Lontong Kuah Lodeh Cara Khairul Aming

Share

Kalau anda teringin nak masak Lontong kuah lodeh di pagi raya tapi tak pandai, jangan risau hari ini pa&ma akan kongsikan resipi lontong kuah lodeh cara khairul aming. Mudah rupanya nak masak menu ni. Jom cuba!

Sumber: Khairul Aming

 

Kuah Lodeh:
– 3 biji bawang merah
– 4 ulas bawang putih
– 3 cili padi merah
– 2 ketul kunyit hidup
– 4 sudu udang kering yang telah direndam air
– 1 liter air
– 2 batang serai
– Lengkuas sebesar ibu jari
– 3 kotak kecil santan
– Udang
– Kubis
– Lobak merah
– Kacang panjang
– Fucuk
– Suhun
– Garam, gula & serbuk perasa

Sambal Bilis:
– 3 biji bawang merah
– Segenggam cili keriang yang telah direbus
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji lada merah
– Sedikit belacan
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Garam, gula & serbuk perasa
– Ikan bilis

Topping:
– Nasi impit
– Tempe
– Tauhu
– Telur

 

 

 

Cara penyediaan kuah lodeh: 

  1. Rendamkan fucuk dan suhun dengan air sehingga kembang.
  2. Kisarkan 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 cili padi merah, 2 ketul kunyit hidup, 4 sudu udang kering yang telah direndam air.
  3. Masukkan bahan yang dikisar, 2 batang serai,  Lengkuas sebesar ibu jari dan 1 liter air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan 3 kotak kecil santan.
  4. Masukkan udang bersama kepala udang untuk kekalkan rasa manis. Tunggu sehingga masak.
  5. Seterusnya masukkan sayur kubis, lobak merah, kacang panjang dan fucuk serta suhun yang telah siap direndam tadi.
  6. Kacau sebati, masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Dah siap bahagian kuah lodeh!

 

Seterusnya, cara penyediaan sambal ikan bilis:

  1. Kisarkan 3 biji bawang merah, segenggam cili kering yang telah direbus, 3 ulas bawang putih, 2 biji lada merah dan sedikit belacan.
  2. Tumiskan bahan kisar tadi dalam minyak yang panas sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan tambahkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan segenggam ikan bilis dan tumiskan lagi sehingga pecah minyak. Dah siap.
  • Untuk nasi impit, rebuskan nasi impit segera.
  • Tempe dan tauhu goreng garing
  • Rebuskan telur

 

Selamat mencuba! semoga pagi hari raya nanti kita dapat cuba masak mengikut resipi ini dan hasilnya sedap.

 

Kredit: Khairul Aming 

 

 

Published by
Humaira