Terbaharu, Aliff Aziz ada berkongsi sekeping foto anaknya di laman Instagram. Normal jika seorang bapa berbuat demikian, tetapi yang menarik perhatian adalah kapsyen pada foto terbabit. Jika dibaca, terlihat betapa penyanyi dan pelakon itu merindui anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean. Perkongsiannya itu telah mendapat 72, 000 tanda suka (likes) setakat ini.
Always in my mind. Always in my heart. No matter what they say. You are the reason I still keep going. I miss you. A little too much. A little too often. And a little more everyday sayang. ?
@aydenadrean17
Sebelum ini juga Aliff pernah memuat naik sekepig foto dia bersama Ayden dengan kapsyen yang lebih kurang sama.
Banyak komen yang diterima Aliff ketika dia memuat naik foto tersebut. Ada pengikutnya yang menghentam dan menyalahkannya, tetapi tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat. Sentiasa bersama dan apabila terpaksa berpisah begini sudah tentu memberi kesan kepada si ayah dan anaknya. Semoga apa yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada kita juga.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Aliff, semoga kekal tabah mengahrungi ujian ini. Walaupun sudah berpisah, diharapkan hubungan mereka anak-beranak akan kekal mesra dan baik seperti dahulu.
Pelihara anak yatim piatu, pengawal keselamatan dengan gaji RM1,500, percaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.
Pelihara Anak Yatim Piatu, Pengawal Keselamatan Dengan Gaji RM1,500
Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.
“JIKA DIIKUTKAN DENGAN PENDAPATAN RM1,500 SEBULAN TIDAK TERMASUK KERJA LEBIH MASA, IA SEAKAN TIDAK CUKUP UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA.
Percaya Rezeki Allah
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.
Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.
Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
“TIADA APA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN APABILA MELIHAT ENAM ANAK YATIM PIATU INI YANG JUGA ANAK SAUDARA ISTERI GEMBIRA DAN TIDAK TERPISAH.
“SEBENARNYA, JIKA ADA YANG MENGAMBILNYA, BIARLAH MEREKA KEKAL BERSAMA DAN BUKANNYA HANYA SEORANG YANG MENYEBABKAN HUBUNGAN MEREKA AKAN MENJADI JAUH.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.
Nampaknya kehidupan penyampai radio dan pelakon, Issey Fazlisham yang berkahwin dengan kawan sekolah semakin lengkap apabila dikelilingi dengan tiga orang anak yang sangat menyayanginya.
Sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 pada 26 Jun, isteri dan tiga anak-anak telah meraikan dengan penuh meriah walaupun di rumah sahaja.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Issey berkongsi video suprise yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak sehingga buatkan dirinya rasa sebak. Paling menarik, isteri dan anaknya siap buat setting cantik di balkoni rumah mereka.
Bukan itu saja, ucapan isteri dan anak-anak yang begitu berterima kasih kerana sudi menerima dan menjaga mereka dengan baik benar-benar tersentuh hati.
Dalam ucapan tersebut, isteri Issey, Aimi Jamel mendoakan agar suaminya terus diberi kebahagian dan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang serta dipanjangkan umur.
Mereka juga tidak sabar menanti cahaya hasil perkongsian hidupnya dengan Issey beberapa bulan lagi.
Bagi tiga anak-anak Aimi, semestinya kehadiran Issey yang dipanggil daddy melengkapkan hidup mereka sekeluarga. Ketiga-tiga mereka berkongsi video dengan memberitahu sangat berterima kasih dan menyayangi daddy kerana terlalu baik sangat.
Rata-rata pengikutnya turut terharu mendengar kata-kata isteri dan anak-anak selebriti kelahiran Kelantan itu.
Mereka juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat Issey dan mendoakan dia dimurahkan rezeki serta bahagia bersama ahli keluarganya.
Sebelum ini, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin telah berkahwin dengan Aimi Jamel pada 21 Disember 2019.
Issey yang pada ketika itu bergelar duda telah menikahi Aimi yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anak. Kini, mereka dilihat bahagia bersama dan sedang menanti kelahiran bayi mereka yang dijangka lahir sama ada Ogos atau September depan.
Kredit: IG Issey Fazlisham & Aimi Jamel
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.