Kehamilan adalah tempoh yang sangat menakjubkan bagi pasangan-pasangan yang merancang untuk memiliki anak. Anda mungkin sedar anda sedang hamil apabila anda mula sedar tentang perubahan pada tubuh.
Bagaimanapun, mempunyai simptom kehamilan bukanlah semestinya anda sedang hamil. Kadangkala anda merasa diri sedang hamil tetapi sebenarnya tidak. Mengapa? Rujuk jawapannya dibawah.
Apa yang menyebabkan kehamilan palsu?
Kehamilan palsu adalah kes yang jarang berlaku bagi lelaki atau wanita (Terkejut? Ia juga boleh muncul pada lelaki – yang sepatutnya tidak boleh hamil). Sebab yang tepat untuk kehamilan palsu adalah tidak diketahui. Tetapi doktor dan saintis beranggapan, situasi tertentu seperti trauma atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan ini. Badan menyangkakan terdapat bayi dalam kandungan.
Kehamilan palsu boleh berlaku jika anda benar-benar inginkan zuriat kerana masalah ketidaksuburan, keguguran yang berulang-ulang, kehilangan anak, menopause yang bakal berlaku, masalah mental, atau keinginan untuk berumah tangga. Dalam sebahagian kes, anda mengesan beberapa simptom seperti payudara yang sakit dan membengkak atau perut membengkak. Otak anda akan menafsirkan bahawa anda sedang hamil. Hormon-hormon tertentu akan dirembes, menyebabkan berlakunya simptom-simptom kehamilan.
Keadaan perubatan tertentu jugaboleh menyebabkan kehamilan palsu berlaku. Ini termasuklah ketumbuhan di ovari atau ketidakseimbangan kimia dalam tubuh. Sesetengah wanita yang menghampiri menopaus akan mengalami masalah depresi, membuatkan mereka merasakan sedang hamil.
Ads
Sesetengah saintis menegaskan gangguan seksual, kemiskinan, kurang pendidikan, atau masalah dalam hubungan boleh juga menjadi punca kehamilan palsu.
Apakah simptom kehamilan palsu?
Anda mungkin berfikir anda sedang hamil kerana anda mengalami simptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila ianya adalah kehamilan palsu, bayi tidak wujud. Simptom-simptom kehamilan palsu termasuklah:
-Perubahan kitaran haid. Anda mungkin terlepas satu kitaran haid atau lebih.
Ads
-Perut membengkak
-Perubahan pada rambut dan kulit. Kulit mungkin menjadi kering dan kasar.
-Penambahan berat badan. Anda mungkin bertambah berat badan walaupun mengambil makanan yang sama banyak seperti sebelumnya.
-Kerap membuang air kecil.
Ads
-Payudara membengkak, sakit dan lembik.
-Merasai pergerakan janin.
-Loya dan muntah-muntah. Simptom mungkin menjadi lebih teruk di waktu pagi ketika bangun dari tidur.
Simptom-simptom ini mungkin dirasai dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan atau mungkin juga bertahun-tahun. Dalam kes-kes tertentu, sebahagian wanita turut merasai kesakitan seperti melahirkan anak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya anda sedang menghadapi kehamilan palsu adalah dengan melakukan ujian oleh pakar perubatan. Sekiranya anda tidak hamil, mungkin doktor akan memberi nasihat berkenaan kesihatan mental.
Kehamilan palsu adalah keadaan yang agak pelik yang boleh mengganggu emosi dan kesihatan mental anda. Jadi, sekiranya anda sedar akan perubahan pada tubuh, sila dapatkan nasihat pakar perubatan dengan kadar segera.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pasangan penyanyi dan juga pelakon yang popular di Indonesia, Irwansyah serta isterinya Zaskia berkongsi berita gembira dengan umum tentang kehamilan yang ditunggu-tunggu setelah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Semenjak membuat pengumuman tersebut, pasangan ini tidak henti-henti dihujani ucapan tahniah dengan kehamilan yang ditunggu-tunggu itu.
Ternyata rawatan IVF yang dilakukan mereka berhasil dan perkara tersebut begitu menggembirakan mereka berdua.
Demi menjaga kesihatan isteri dan anak dalam kandungan, penyanyi yang popular dengan lagu Pencinta Wanita ini telah mengambil keputusan untuk menyediakan rumah yang mempunyai lif demi isteri tersayang kerana tidak mahu isteri yang sedang hamil penat turun naik tangga.
Hal tersebut dikongsikan menerusi saluran YouTube mereka iaitu The Sungkar Family apabila Irwansyah membawa penonton melihat rumah yang bakal mereka duduki.
Rumah mewah tersebut juga dilengkapi dengan lif kerana Irwansyah tidak sanggup melihat isteri kepenatan ketika hamil untuk turun naik tangga.
Menerusi video tersebut, mereka memaklumkan telah menjual dua apartment mereka demi membangun sebuah rumah untuk dihuni bersama anak-anak kelak.
Perkara itu dilakukan demi kebaikkan dan juga keselamatan Zaskia yang semakin sarat hamil anak pertama mereka.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat dari negara seberang telah meninggalkan komen yang positif kepada pasangan selebriti tersebut.
Mereka mendoakan agar urusan Irwansyah dan Zaskia dipermudahkan serta kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan buat beberapa aktiviti ketika hamil terutama bila sudah masuk trimester kedua. Walaupun semasa hamil, ibu boleh terus melakukan aktiviti senaman yang digemari tetapi ada beberapa aktiviti yang mesti dihentikan terus.
Ibu hamil tetap boleh melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan tubuh badan terus sihat dan bertenaga untuk melalui fasa kehamilan yang makin mencabar.
Bagaimanapun ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda untuk nasihat yang terbaik sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
Aktiviti tak boleh buat semasa trimester kedua?
Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen semasa hamil.
Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan dan pusat graviti anda juga telah berubah.
Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi dalam risiko.
Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:
Naik alat permainan di taman hiburan: Meluncur air dan beberapa alat permainan n lain di taman hiburan adalah dilarang sama sekali untuk ibu hamil, kerana pendaratan kuat atau permulaan dan hentian tiba-tiba boleh membahayakan bayi.
Berbasikal: Menunggang basikal bukanlah senaman yang baik terutama untuk mereka yang baru ingin memulakannya. Namun, penunggang yang berpengalaman boleh meneruskan berbasikal sehingga tempoh trimester kedua mereka. Ini kerana, semasa hamil, pusat graviti mereka berlaku perubahan sehingga boleh menjejaskan keseimbangan dan membuatkan berbasikal itu bahaya. Namun, tunggangan basikal pegun (indoor) adalah alternatif yang selamat.
Sukan lasak: Bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan hoki meletakkan anda dalam risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan, iaitu semasa mengambil bola ataupun membaling bola dari dan kepada pemain lain, atau kemungkinan terjatuh semasa bermain.
Menyelam: Aktiviti ini berbahaya kepada bayi anda untuk berendam ke dalam air secara paksa.
Gimnastik: Sekali lagi, terdapat risiko untuk anda terjatuh dan meningkatkan trauma kepada abdomen anda.
Menunggang kuda: Walaupun anda seorang penunggang kuda yang baik, adalah tidak berbaloi untuk anda mengambil risiko menunggang kuda semasa hamil.
Tab mandian panas dan sauna: Berendam di dalam tab mandian panas dan jakuzzi atau duduk di dalam sauna boleh membahayakan janin anda yang sedang membesar di dalam perut. Ini kerana pemanasan berlebihan adalah berkait denggan kecacatan kelahiran.
Berlari: Jika anda bukan seorang pelari sebelum disahkan hamil, ini bukan masanya untuk mula berlari. Jika tidak, anda masih boleh meneruskannya namun perlulah dilakukan secara sederhana. Bermula dari trimester kedua, iaitu apabila risiko untuk terjatuh meningkat, anda perlu berlari dengan berhati-hati. Elakkan berlari dalam cuaca panas melampau dan minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berpeluh.
Selam skuba: Ini adalah aktiviti yang amat dilarang! Semasa anda berada di permukaan air, buih air boleh membentuk dalam aliran darah, yang boleh membahayakan diri anda dan kandungan.
Meluncur salji: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
Meluncur: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
Tenis: Permainan tenis yang sederhana adalah selamat untuk anda main sebelum hamil. Akan tetapi, anda mungkin menghadapi masalah dengan keseimbangan dan hentian tiba-tiba jika bermain semasa hamil, jadi berhati-hatilah! Kebanyakan wanita merasakan sukar untuk bermain dengan baik kerana perut yang semakin membesar semasa trimester kedua dan ketiga.
Meluncur air: Aktiviti lain yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...