liter air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan 3 kotak kecil santan.
- Masukkan udang bersama kepala udang untuk kekalkan rasa manis. Tunggu sehingga masak.
- Seterusnya masukkan sayur kubis, lobak merah, kacang panjang dan fucuk serta suhun yang telah siap direndam tadi.
- Kacau sebati, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Dah siap bahagian kuah lodeh!
Seterusnya, cara penyediaan sambal ikan bilis:
- Kisarkan 3 biji bawang merah, segenggam cili kering yang telah direbus, 3 ulas bawang putih, 2 biji lada merah dan sedikit belacan.
- Tumiskan bahan kisar tadi dalam minyak yang panas sehingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan tambahkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali masukkan segenggam ikan bilis dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak. Dah siap.
- Untuk nasi impit, rebuskan nasi impit segera.
- Tempe dan tauhu goreng garing
- Rebuskan telur
Selamat mencuba! semoga pagi hari raya nanti kita dapat cuba masak mengikut resipi ini dan hasilnya sedap.
Kredit: Khairul Aming
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI